7/1/14

FIFA World Cup. Ihya Ramadhan. Peperiksaan akhir Ijazah semester 4


Okay hari ni, nk rangkumkan 3 topic dalam 1 entry.. First thing, sekarang ni dah musim demam bola World Cup. Cakap pasal world cup, automatik terus kepala otak ni menyanyi lagu Shakira. La la la la [10x] I Dare You. Aku ni pun bukannya kaki bola, just tengok kawan-kawan bercerita pasal bola, kita layankan aje ye dak. Dalam sibuk layan bola tu, kena beringat juga jaga kesihatan..Dengar cerita dekat negara China ada yang mati sebab tak tidur, berjaga malam tengok bola dan siang sibuk bekerja. Pelik juga aku sampaikan boleh mati sebab tak tidur, obses sangat dengan bola. Tak kan la semua match dia tengok. entah lah.


Kebetulan tarikh world cup tahun ni termasuk dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah, bulan Ramadhan dh menjelma. Bulan yang penuh dengan kebaikan yang telah dijanjikan oleh Allah taala untuk hambaNya. Mesti banyak blog dh ceritakan kebaikan-kebaikan, jenis amalan yang perlu/ boleh diamalkan di bulan Ramadhan. Dah selesai tengok word cup mesti dh tengah malam, boleh la teruskan dengan solat sunat tahajjud sekali kan.


Alhamdullillah, Peperiksaan akhir bagi pelajar ijazah uitm telah pun bermula. Walaupun ipta lain dh habis peperiksaan dan student lain pun sekarang sedang berholiday, semester break.. Untung la korang dh habis awal. Tak pe, janji bila dah tiba hari raya, tak ada la nk memikirkan assignment berlambak what so ever..Boleh beraya sakan tahun ni. :)

Sekarang peperiksaan semester 4, ada 5 subjek masuk dalam final exam. 2 paper dh lepas, lagi 3 paper kena tempuh. In sha Allah, aku boleh buat dengan bantuan kawan-kawan.. Susah kalau tak ada kawan-kawan, sebab mereka lah banyak membantu kita dalam kesusahan terutamanya dalam pelajaran... Good luck untuk semua degree student uitm.



kaf ba ra kaf ta alif nun

monday blues kononnya ni, hahaha tengah hujan lebat sekarang, jadi aku rasa macam bosan duduk rumah ni ada baiknya aku tulis sesuatu dal...