2/17/15

Misi Kemanusiaan KJM - Sukarelawan Banjir di Dabong, Kelantan


okay. hari ni nak #throwback pasal cerita atau mungkin boleh di kategorikan sebagai pengalaman untuk aku yang boleh dikongsikan dengan korang.

Bulan Disember tahun lepas, aku ada join satu misi sukarelawan yang dianjurkan oleh organisasi di kampus aku.

So, aku terpanggil untuk join misi walaupun seorang aje kawan yang rapat dengan pun join sekali. Mula-mula memang la mcm was-was, mcm betul ke aku ni nak join aktiviti mcm tu. Ye la, aku ni fikir 2 3 kali serius ke aku nak join ni. Lepas aku balik jumpa mak abah aku, baru lah aku tekad nak join juga untuk rasa sendiri, tengok dengan mata kepala aku sendiri mcm mana suasana dan perasaan bila berada dkt sana.

Aku dapat info ni pun sebelum final exam. Rasa berdebar-debar, excited nak tunggu bila lah nk pergi ke Kelantan. Memang excited bercampur nervous fikirkan misi ni sbb ini first time aku jejakkan kaki ke Kelantan... huhuhuhu

Selepas habis je exam, semua sukarelawan dikumpulkan untuk 1 taklimat. Rasanya hari Selasa malam Rabu dan Jumaat dah bergerak ke sana.

Semua baju, seluar, everything yang penting aku dah list out kan dan tinggal masukkan dalam begpack je. Cuma boots phua chu kang je yang aku tak ada. Ingatkan balik kampung, dapatlah pinjam abah punya boots tapi size kecik pulak. Memang tak boleh tumit kaki ni haaa. T_T

Nak tak nak terpaksa lah aku beli. Aku beli dkt kedai kasut dkt pekan Merlimau, ingatkan mahal tp murah je baru rm10. Kawan aku beli dkt kedai lain kena sampai rm24 lepas tu dia bengang je tauke kedai tu. hahahaha

Hari jumaat tu aku tumpang kawan aku ke kampus sbb dlm schedule 6:30pagi dah gerak. Gelabah juga lah aku sbb aku lambat sampai. Takut juga kot-kot kena tinggal..huhuhu tapi faham faham je lah kan, janji Melayu mcm mana. Cakap 6:30pagi tapi 7:00pagi baru gerak. -_-''

Ada 4 bas yang bwk pelajar-pelajar dan barang-barang sumbangan. Rasanya lebih 12jam perjalanan ke sana. Banyak sangat pit stop yang driver ni singgah. Setiap pit stop mesti ada kedai makan, so tak sah lah kalau tak makan. Bayangkan 4 bas serbu 1 kedai makan. Terbeliak tauke kedai tengok semua student mcm singa kelaparan.

Penat wei duduk dalam bas ni. Macam mana lah kawan-kawan aku yang duduk utara dengan pantai timur boleh tahan duduk berjam-jam dalam bus. Aku respect pada lu semua.. hihihi >_<

Dalam bus, aku banyak habiskan masa dengan tidur.. Makan tidur, makan tidur. itu je lah kerja aku dalam bus. Dalam pukul 11 malam kami sampai di UiTM Machang. Berkumpul untuk dengar taklimat tentang plan misi untuk esk. Dalam pukul 1pagi baru lah gerak ke tempat tidur masing2. Perempuan tak ingat duduk kolej mana, tempat tidur lelaki ada 2 lokasi di rumah tamu dan dewan makan Tun Abdul Razak. Alhamdulillah, dapat tidur dkt rumah tamu berbanding dekat dewan makan tuu..Memang selesa! <3 p="">

Esk pagi selepas sarapan kami gerak la ke lokasi. Kami pergi ke kawasan Dabong, perjalanan dari kampus Machang ke Dabong makan masa 2 jam. Tidur lagi aku dalam bus. Memang pedalaman betul, dengan kiri kanan penuh hutan,semak samun.

Dipendekkan cerita, 2 hari kami buat kerja pembersihan di kawasan yang sama iaitu rumah guru SMK Dabong, Kelantan sebab tak sempat nak bersihkan dlm 1 hari. Rancang nya hari kedua nk bersih kan kawasan kampung yg terdekat tapi itu tak jadi sebab settlekan rumah cikgu dulu. Dekat kawasan ni, banyak jugak NGO dan IPT lain yg join misi sukarelawan ni.

Hari pertama memang lah penat, Banyak angkat lumpur, memang mental breakdown. Banyak kali jugak aku curi tulang sebab mmg terlampau penat. Rasa nak balik Johor, x nak buat kerja tu lagi T_T

tapi keesokan hari, aku dtg jugak :)

hari kedua dah tak penat sangat sebab banyak main air aje. Penat jugak lah kerja memberus dinding rumah. Nak hilangkan kesan lumpur tu, nasib baik lah ada water jet. Kerja pun jadi senang. Hari kedua aku buat kerja dengan happy, seronok sambil gurau-gurau dengan  groupmate, tak ada stress-stress. Berbeza dengan hari pertama.





Ini 2 gambar ketika waktu rehat, makan tengah hari dan solat zohor.. Tak lapar sangat pun sebenarnya waktu ni, cuma haus yang teramat..Berbotol-botol air mineral aku minum.


Gambar atas adalah bengkel makmal kemahiran hidup, dkt sini lah tempat aku curi tulang. huhuhu Nampak kesan siling yg dipecahkan tu? Banjir yang datang masa tu, paras air mencecah sampai ke siling. So, terpaksa pecahkan untuk keselamatan sbb lumpur banyak terkumpul atas siling. Bayangkan kalau kita terperangkap dalam kelas ni? agaknya terselamat tak....


Ini gambar rumah guru yang ditugaskan untuk group aku bersihkan. Manusia yang ada dalam gambar tu semua groupmate aku. Sayang korang! kahkahkah Ini gambar rumah selepas di-water jet kan. Kalau sebelum, dinding luar rumah tu warna coklat. tiang dkt tangga tu pun warna coklat. Macam aku bagitahu tadi, hari kedua kerja relax sikit. Itu yang dapat ambil gambar.


Nampak tak meja belajar ada atas bumbung rumah. Jangan tak percaya tau! Masa berlakunya banjir, habis semua rumah guru 100% ditenggelami air. Semua barang dalam rumah, rosak teruk. Nasib baik lah masa kejadian berlaku, semua guru balik kampung maknanya ada 2 3 orang guru sahaja yang tinggal masa tu..


Ada juga wakil dari Jabatan Khidmat Negara, diorang siap cat warna putih dekat bangunan, dinding asrama lelaki.




Ini sekolah yang kami sumbangkan tenaga yang tak seberapa untuk kerja pembersihan yang belum 100% siap sepenuhnya. 


Ada jugak peti ais atas bumbung. Siapa punya lah ni. Baik mengaku cepat! =P


Ini semua sampah, lumpur yang ditinggalkan selepas banjir surut. Bayangkan berapa tan sampah sarap yang ditinggalkan.


Ini siapa ni? Bersih aje baju dia, macam tak buat kerja. hahaha


Dekat kawasan Dabong ni ada perkhidmatan kereta api, kebanyakan murid-murid ke sekolah naik kereta api. Masa aku datang ni, kereta api tak beroperasi. So, kesian dekat murid-murid yang tinggal jauh tak dapat ke sekolah. Kita ni beruntung sebab mak bapak hantar sampai depan pagar sekolah tapi boleh keluar balik, ponteng sekolah. Ada yang pergi sendiri naik motosikal tapi tak sampai ke sekolah. Ada yang terasa ke? sorry eh! :(


Masa ni semua dah bersiap nak balik, gerak ke tmpt bas. 


Habis jalan dekat gambar atas ni ditenggelami air masa kejadian.

Ada jugak penduduk yang sempat berniaga tapi kami semua diingatkan supaya menjaga makan minum sebab kebanyakan tempat banjir, sumber air dia kurang bersih.






Keluar dari kawasan Dabong, ada juga penempatan sementara untuk penduduk yang hilang tempat tinggal.


Dari jauh, dah nampak air terjun Jelawang, Gunung Stong yang dikatakan air terjun berlata tertinggi di Asia Tengara. Wow!



Malam terakhir sebelum esok pagi kami bergerak balik ke Melaka, sempatlah juga menghabiskan masa pergi bershopping di Wakaf Che Yeh. Tapi yang tak best nya, dibagi 2 jam sahaja untuk bershopping. Mana sempat nak bershopping, cuci mata pun tak puas. Aku dapat beli 3 item je utk buah tangan. Sedih!


Ini kedai-kedai dekat sempadan Pahang-Terengganu. Ada jual keropok lekor, sata dgn keropok ikan. Macam-macam lah ada jual dekat sini. Aku ada beli keropok lekor, banyak jugak lah sbb nak balas dendam tak dapat shopping sakan dkt wakaf che yeh. Sata tak dapat beli sebab ramai yang dh booking.

Kami sampai di kampus Jasin, dalam pukul 3 4 pagi. Lepas tu gerak balik rumah, sampai terus tidur lepas mandi.

Moral of the story :

#1 Kalau ada program misi sukarelawan ni, pergi lah join, ajak kawan-kawan. Rasa, tengok sendiri macam mana kesusahan yang mereka alami. Mereka sangat memerlukan bantuan daripada kita semua.

#2 Beringat bila kita dah putus asa, rasa susahnya dengan kehidupan yang kita jalani sekarang ni, sebenarnya ada orang yang lebih susah dari kita.

#3 Sibuk macam mana pun, penat macam mana pun. Urusan kita dengan Allah, jangan ditinggalkan. Urusan dengan manusia boleh ditangguhkan.

#4 Bila bekerja dalam kumpulan, kita kena tolong antara satu sama lain. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

2/13/15

Al-fatihah untuk Arwahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat


Takziah diucapkan kepada keluarga arwah di atas permergian arwah. Dapat berita mengenai arwah meninggal pun info dari kawan yang memang anak jati Kelantan. Tak sangka hilang seorang ulama yang memperjuangkan Islam di Malaysia.

Ya Allah, beruntungnya arwah dapat meninggal hari jumaat. Dapat info terkini pun banyak melalui facebook.. Sekitar masjid dan rumah arwah penuh dibanjiri dengan manusia. Memang terdiam, tak tahu nak cakap apa bila tengok lautan manusia yang hadir untuk beri penghormatan terakhir untuk arwah.

Aku disini hanya mampu untuk titipkan al-fatihah untuk arwah.. Takziah untuk rakyat Kelantan dan ahli keluarga tersayang.

DARIPADA ALLAH, KITA DATANG
KEPADA ALLAH JUA, KITA KEMBALI


Al-Fatihah




Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
1931 - 2015

2/5/15

Tukar Mood


Akhirnya dapat juga aku jengah blog kesayangan aku ni. Niat nak update ada tapi idea tak dtg mencurah-curah. Jadi, tak umphhh kalau guna idea yg seciput tuuu.

btw, Selamat tahun baru 2015. yeah!!! dh Februari baru nak wish.

Tengok macam dah bersawang aje blog aku ni, aku nk tukar mood sikit dgn background image dgn font baru. Saja nak bertukar angin, biar lah nampak ada sikit perubahan. :) Nampak sesuatu sangat dengan warna pink. Sebenarnya lelaki yang guna warna pink adalah lelaki yang berani. hahaha Berani sahut cabaran. =P

Okay, sekarang ni aku tengah cuti semester tapi bukan cuti untuk beristirehat. Cuti untuk siapkan final year project aku tapi kan itulah cakap guna mulut mmg lah senang. Nak mula, starting point untuk bergerak memang makan masa. Kena mula sikit-sikit, atleast ada la bukti, kerja yg dh buat masa cuti sem untuk tunjuk pada SV nanti. Insha Allah, akan aku usahakan untuk siapkan 30% dlm cuti sem ini. Tak nak high expectation tapi biarlah lebih dari 30%, jangan kurang. Doakan yang terbaik untuk aku >_<

kaf ba ra kaf ta alif nun

monday blues kononnya ni, hahaha tengah hujan lebat sekarang, jadi aku rasa macam bosan duduk rumah ni ada baiknya aku tulis sesuatu dal...