Lepas praktikal

Lepas praktikal buat apa?

Habis je praktikal, adalah dalam 2,3 minggu jugak duduk dekat rumah sewa cheng.

Ye laah, kononnya nak stay situ terus. Nak kerja melaka terus. Nak jadi orang melaka kononnyaaaa.

Tapi dalam masa yg sama juga, aku ulang alik muar. Sebab duit tak ada. Nak makan pun susah. Duit pt dh habis pulak tu. Jadi mcm berbelah bagi. Nak terus stay atau terus balik rumah masing2.

Lama jugak la fikir dengan amar. Banyak jugak lah fikir kebaikan dgn keburukan. Bila fikir tu, dengan duitnya tak ada, nak makan susah. Kalau duduk rumah sewa, nk kena bayar sewa lagi. Kerja pun belum cari lagi.

Last2, ambil keputusan balik rumah masing2, berpisah lah aku dengan amar untuk jangka masa yang panjang. Bunyi mcm sedih je kan? Hahaha

Mana lah tak sedih. Aku dengan dia drpd diploma sampailah ke degree, asyik berkepit berdua bersatu je dengan dia.

Sampai kan ada lecturer yang ckp muka kami ni dh mcm kembar. Dh seiras sangat daaa. Huhuhuhu

Kalau berpisah pun sekejap je, itu pun masa semester break je. Tak pe lah. Sampai bila kami ni nak berkepit je kan... Masing2 ada kehidupan masing2 tapi aku tak nak lah terus lost contact.

Kesian aku, nanti tak ada kwn yg selalu dengar aku mengadu nasib. Huhuhu

Sedih!

Aku balik rumah, mcm biasa lah.

Jadi orang gaji sementara. Tolong lah apa yang patut dibuat dalam dan diluar rumah ni haaaaa!

Banyak kerja wei. Tak usah cakap luar ke dalam. Tengok je kerja dalam rumah, kena sapu sampah. Basuh baju. Basuh pinggan. Idai baju. Lipat baju.

Masha ALLAH.

Macam mana lah seorang mak boleh buat kerja tu sepanjang hidup selepas berkahwin.

Membesarkan anak-anak. Nak melayan kerenah anak2 plus suami lagi.

Mak aku memang lah betul2 SUPERMAK.

Serius wei. Memang penat buat kerja rumah ni. Menguruskan hal rumah tangga. Besar pahala jadi seorang mak ni.

Kita dah penat2 kemas, lepastu ada yg sepah kan balik. Mana lah tak sakit hatiii.

*sakitnya tuh disini, didalam hatiku*

Lepas tu, sekarang ni mak aku dah berjinak-jinak bercucuk tanam.

Dia ada tanam cili. Pokoknya dapat dari pejabat pertanian..

Haaaa. Aku le tukang siram pagi,petang..dah pernah dapat hasil daa. Aku jugak yg pergi jual dkt pasar muar.

Sekilo dapat lah rm10 walaupun ada yg kata itu murah. Patutnya boleh dapat lebih tinggi.

Tak pelah. Kira bersyukur jugak ada org pasar nak beli. Kalau tak, cili dah terlampau banyak, nak jual dkt mana pulak kaaaann.

Bila dah duduk kg, kerja kg jugak yg aku kena buat. Serius wei. Aku kadang2 malas nk biat kerja. Aku lebih suka kerja dlm rumah. Dh settle lepas tu mengadap tv. Hahahaha

Kalau abah aku ada, mmg ada je kerja yg dia suruh buat. Malaihhhh betui!

Kalau abah busy, aku yg kena tengok lembu, alihkan tmpt makan dengan beri lembu minum.

Beri ayam makan. Kesian aku tgk ayam dkt rumah ni. Seekor jantan, 2 ekor betina. Lepas tu duduk asing. Mana lah nak dpt zuriat.

Bila ada zuriat, tapi umur tak panjang.. Tembelang lah. Telur retak lah. Macam2 hal.

Sekarang ni dh tambah burung merpati sepasang. Pakngah tedong yg bagi. Rumah dia pun dh terlampau banyak. Cantik merpati nyaa.


Ini cerita pasal perihal dekat rumah je. Cerita kerja cari duit, nanti lah dekat post lain pulak yer.


Bye2.

P/s: update dekat hp jer. Lagi senang nak meluahkan perasaaan i ni. Hahahaha

Cuma tak pandai lagi nak upload pic guna apps ni.


Comments

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer