11/1/15

Draft - Jadi Pengalaman



 Nak tergelak pulak bila aku belek-belek post yang aku tak jadi nak publish. Buka draft, banyak jugak lah post yang tak sempat nak publish. Kebanyakan post tu semua, aku tak habis cerita lagi. Kononya, nak sambung cerita lain hari. Alamatnyaa berhabuk dalam draft. Sorry sayang sekalian. Kalau aku rajin, nanti aku buat special post macam gini. Supaya aku dapat lah #throwback, apa benda yang aku nak sampaikan dalam post-post tak kesampaian tuu.. :)



Post yang bertajuk "JADI PENGALAMAN" bertarikh 26/12/2012, ini cerita masa aku tengah dalam mode praktikal dekat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Harghhhh! rindunyaa dekat staff department IT. Rasa bersalah la pulak bila aku dengan amar hilang, senyap sepi terus bila dah habiskan praktikal. Terus tak datang jenguk, ziarah staff dekat situ walaupun sekali. Minta maaf sangat-sangat dengan sikap kami ni. ;'(


Walaupun tak ziarah, tapi kalian tetap menjadi ingatan dan memori yang sentiasa terpahat dihati dan kepala otak kami ni. Rindu dengan En.Masnizar, Kak Sabrina, Kak Fida dengan En.Latiff. See! aku ingat lagi okay nama mereka semua. Hahaha. We miss you alls! *heart*

Okay-okay, dekat bawah ni post yang 'sendu' tak dapat nak publish sebelum ini. :P


10/30/15

Mendaki Gunung Datuk, Rembau Part 3


Okay kita sambung balik cerita pasal Gunung Datuk, cerita sampai aku naik tangga kedua, kami sampai di checkpoint 2 dalam pukul 5:30 pagi. Jadi, masa tu keadaan sekeliling masih lagi gelap. Itu yang buatkan aku seram sejuk nak panjat tangga tu. Tapi terpaksa lah juga aku panjat, serius! memang menggigil kepala lutut ni. Bila dah separuh tangga, kaki kiri aku cramp, hanya Tuhan yang tahu betapa sakit nya bila kena cramp ni. Aku terpaksa peluk tangga tu sebab aku takut kaki kanan aku jugak cramp. Nanti tak pasal-pasal aku boleh jatuh tergolek mcm nangka busuk.

 Gambar dekat atas ini lah tangga kedua yang seram banget.

Dekat 10 minit lah jugak aku dekat tangga tu sebab memang tak boleh nak bergerak, kaki tak boleh bengkok masa tu. Tapi lepas dah kurang cramp, aku cuba panjat lagi walaupun sakit tu tetap ada lagi. Panjat punya panjat, tiba-tiba botol mineral aku terjatuh jauh masuk celah batu besar. Punya lah terkejut dibuatnya, dah lah itu je mineral yang aku ada. Beg tak ikat kuat, itu yg terkeluar dari beg.

Bila dah sampai hujung tangga, akan nampak tali panjang, kena pegang tali tu sebab batu dekat tangga tu macam bulat, tak rata. So, takut tergelincir nanti.dah sampai atas batu tu, kaki kanan pulak yang cramp. Tak sempat nk berdiri, aku dh meniarap atas batu sambil pegang tali disebabkan cramp tu aku tak boleh bergerak. Sadis sungguh aku waktu tu. Meniarap atas batu dalam 5 minit. Huhuhu =(

Kawasan batu kedua ni besar la jugak, boleh muat lebih 10 orang. Sampai je, kami terus segerakan solat subuh dengan berwuduk kan air mineral. Tapi air mineral aku dah terjatuh 'gaung', terpaksalah aku share air dengan Amar. Waktu ni memang sejuk giler..

Ini kawasan batu kedua, kami mampu sampai sini ja....


Sempat lagi tidur ka?



Peace yo!
Solat subuh aku tak berapa nak selesa sebab kaki baru lepas cramp, jadi berdiri pun macam tak stabil. Memori yang best, bila kita solat atas batu besar sambil mengadap pemandangan yang luas terbentang. Subhanallah.

Okay. Dah sampai puncak ni lah baru masing-masing keluarkan handphone. Selfie sana, selfie sini. Ada yang baring atas batu, ada yang bersila, ada yang bersandar dekat tangga, belum lagi yang bergambar sambil naik tangga, turun tangga pun snap gambar. Macam-macam aksi. Aku simple je, selfie tunjuk peace. done! hahaha

Actually, ada tangga ketiga selepas tangga kedua. Batu ketiga tu lagi besar daripada batu yang kedua. Aku tak berani nak panjat lagi. Cukup lah dengan tangga kedua ni. Aku takut nak panjat lagi. Ramai jugak officemate aku panjat tapi ada juga yang tak berani nak panjat. Batu kedua ni pun dah cukup bermakna bagi kami. ;)

Lama jugak la kami melepak atas tu, hilangkan penat sekejap. Tak lama lepas tu dalam pukul 8:30 pagi, kami dah bergerak turun menuju ke kaki gunung.

Ini tangga ketiga menuju ke batu ketiga diatas
Disebabkan team Alpha yang lead mendaki, sekarang team Beta pulak kena lead untuk turun dan team Alpha dekat belakang. Turun dan naik memang guna trek yang sama. So, bila aku turun dan tengok semula trek tu. Aku macam tak percaya bila aku berjaya mendaki sampai ke puncak. Bila turun, kepala lutut  memang longlai habis, dah mengigil tak tahan nak kencing.  Terpaksa tahan sampai bawah. Jari kaki dengan tapak kaki memang sakit sebab bila turun tu, banyak hentak kaki. Aku takut kalau turun laju-laju nanti kaki terseliuh. Lagi 1 hal, nnti dah susahkan orang nak papah aku turun. So, aku turun dengan perlahan sambil menahan kesakitan. huhuhuhu

Alhamdulillah. Kami sampai di kaki bukit dalam pukul 10:30 pagi. En.Umar memang plan nak belanja minum pagi tu lepas turun bawah, tapi aku dengan amar tak join sebab dah terlampau penat plus kaki sakit. Dah tak mampu lagi nak berjalan. Jadi, kami terlelap dalam kereta. Sedar- sedar je, budak-budak ni gigih ketuk-ketuk tingkap sebab kami tak sedar. Terlampau penat kononnyaa.

Lepas tu kami bergerak pulang ke Melaka. Terima kasih En.Umar anjurkan ekspedisi mendaki Gunung Datuk ni, memang jadi memori untuk diceritakan dekat anak cucu nanti. hehehehe

Okay, lepas ni gunung apa ye?? X_X




Team Tuffah Informatics

















10/28/15

Favourite Song - Hidup Segan Mati Tak Mau (Gamma1)


Rasa tenang je dengar alunan lagu ni. Lagu ni memang sesuai untuk orang yang tengah frust menonggeng putus cinta. :(

 

Howww Hoooooo
Semuanya telah kuberikan
Harta cinta dan kasih sayang
Apa yang belum kau dapatkan
Bahkan nyawa ku pertaruhkan
Kini kau hilang bagai ditelan alam
Aku disini tersakiti

Hidup segan mati tak mau
Saat aku pisah dari mu
Pahit rasa nya gula
Manis rasa empedu ku rasa

Engkau pergi tanpa berita
Habis kisah tutup cerita
Menagis dalam tawa
Senyum dalam derita kurasa... kurasa

Apa yang belum kau dapatkan
Bahkan nyawa ku pertaruhkan
Kini kau hilang bagai ditelan alam
Aku disini tersakiti

Hidup segan mati tak mau
Saat aku pisah dari mu
Pahit rasa nya gula
Manis rasa empedu ku rasa

Engkau pergi tanpa berita
Habis kisah tutup cerita
Menagis dalam tawa
Senyum dalam derita kurasa
Howww Hoooooo

Howww Hoooooo
Hidup segan mati tak mau
Saat aku pisah dari mu
Pahit rasa nya gula
Manis rasa empedu ku rasa

Engkau pergi tanpa berita
Habis kisah tutup cerita
Menagis dalam tawa
Senyum dalam derita kurasa
Kurasa howwwwww

10/27/15

Mendaki Gunung Datuk, Rembau Part 2


Mendaki Gunung Datuk, Rembau Part 1

Kita sambung cerita mendaki Gunung Datuk. Cerita panjang sangat. So, terpaksa lah aku pecahkan. Ini memang first time bagi aku mendaki waktu malam. Sooooo exciteddddd you knowww! Seramai 15 orang yang sertai expedisi ni. Kami berkumpul di Petronas MiTC. Kami bergerak dalam pukul 12 lebih dengan 4 kereta. Kami masuk tol ayer keroh dan keluar di tol simpang ampat.

Perjalanan dari tol simpang ampat hingga ke kawasan Gunung Datuk, boleh tahan jauh la jugak. Alhamdulillah, kami selamat sampai dikaki Gunung Datuk walaupun sebelum ada 1 kereta sesat sekejap.

Berkumpul dulu di kaki Gunung Datuk, dengar sedikit brief dari En.Umar dan dimulakan expedisi dengan bacaan doa. Kami mula mendaki lebih kurang dalam pukul 2 pagi. Tujuan mendaki diwaktu malam adalah untuk mengelakkan kami yang masih anak-anak kecil ni tidak patah semangat bila melihat trek yang super duper mencabar naluri kejantanan. kahkahkah ;)

Mula-mula kami bergerak dalam 1 team. Serius wei. Tak sampai 10 minit, dalam 5 minit lah lebih kurang. Kebanyakan kami dah pancit. Ada yang sakit dada. Ada yang sakit kepala. Nafas aku dah tercungap-cungap.. Berehat dalam 5 minit lepas tu teruskan perjalanan. Banyak kali jugak berhenti sebab memang cepat pancit semuanya. Disebabkan ada ahli yang sakit kepala dan sakit belakang. So, daripada 1 team dipecahkan kepada 2 team iaitu team Alpha dan team Beta. Aku dalam team alpha.

So, team Alpha teruskan mendaki meninggalkan team Beta dibelakang. Berpecah tak pe, janji teruskan mendaki, kalau boleh nak semua sampai puncak tak kira lambat ke cepat. Itu kata-kata daripada bos Tuffah, En.Umar.

Gunung Datuk ni mempunyai ketinggian setinggi 855 meter (2,900 kaki) dari paras laut. Dalam team Alpha seramai 8 orang termasuk aku dengan Amar. En.Umar memang mendaki laju. Pantas betul dia naik atas. Tak pancit pun. Dia memang dah biasa naik Gunung Datuk ni. So, bagi dia adventure Gunung Datuk dekat celah gigi dia je. huhuhu

Keadaan mendaki tu memang dalam keadaan gelap. Tak ada nyamuk pun. Hanya berbekalkan torchlight RM2.12 yang aku beli kedai Eco. Memang berbaloi rasanya beli torchlight tu sebab memang berguna sangat-sangat walaupun abah aku dah bagi 2 torchlight kepunyaan dia, siap dengan pisau. Aku pun tak sangka aku boleh mendaki sampai checkpoint pertama iaitu kawasan berehat selepas mendaki 2 trek curam. Gunung Datuk ada 6 trek curam. So, aku baru lepas 2 trek curam. Ada 4 lagi trek curam yang menanti. bhahahaha :(

Sampai dekat checkpoint pertama, aku rasa mcm dah nak giveup. Ikutkan hati, aku nak tinggal dkt situ. Berehat sampai siang. Lepas tu turun balik. Dah terlampu penat rasanya, dengan sakit dada lagi. huhuhuhu. Aku cuba think positive, kuatkan semangat. Biar lambat asalkan sampai ke puncak. Jadi, aku decide untuk berpecah dengan team Alpha. Aku dengan Amar, berdua sahaja tau jadi team Alpha B. Kami ditinggalkan oleh team Alpha A. Lama jugak lah kami berehat, sambil bual-bual, meluahkan perasaan kecewa sebab aku join expedisi ni. Serius wei, menyesal aku bawak beg besar-besar. Lagi menyusahkan aku adalah. Amar siap bawak DSLR dengan tripod. hahaha :P

Dalam gelap, aku nak ambik gambar pun takut-takut, serius memang tak berani. Kepala otak ni dah fikir yang bukan-bukan. Dalam hati ada jugak aku berzikir, kejap sebut nama Allah, sekejap selawat untuk menaikkan semangat aku. Cara tu memang sangat berguna. Semakin tinggi mendaki, semakin rasa sejuk. Kalau terus mendaki, kami berdua akan guna torchlight masing-masing. Bila berehat, kami guna 1 torchlight sahaja. Ini untuk elakkan seranggan datang. Tapi seram jugak guna 1 torchlight sebab lampu tu akan fokus dekat kita sahaja and sekeliling akan gelap gelita. Sambil tulis entry, aku teringat cerita The Conjuring yang ada scene "One Clap! Two Clap!" Huhuhuhu

Pada waktu tu, memang team Tuffah sahaja yang mendaki malam tu. Tak ada team lain. So, aku dalam team Alpha B. Kiranya kami team 2 daripada 3. Setiap kali nampak cahaya lampu dari team Beta, kami akan gerak mendaki sebab tak nak jadi team ketiga. Sebab kalau ada apa-apa hal berlaku dekat team Alpha B, ada backup dari team Beta. Hehehehe. Pandai tak kami punya rancangan. :)

Gambar dekat sebelah ni adalah sebagai contoh, banyak jugak papan tanda macam diatas ni. Tiap kali jumpa signboard ni, memang beri aku satu semangat untuk naik atas lagi. Rasa macam nak tengok lagi signboard macam gini. Nak lagi, Nak lagi!!!!!!! hahahaha. Banyak jugak lah signboard macam gini.

Alhamdulillah, sepanjang mendaki dari bawah keatas aku tak kena lagi cramp. Amar banyak kali kena cramp..Amar memang banyak dugaan, dah lah kaki dia cramp. Kasut yang dia pakai pun habis tercabut tapak. Kiri kanan pulak tu tercabut. Mula-mula dia ikat dengan tali kasut. Nasib baiklah aku bawak stokin lebih. Aku bagi dia, suruh sarungkan dekat luar kasut. Maknanya stokin dekat luar, kasut dekat dalam. Hahaha. Nampak  lain daripada lain. Maybe itu boleh jadi pencetus untuk buka bisnes kasut. Hehehehe. Lepas tu, baru perjalanan jadi smooth sikit.

Selain signboard yang memberi semangat untuk naik lagi keatas, semakin tinggi kami naik, kami terdengar azan dekat sekitar kawasan Gunung Datuk. Waktu tu memang nak naik cepat sikit sebab target sampai puncak, nak tengok sunrise. So, better sampai ke puncak sebelum pukul 6 pagi.

Selepas azan, kami ada juga terdengar lagu nasyid. Lagu Raihan, lagu bertemakan memuji Allah taala. Serius memang best dengar lagu tu. Mula-mula sayup-sayup je dengar lagu. Semakin tinggi naik, semakin jelas pulak lagu tu. Kami assume, ini mesti ada group yang berkhemah dekat atas.

Alhamdulillah, kami dah dekat kawasan checkpoint 2, rupanya ramai jugak yang dah berkhemah dekat situ. Maybe mereka dah mendaki waktu siang. Kami sampai masa tu, kebanyakan mereka dah bangun. Ada yang sediakan sarapan, ada yang bersiap-siap untuk solat subuh.

Aku blur jugak lah mula-mula, sebab dah nampak signboard tulis 'puncak' tapi nampak kawasan perkhemahan. Aku tumpang tanya dengan seorang hamba Allah ni, dia tengah sediakan sarapan. "Abang nampak tak ada group yang baru naik atas tadi?" Abang tu muka blur, mesti dalam hati dia ckp aku ni buang tebiat ke apa. dia baru bangun tidur kot. Kau dah tanya soalan mcm gitu. Confirm lah dia tak nampak sebab kawasan gelap. Abang tu balas "Tak perasan la"

Aku tanya lagi, "Puncak dekat mana bang?" Abang tu tunjuk tangga dekat sebelah dia. Tangga tu atas batu besar. Batu tu tak tinggi sangat tapi tangga tu goyang-goyang membuatkan aku macam nervous giler baby. Dah naik tangga tu, ada jumpa lagi batu besar siap dengan tangga. Batu kedua ni lagi besar. Tinggi dia mcm rumah 2 tingkat. Tangga pun curam memang kalau tengok ikutkan hati tak nak naik. Mula-mula musykil jugak nak naik ke tak nak.

Aku call En.Umar tanya dia dekat mana. Tak percaya pulak aku,dapat call dia. dekat atas puncak tu dapat pulak coverage maxis. Bagus betul maxis ni. En.Umar suruh panjat tangga kedua tu. Aku tengok Amar, Amar tengok aku. Siapa dulu yang nak panjat tangga ni. Last-last, aku jugak orang pertama kena panjat. Amar tunggu bawah.. Kalau aku jatuh, Amar boleh sambut aku. kahkahkah >_<

Ini dikawasan batu pertama selepas tangga pertama

Ini checkpoint 2, belakang tu kawasan perkhemahan


Tangga kedua ni memang mencabar. Sepanjang mendaki dari bawah sampai ke atas puncak, aku tak kena cramp. Boleh pulak dah separuh panjat tangga kedua ni, kaki kiri aku cramp. Nanti aku cerita lagi dekat entry seterusya... Panjang wei cerita ni. Pecah rekod rasanya boleh sampai part 3.




Mendaki Gunung Datuk, Rembau Part 1



Alhamdulillah, sekarang aku sudah menjalani latihan industri di satu syarikat IT di MiTC. Syarikat Tuffah Informatics yang diketuai oleh Encik Umar Mukhtar. Dia lah bos dalam Tuffah dan merupakan alumni UTEM. Aku dapat tahu pasal Tuffah ni pun daripada Hatta, kawan sekolah aku. Dia pernah jumpa Encik Umar dalam kursus Infosys dan Hatta juga pernah latihan industri di Tuffah. Sekarang Hatta dah jadi staff Tuffah. So, sekarang ni aku dengan Amar pun LI dekat Tuffah Informatics.

Kami mula LI dalam 24 Ogos hingga 8 Januari 2016. Insha Allah, tolong lah doakan supaya kami cepat-cepat grad. :)

Okay, aku nak bercerita pasal benda lain sebenarnya. Cerita pasal mendaki Gunung Datuk dekat Rembau, Negeri Sembilan. Rembau most wanted yoooo!!



Expedisi ini pun dianjurkan oleh bos aku sendiri, Encik Umar. Dia nak wujudkan aktiviti sihat dikalangan pekerja dia. Dia tak nak lah kita ni asyik mengadap laptop/komputer je setiap masa. Tak nak lah jadi anti sosial pulak. Kalau boleh, selain programming skill yang dah ada ni. Kita tambah dengan skill-skill lain seperti skill komunikasi. Setiap minggu pun dia akan tempah badminton court untuk kita semua main. Bagi exercise sikit, buang lemak tu sikit. Dah banyak benau.

Okay balik semula topik kita, aku pun tak confident jugak sebenarnya, aku mampu ke nak naik sampai atas? boleh ke aku buat? Aku pun tak ingat, aku pernah ke naik gunung sebelum ni? Seingat aku, setakat Bukit Treh,Muar je aku pernah naik. Nak kata Gunung Ledang, kawasan bawah je aku sampai. Fikir-fikir balik, apa salahnya aku cuba daki Gunung. Oleh itu, aku pun sahut cabaran mendaki.

Sebelum tu, dalam 2 3 hari lah jugak aku sibuk jadi stalker dalam instagram. Search #gunungdatuk. Lepas tu scroll tengok semua gambar. Itu yang buat rasa sekejap excited, sekejap nervous. Memang feel tu bercampur aduk.


Persiapan memang aku buat sehabis baik. Siap beli glove, beli spray serangga, bwk sejadah, kain pelikat, beli torchlight, dengan tuala kecil, baju dan seluar track suit 'spare'. Beg memang besar. Mengalahkan nak bermalam 2 3 hari dekat atas puncak gamaknya. Bersemangat nak bawak beg besar sampai ke puncak Gunung Datuk.

Special expedisi ni adalah, kami mendaki waktu malam. Aku akan cerita mendaki waktu malam dalam next post. Cerita panjang lagi nih. So, nanti kita to-be-koce. Bye

5/28/15

Peta ke UiTM Jasin,Melaka


Hai. Apa khabar? Alhamdulillah, kalau sihat. Yg sakit tu jgn lupa makan ubat ye. Banyakkan rehat.. Dh lama tak update blog, aku selalu buka blog ni tp duk termenung tak tahu nak update apa. 

Sekarang ni cuti semester diploma uitm pun dh nak habis. Tak lama lagi kembali semula korang jadi pelajar universiti..Untuk yg lepasan SPM, mesti taaassaaabbbaaarrrrr nak masuk universiti kann.Rasa excited nk sambung belajar. Tahniah diucapkan kepada korang. Tetapkan niat dari awal2 supaya dpt capai di pengakhiran nanti.

Utk yg tak berjaya utk sambung ke universiti, jgn patah semangat dik. Jgn putus asa. Usaha selagi mampu. Sekarang ni byk peluang untk sambung belajar. Tak semestinya tak dpt masuk universiti,tak ada tmpt untk belajar. Sekarang ni byk kolej komuniti, Giatmara, Politeknik, Kolej Kemahiran, banyak lagi sebenarnya.. Tak kisah pun belajar dimana, selagi ilmu tu berkat. In sha Allah, ilmu tu akan membantu kita kelak.. Okay, sekarang ni bukan nk bagi ceramah.

Tahniah pada sesiapa yg dapat sambung di UiTM Jasin,Melaka. Korang mesti tertanya tanya mcm mana keadaan UiTM Jasin. Mesti tak tidur malam terkenangkan tmpt belajar baru. Untuk memudahkan imaginasi korang. Hahaha. Aku pernah cerita dlm blog ni pasal UiTM Jasin. Cuba terjah sini. 



Untuk tambahan, aku tolong buatkan peta untuk pergi ke UiTM Jasin,Melaka dari arah Bandar Jasin dan dari arah Pekan Merlimau.


Peta dari arah Merlimau

Peta dari arah Jasin

Tak tahulah nak explain mcm mana lagi. Rasanya tgk peta tu mesti semua dh faham. Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh lah diajukn disini atau untuk dapatkan maklum balas dgn segera, boleh email je.. Jgn malu, jgn segan. Tak ada charge yg akan dikenakan. Hahaha

Haaaa!, sesiapa yg dpt UiTM Jasin tu jgn lupa hello hello aku bila terserempak dlm kampus nanti ye.. Boleh tulis dkt komen dibawah, nickname korang, kursus apa yg korang dapat dan sertakan link blog jika ada. Thank you.


2/17/15

Misi Kemanusiaan KJM - Sukarelawan Banjir di Dabong, Kelantan


okay. hari ni nak #throwback pasal cerita atau mungkin boleh di kategorikan sebagai pengalaman untuk aku yang boleh dikongsikan dengan korang.

Bulan Disember tahun lepas, aku ada join satu misi sukarelawan yang dianjurkan oleh organisasi di kampus aku.

So, aku terpanggil untuk join misi walaupun seorang aje kawan yang rapat dengan pun join sekali. Mula-mula memang la mcm was-was, mcm betul ke aku ni nak join aktiviti mcm tu. Ye la, aku ni fikir 2 3 kali serius ke aku nak join ni. Lepas aku balik jumpa mak abah aku, baru lah aku tekad nak join juga untuk rasa sendiri, tengok dengan mata kepala aku sendiri mcm mana suasana dan perasaan bila berada dkt sana.

Aku dapat info ni pun sebelum final exam. Rasa berdebar-debar, excited nak tunggu bila lah nk pergi ke Kelantan. Memang excited bercampur nervous fikirkan misi ni sbb ini first time aku jejakkan kaki ke Kelantan... huhuhuhu

Selepas habis je exam, semua sukarelawan dikumpulkan untuk 1 taklimat. Rasanya hari Selasa malam Rabu dan Jumaat dah bergerak ke sana.

Semua baju, seluar, everything yang penting aku dah list out kan dan tinggal masukkan dalam begpack je. Cuma boots phua chu kang je yang aku tak ada. Ingatkan balik kampung, dapatlah pinjam abah punya boots tapi size kecik pulak. Memang tak boleh tumit kaki ni haaa. T_T

Nak tak nak terpaksa lah aku beli. Aku beli dkt kedai kasut dkt pekan Merlimau, ingatkan mahal tp murah je baru rm10. Kawan aku beli dkt kedai lain kena sampai rm24 lepas tu dia bengang je tauke kedai tu. hahahaha

Hari jumaat tu aku tumpang kawan aku ke kampus sbb dlm schedule 6:30pagi dah gerak. Gelabah juga lah aku sbb aku lambat sampai. Takut juga kot-kot kena tinggal..huhuhu tapi faham faham je lah kan, janji Melayu mcm mana. Cakap 6:30pagi tapi 7:00pagi baru gerak. -_-''

Ada 4 bas yang bwk pelajar-pelajar dan barang-barang sumbangan. Rasanya lebih 12jam perjalanan ke sana. Banyak sangat pit stop yang driver ni singgah. Setiap pit stop mesti ada kedai makan, so tak sah lah kalau tak makan. Bayangkan 4 bas serbu 1 kedai makan. Terbeliak tauke kedai tengok semua student mcm singa kelaparan.

Penat wei duduk dalam bas ni. Macam mana lah kawan-kawan aku yang duduk utara dengan pantai timur boleh tahan duduk berjam-jam dalam bus. Aku respect pada lu semua.. hihihi >_<

Dalam bus, aku banyak habiskan masa dengan tidur.. Makan tidur, makan tidur. itu je lah kerja aku dalam bus. Dalam pukul 11 malam kami sampai di UiTM Machang. Berkumpul untuk dengar taklimat tentang plan misi untuk esk. Dalam pukul 1pagi baru lah gerak ke tempat tidur masing2. Perempuan tak ingat duduk kolej mana, tempat tidur lelaki ada 2 lokasi di rumah tamu dan dewan makan Tun Abdul Razak. Alhamdulillah, dapat tidur dkt rumah tamu berbanding dekat dewan makan tuu..Memang selesa! <3 p="">

Esk pagi selepas sarapan kami gerak la ke lokasi. Kami pergi ke kawasan Dabong, perjalanan dari kampus Machang ke Dabong makan masa 2 jam. Tidur lagi aku dalam bus. Memang pedalaman betul, dengan kiri kanan penuh hutan,semak samun.

Dipendekkan cerita, 2 hari kami buat kerja pembersihan di kawasan yang sama iaitu rumah guru SMK Dabong, Kelantan sebab tak sempat nak bersihkan dlm 1 hari. Rancang nya hari kedua nk bersih kan kawasan kampung yg terdekat tapi itu tak jadi sebab settlekan rumah cikgu dulu. Dekat kawasan ni, banyak jugak NGO dan IPT lain yg join misi sukarelawan ni.

Hari pertama memang lah penat, Banyak angkat lumpur, memang mental breakdown. Banyak kali jugak aku curi tulang sebab mmg terlampau penat. Rasa nak balik Johor, x nak buat kerja tu lagi T_T

tapi keesokan hari, aku dtg jugak :)

hari kedua dah tak penat sangat sebab banyak main air aje. Penat jugak lah kerja memberus dinding rumah. Nak hilangkan kesan lumpur tu, nasib baik lah ada water jet. Kerja pun jadi senang. Hari kedua aku buat kerja dengan happy, seronok sambil gurau-gurau dengan  groupmate, tak ada stress-stress. Berbeza dengan hari pertama.





Ini 2 gambar ketika waktu rehat, makan tengah hari dan solat zohor.. Tak lapar sangat pun sebenarnya waktu ni, cuma haus yang teramat..Berbotol-botol air mineral aku minum.


Gambar atas adalah bengkel makmal kemahiran hidup, dkt sini lah tempat aku curi tulang. huhuhu Nampak kesan siling yg dipecahkan tu? Banjir yang datang masa tu, paras air mencecah sampai ke siling. So, terpaksa pecahkan untuk keselamatan sbb lumpur banyak terkumpul atas siling. Bayangkan kalau kita terperangkap dalam kelas ni? agaknya terselamat tak....


Ini gambar rumah guru yang ditugaskan untuk group aku bersihkan. Manusia yang ada dalam gambar tu semua groupmate aku. Sayang korang! kahkahkah Ini gambar rumah selepas di-water jet kan. Kalau sebelum, dinding luar rumah tu warna coklat. tiang dkt tangga tu pun warna coklat. Macam aku bagitahu tadi, hari kedua kerja relax sikit. Itu yang dapat ambil gambar.


Nampak tak meja belajar ada atas bumbung rumah. Jangan tak percaya tau! Masa berlakunya banjir, habis semua rumah guru 100% ditenggelami air. Semua barang dalam rumah, rosak teruk. Nasib baik lah masa kejadian berlaku, semua guru balik kampung maknanya ada 2 3 orang guru sahaja yang tinggal masa tu..


Ada juga wakil dari Jabatan Khidmat Negara, diorang siap cat warna putih dekat bangunan, dinding asrama lelaki.




Ini sekolah yang kami sumbangkan tenaga yang tak seberapa untuk kerja pembersihan yang belum 100% siap sepenuhnya. 


Ada jugak peti ais atas bumbung. Siapa punya lah ni. Baik mengaku cepat! =P


Ini semua sampah, lumpur yang ditinggalkan selepas banjir surut. Bayangkan berapa tan sampah sarap yang ditinggalkan.


Ini siapa ni? Bersih aje baju dia, macam tak buat kerja. hahaha


Dekat kawasan Dabong ni ada perkhidmatan kereta api, kebanyakan murid-murid ke sekolah naik kereta api. Masa aku datang ni, kereta api tak beroperasi. So, kesian dekat murid-murid yang tinggal jauh tak dapat ke sekolah. Kita ni beruntung sebab mak bapak hantar sampai depan pagar sekolah tapi boleh keluar balik, ponteng sekolah. Ada yang pergi sendiri naik motosikal tapi tak sampai ke sekolah. Ada yang terasa ke? sorry eh! :(


Masa ni semua dah bersiap nak balik, gerak ke tmpt bas. 


Habis jalan dekat gambar atas ni ditenggelami air masa kejadian.

Ada jugak penduduk yang sempat berniaga tapi kami semua diingatkan supaya menjaga makan minum sebab kebanyakan tempat banjir, sumber air dia kurang bersih.






Keluar dari kawasan Dabong, ada juga penempatan sementara untuk penduduk yang hilang tempat tinggal.


Dari jauh, dah nampak air terjun Jelawang, Gunung Stong yang dikatakan air terjun berlata tertinggi di Asia Tengara. Wow!



Malam terakhir sebelum esok pagi kami bergerak balik ke Melaka, sempatlah juga menghabiskan masa pergi bershopping di Wakaf Che Yeh. Tapi yang tak best nya, dibagi 2 jam sahaja untuk bershopping. Mana sempat nak bershopping, cuci mata pun tak puas. Aku dapat beli 3 item je utk buah tangan. Sedih!


Ini kedai-kedai dekat sempadan Pahang-Terengganu. Ada jual keropok lekor, sata dgn keropok ikan. Macam-macam lah ada jual dekat sini. Aku ada beli keropok lekor, banyak jugak lah sbb nak balas dendam tak dapat shopping sakan dkt wakaf che yeh. Sata tak dapat beli sebab ramai yang dh booking.

Kami sampai di kampus Jasin, dalam pukul 3 4 pagi. Lepas tu gerak balik rumah, sampai terus tidur lepas mandi.

Moral of the story :

#1 Kalau ada program misi sukarelawan ni, pergi lah join, ajak kawan-kawan. Rasa, tengok sendiri macam mana kesusahan yang mereka alami. Mereka sangat memerlukan bantuan daripada kita semua.

#2 Beringat bila kita dah putus asa, rasa susahnya dengan kehidupan yang kita jalani sekarang ni, sebenarnya ada orang yang lebih susah dari kita.

#3 Sibuk macam mana pun, penat macam mana pun. Urusan kita dengan Allah, jangan ditinggalkan. Urusan dengan manusia boleh ditangguhkan.

#4 Bila bekerja dalam kumpulan, kita kena tolong antara satu sama lain. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

2/13/15

Al-fatihah untuk Arwahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat


Takziah diucapkan kepada keluarga arwah di atas permergian arwah. Dapat berita mengenai arwah meninggal pun info dari kawan yang memang anak jati Kelantan. Tak sangka hilang seorang ulama yang memperjuangkan Islam di Malaysia.

Ya Allah, beruntungnya arwah dapat meninggal hari jumaat. Dapat info terkini pun banyak melalui facebook.. Sekitar masjid dan rumah arwah penuh dibanjiri dengan manusia. Memang terdiam, tak tahu nak cakap apa bila tengok lautan manusia yang hadir untuk beri penghormatan terakhir untuk arwah.

Aku disini hanya mampu untuk titipkan al-fatihah untuk arwah.. Takziah untuk rakyat Kelantan dan ahli keluarga tersayang.

DARIPADA ALLAH, KITA DATANG
KEPADA ALLAH JUA, KITA KEMBALI


Al-Fatihah




Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
1931 - 2015

kaf ba ra kaf ta alif nun

monday blues kononnya ni, hahaha tengah hujan lebat sekarang, jadi aku rasa macam bosan duduk rumah ni ada baiknya aku tulis sesuatu dal...