8/15/13

Salam Aidilfitri 2013


Dah seminggu raya baru nak update blog kannnnn. mesti ramai yang tertunggu-tunggu. acececehhhh! berangan aje lebih aku ni.. Biasalah kan, musim cuti pun tak panjang. Jadi, waktu ni la nak manfaatkan, menggunakan cuti 2 minggu tu sebaik mungkin.

Memang ramai sedara mara datang berkunjung, yang dah setahun tak pernah berjumpa. Masa raya ni laaaa kan nak bersua kembali..ada jugak tahun lepas kurus, tahun ni naik pulak badan. yang dari gemuk bertukar ke kurus belum lagi, tak ada lagi..mungkin aku kot untuk tahun depan..kahkahkah

Kawan-kawan sekolah dengan uni ramai yang belum datang lagi, disebabkan cuti raya tahun ni pendek sangat. Patutnya bagi la cuti lama sikit kannnnnn, masing-masing tak puas lagi nak bercuti raya.

Lepas raya, kalau pensyarah masuk ke kelas. boleh kira la student yang datang nak menuntut ilmu. student lain bertateh-tateh nak balik ke kampus semula, rasa berat jek nak tarik beg baju..kadang-kadang ada juga pensyarah masuk ke kelas, kosong..kosong..kosong. taip kosong tu sambil nyanyi lagu Najwa Latif. Itu lumrah sebagai student. boleh dijadikan cerita untuk cucu cicit nanti :)

Apa-apa pun, aku nak ucapkan 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin,
Halalkan Makan Minum,
Terkasar Bahasa, Terguris Hati
Harap Dimaafkan.




Ini lah gambar family aku. Yang duduk disofa ni semestinya mak bapak aku.
yang belakang tu adik beradik aku..aku 1st, purple 2nd, hijau 3rd dan hitam 4th.

Baju hitam tu adik betul tauuuuu, sebab apa aku cakap mcm gitu..baju yang lain kan ada sikit tema warna jingga. Dia tak ada warna tuuuu

masa raya pertama hari tu. kami sakat dia, buat gaya macam Nabil dalam Karoot Komedia X

(bunyi kamera) 'ANAK ANGKAT KU'

kahkahkah

Maaf zahir dan Batin :)


p/s: jangan lupa datang rumah, tolong habiskan kuih raya..kehkehkeh

8/1/13

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer


Alhamdulillah, 19/7/2013 yang lepas telah keluar keputusan permohonan ke UiTM bagi penerapan lepasan diploma UiTM. Memang berdebar nak menunggu keputusan keluar. 

Bersyukur sangat-sangat bila dapat keputusan permohonan lulus. Akhirnya dapat juga aku sambung ijazah selepas bersusah payah menempuh diploma yang sangat mencabar.

Aku dapat Sarjana Muda Sains Komputer UiTM. Agaknya aku memang tak boleh berpisah dengan CS (Computer Science). Mungkin dah ketentuan Allah taala tetapkan aku untuk teruskan dalam bidang ini walaupun aku tak berapa nak hadam dengan bidang ni.

Aku terima dengan ikhlas dan akan cuba sebaik mungkin untuk buat yang terrrrbbaaaaiikk untuk pengajian kali ini.

Nervous jugak dapat kampus transit Shah Alam, memang tak pernah ke sana. Lepas keputusan keluar. Aku tak habis-habis searching pasal UiTM Shah Alam. Aku akan teruskan pengajian bermula semester 3. Terus jadi senior kononnnnyyyyaaaa..

Dapat la jugak merasa duduk kolej Perindu untuk 1 semester. Tapi berharap la sangat untuk dapat kemudahan kolej untuk semester seterusnya. Kena fikir banyak strategi niii..





Mak bapak aku pun izinkan aku untuk sambung pengajian, Alhamdulillah. Harap-harap aku tak akan hampa harapan diorang dekat aku. Aamiin ya Allah.

8/9/2013 aku akan daftar kolej dan keesokkannya terus daftar kelas. Cepat gila dia punya urusan. Memang kelam kabut dibuatnya nanti..Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada semua yang dapat sambung belajar dan semoga berjaya dan grad on-time. :)

untuk tengok subjek2 apa yang bakal korang study dlm course outline CS230. Boleh tekan sini

kaf ba ra kaf ta alif nun

monday blues kononnya ni, hahaha tengah hujan lebat sekarang, jadi aku rasa macam bosan duduk rumah ni ada baiknya aku tulis sesuatu dal...