Pengorbanan Seorang Ibu

(Entry ni aku tulis pukul 3,4 pagi sambil tengok mak aku menyusukan Adam)

Straight to the point.

Mak aku ni babysitter. jadi parents (aku panggil kak ida) budak yg mak aku jaga ada sepupunya pregnant. Tak mampu nak bela anak.

Kak ida nak bagi anak tu pada adik aku utk jaga, memang beriya dia, suami isteri nak dpt anak angkat.

Tapi ada sebab tertentu dia tak dapat nak jaga budak tu

Atas sebab belas kasihan seorang ibu, mak aku berniat nak jaga budak tuu. So, alhamdulillah. dgn izin abah aku, sekarang mak aku yang jaga baby tu.

Btw, nama baby tu adam iman. Panggil Adam.

Nasib baik lah adk aku ada balik muar, dapat lah tolong jaga baby dgn bantu mak aku buat kerja rumah.

Bila ada baby ni, mmg 24hours mengadap dia kalau boleh.Kami adk beradik (kecuali bongsu, x boleh harap tu) jaga baby.

Tapi paling kerap yg jaga, mak aku lah.

Dari situ, aku terfikir memang betul orang kata pengorbanan seorang ibu tiada nilainya.

Adam ni lepas 2 jam mesti nak minum susu. kalau siang tu, tak kisah lah sesiapa je boleh bg susu.

Tapi kalau mlm mostly mak aku yg paling kerap berjaga. Kejap2 bangun. Bagi susu, tukar lampin.

Dari situ aku terfikir, mcm ni lah mak aku besarkan kami 4 beradik. Siang mlm bagi 100% perhatian pada anak2.

Mcm mana lah mak aku boleh survive. hahaha

Sekarang ni, jaga adam seorang je ni dah sakit kepala sbb tidur tak nyenyak, tidur tak cukup. Emosi kita tak stabil. Kejap ceria, kejap moody.

Siang pun aku kerja, mmg tak dapat lah nk tolong. Cuma, kalau balik kerja tu. Ada lah juga aku tolong cuci pinggan, susun pinggan dkt rak.

Jadi, kalau pagi2 tu, aku tolong mak aku buatkan susu baby. Tolong bagi baby minum susu.

Kadang2 benda ni buatkan aku fikir Kalau aku jadi mak aku. Mmg penat sebab nak jaga makan pakai suami lagi. Nak jaga hal rumah tangga lagi. Nak masak lagi, tambah lagi nak jaga baby.

Bukannya nak mengungkit atau mcm menyesal ke apa kannn.

Tak menyesal pun, kita percaya Allah dah tulis da ada rezeki pada seorang anak tu.Semmoga Adam Iman menjadi insan yang berguna di masa hadapan. Semoga keluarga aku kuat untuk mengadap semua ni.

Semoga allah permudahkan urusan kami. Semoga bertambah rezeki kami. Semoga kami selamat dunia dan akhirat. amiin ya rabb

Comments

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer