11/22/13

Pra-Konvokesyen UiTM ke 79

Alhamdulillah, pelajar lepasan diploma mesti tak sabar-sabar nak tunggu hari konvokesyen. Masing berdebar nak tunggu hari istimewa tu, dh macam nk bernikah pulak rasanya.. =)

Ahad lepas, 10 Nov aku dengan kawan-kawan diploma UiTM Segamat berpakat ambil jubah konvo di DATC UiTM Shah Alam..Sebelum nak ambil jubah konvo tu, mesti kena settle-kan semua dokumen yang pihak universiti nak terutamanya yuran konvokesyen dan kaji selidik graduan.

Kaunter buka dari pagi hingga ke petang, dah plan nk datang awal-awal tapi macam biasa lah kan, Bila dah ramai-ramai, masing-masing banyak ragam..Bukannya apa, rancang nak datang awal sebab nak lari daripada raptai.

tapi

datang lambat, kena pergi juga taklimat raptai. Ingatkan boleh lepas, tapi tidak. hmmmm. tak pe la kan. Taklimat raptai tu pun tak lama sangat dan tak boring..quite interesting. Banyak input yang kita dapat terutamanya etika pemakaian graduan dan ibu bapa, cara berjalan diatas pentas. Semua tu memang penting. Tak rugi pun join taklimat raptai..Graduan ramai tapi yang datang dengar taklimat raptai tak ramai pun. Kesian dekat pegawai taklimat tuuu..

Habis sahaja taklimat raptai, baru la masing-masing berebut beratur nak dapatkan jubah konvo..lepas dapat tu boleh terus pakai, tengok sesuai ke tidak dengan badan korang..kalau tak sesuai, boleh tukar dengan segera..kalau badan ketaq-ketaq macam aku ni sesuai jubah saiz L tapi masa tu aku dapat M..bab tu nanti aku cerita dekar entry lain.

semua dah ambil jubah, masing-masing dh excited nak bergambar. Nak buat pra-konvo katanya...malas nak tulis merepek lagi, tengok aje la gambar dekat bawah ni,


Atas ni gambar dalam Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), tak ramai pun graduan yang datang nak dengar taklimat raptai. Dewan ni memang besar gila


Ini muka tengah excited, dapat sahaja jubah terus pakai., terus ambil gambar. over sangat~


Jubah konvo dengan mortar board.. 


dan ini lah kawan-kawan seperjuangan masa diploma,ad yang sambung degree dan ada yang terus bekerja.. Ada lagi ramai sebenarnya tapi masing-masing dh berpecah bila keluar dari dewan.


peace yo !

tunggu untuk next entry pulak ye ! =P

11/2/13

Handphone aku hilang.


Bulan lepas handphone aku hilang, memang sedih la rasanya. Memang sayang sangat dengan handphone tu. Beli pakai duit sendiri la katakan, memang kita hargai 100%. Tapi, malang tak berbau. Silap aku jugak rasanya.

Masa tu hari jumaat, aku bersama kawan aku plan nak pergi Mid Valley, rancang nak jalan-jalan aka shopping.Sebenarnya cuci mata aje, gila la kan nak bershopping dekat Mid Valley tu. Barang-barang semua branded. Kau mampu ?

Kalau beli pun, mesti pakai duit ptptn kan? jangan membazir okay kawan-kawan yang ambil ptptn tu..

dah petang baru lah kami balik ke kampus semula, sampai seksyen 2 dalam waktu maghrib. Hujan pulak masa tu. 2 jam aku tunggu rapidKL, tak sampai-sampai jugak. Fikir 2 3 kali nak naik teksi ke tidak. Akhirnya naik teksi jugak untuk balik ke kolej. Tangan kiri kanan penuh dengan beg dan makanan.

Dalam teksi, aku duduk depan. Memang sempit dan ada lah jugak aku berbual-bual dengan pakcik tu. Sampai kolej aku bayar dan keluar dari teksi, baru lah aku perasan handphone aku tak ada. Jadi aku memang tak ingat handphone tu hilang dkt mana. Yang pasti, sebelum masuk dalam teksi, handphone memang ada. Jadi, handphone aku ada dalam teksi.

Aku dah terdiam masa tu, tak tahu nak buat apa. Nak call post guard pun aku tak tahu nombor telefon nya. Kalau ada mungkin dapat balik handphone aku tuu..tapi masa tu pakcik teksi tu tak bagi kad teksi dia dkt post guard. Jadi dia terus keluar dan tak akan berhenti dekat post guard. 

Aku pinjam handphone kawan aku nak call handphone aku, mana tahu pakcik tu perasan ada handphone tertinggal dan dia akan pulangkan semula. Dari pukul 8 hingga 11 malam aku call, tak orang jawab. Mungkin pakcik tu tak perasan agaknya. Pukul 12 malam tu aku call lagi, lepas tu dah voice mail. makanya, handphone aku tu dh dijumpai dan aku rasa memang orang yang jumpa tu tak akan pulangkan. Dah sah-sah dia ambil handphone aku dan buang simkad aku. T_T 

tapi aku terpaksa jugak guna duit ptptn untuk beli handphone baru, paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih :)

daripada sony experia sola yang hilang tu, aku beli sony experia J. Aku beli aje handphone tu, dalam hati ni tak ada pun rasa happy ke apa. Rasa kosong..kosong..kosong masa tu la kan.....


Experia Sola

Experia J

9/29/13

Aku Pelajar UiTM Shah Alam.


ambil mood dengan mendengar lagu Diandra arjunaidi sambil nak buat entry baru untuk blog aku yang dh lama tak di-update. Selalu juga aku buka tapi tak update sebab mood tak ada lah. Kalau aku nak update, aku suka privasi. Tak boleh fokus kalau x ad privasi. Ada jek hamba Allah yang duk sibuk kacau.

Okay, aku just nak cerita la yang aku dh sambung degree. Alhamdulillah, dapat sambung jugak kan. Excited jugak la kan, sebab dapat belajat dekat tempat baru, dapat kawan baru. Insha Allah, harap-harap tak culture shock sangat la kan..

maaf lah yek, entry bercampur aduk. almaklum la, banyak benda nk dicerita.

mula-mula aku nak ucapkan la terima kasih kepada keluarga dan pakcik, makcik aku yang sudi hantar aku untuk daftar pelajar dari Muar hingga ke UiTM Shah Alam ni. Kalau tak ada mereka, aku tak sampai ke sini jugak..Mereka banyak berkorban untuk aku. Lepas kemas barang hari tu pun, aku ada lah rasa sayu dihati ini bila tengok mak bapak aku melambai-lambai dari jauh..setiap kali berdoa selepas solat terutamanya ketika solat jumaat, aku selalu berdoa kepada Allah taala. Ya Allah, kau sampaikan lah rindu ku pada keluarga ku ya Allah.. bukan nak riak/bangga, tapi memang itu yang aku selalu buat. Dengan siapa lagi kita nak mengadu selain Allah ?

Tapi percaya lah, selepas tu kita akan rasa tenang. Sebab apa, aku dh 3 minggu tak balik. Setiap minggu mesti akan ada program wajib. Memang rasa nak maki/mencarut aje siapa yang buat program...Serious ! memang panas hati betul. Nak tak nak, memang kena pergi jawabnya. Biasa lahkan kita nk student baru walaupun terus lompat sem 3. Aku ni kategori separuh student baru, separuh student lama. Hybrid la gitu..hahahaha

tapi, tak pe. cuti pertengahan semester semakin hampir, memang tak sabar nak balik kampung. cuti 1 minggu. memang aku akan gunakan dengan sebaik nya..insha Allah, plan yang baik-baik sahaja.


Ketua Program (KP) aku memang baik orang nya, manis aje muka dia. Harap-harap sampai hujung semester muka manis, takut jugak kalau dh bertukar raut muka sebab students selalu datang mengadu masalah padahal masing-masing ada penasihat akademik (PA).. betul tak ? maaf ye doktor haryati... :)

pasal suasana pembelajaran dia memang lain, kalau masa diploma dulu. aku tak ada pun mass lecture, aku banyak kelas tutorial. So, masa degree ni ada 2 kelas,  kelas tutorial dan kelas mass lecture. Kalau mass lecture, kita dengar aje lah apa yang lecture explain dekat depan, biasanya memang ramai student sebab bergabung dengan kelas lain. 


UiTM Shah Alam lebih dikenali USA atau UiTM Salam. Kampus utama ni besar sebenarnya, memang seronok la kan..kawasan memang banyak berbukit, aku suka pergi kuliah naik bus. Selalunya naik bus rapidkl, memang kena bayar rm1. Biasanya aku pergi kuliah/kelas sahaja akan naik bus. Bila habis kuliah, aku akan ramai-ramai jalan kaki. Siap la korang, sampai bilik aje. Ketiak masing-masing gerenti berpeluh. Tak usah kata la, memang berjurai-jurai peluh, sebab tu aku tak suka pergi kuliah jalan kaki. Sampai kelas jek memang fuhhhh !!

Kalau dekat UiTM Salam ni pun aku dah berpeluh naik tangga, apa lagi kalau aku naik tangga batu caves sana ? memang tak mampu..Tiap kali chit-chat dengan mak aku, aku mesti cakap pasal tangga. Mak aku biasa lah, mesti dia akan cakap "haaaa bagus la. exercise sikit. badan tu dah la makin bolat" 



memang la naik tangga itu dapat jadikan exercise tapi sedangkan orang yang kurus pun boleh sakit lutut naik tangga, inikan aku yang bolat ni....

okay la. setakat ni la aku bercerita sorang-sorang..assalamualaikum. :)

9/1/13

Selamat Hari Merdeka ke-56


Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Teringat lagu arwahyarham Sudirman Hj Arshad, masih terngiang-ngiang di telinga mengimbau kembali zaman sekolah rendah dahulu. Aku pernah masuk pertandingan lagu patriotik dan aku menyanyi lagu ni. Ramai pelajar lelaki nyanyi lagu Tanggal 31 ni tetapi semua tak menarik ! tapi aku dapat tempat ke 2. Power tak aku ? suara belum baligh boleh la tahan, lepas baligh terus ke hanyut ke laut jawabnya.. :)

Bukan nak cerita panjang pasal memori silam aku, tapi nak cerita pasal memori negara kita. Alhamdulillah, Malaysia dah merdeka selama 56 tahun. Dah lama tuh ! Kalau umur manusia, dah pangkat nenek,datuk rasanya..

Logo merdeka untuk tahun 2013 ni, memang tak mengecewakan seperti tahun lepas. Dengar cerita logo tahun lepas tu, budak praktikal yang buat..Adik aku sekolah rendah pun pandai edit-edit logo macam tu kan..Soooo sorrryyyyyyyyy !

 Logo tahun ni memang cantik..mungkin mereka dah alert dengan kutukan dan kritikan daripada rakyat Malaysia sendiri yang logo tahun lepas buruk ! bagus, akhirnya mereka sedar......

Slogan kata untuk tahun ni pun sedap, menepati dengan isu semasa yang pernah berlaku sebelum. Rasanya mereka mengaitkan dengan isu pencerobohan di Lahad Datu'..

"Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku"

Memang sedap didengar la. Pandai siapa yang bagi ilham. Tahniah ! Didalam kita gembira menyambut kemerdekaan, mesti ada sambutan ambang kemerdekaan. Ramai la anak-anak muda sibuk keluar ke bandar, sibuk ke Dataran Merdeka nak sambut detik jam 12 , nak melaungkan kata keramat MERDEKA !

Tak salah pun nak sambut ambang merdeka, tetapi kita ni manusia biasa, memang la lemah. Jadi, seharusnya didalam keseronokan tu kita kena la jaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan..Itu memang perlu dititik beratkan sebab perkara tu la yang manusia lemah macam kita ni selalu lupa, lalai...

Ingat waktu kecik-kecik dulu, main-main dengan adik beradik sampai suka, ketawa tak ingat dunia..Mak siap pesan "suka-suka, tu kang mesti nangis" akhirnya memang betul-betul menangis.. motif ? ada kaitan ke ? cuba fikirkan....

Tengok la sendiri persembahan secara live di TV2, okay aje nak menari, menyanyi cuma pakaian tu macam terlalu seksi, untuk tatapan umum. Kita selalu disajikan dengan jenis pakaian macam ini dan orang dah tak rasa pelik bila tengok tapi orang pelik bila kita berjubah, berjanggut..bertudung labuh dan berniqab.. betul tak ?



contoh lagi satu seperti dibawah ni, gambar dibawah ni aku dapat didalam FB. Orang kata gambar ni diambil didalam sebuah hotel..



Bila sifat malu tak ada dalam diri, begini la jadinya...pesanan untuk diri sendiri dan untuk kita semua sebagai rakyat Malaysia..Banyak cara lain untuk kita mengekspresikan/ menunjukkan semangat kecintaan kepada negara kita.

Akhir sekali, aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE-56, SEMOGA NEGARA KITA AMAN DAN MAKMUR, DILIMPAHKAN DENGAN SEGALA RAHMAT DARI ALLAH TAALA. AMIN.

SYUKUR MALAYSIA MASIH AMAN ! :)

8/15/13

Salam Aidilfitri 2013


Dah seminggu raya baru nak update blog kannnnn. mesti ramai yang tertunggu-tunggu. acececehhhh! berangan aje lebih aku ni.. Biasalah kan, musim cuti pun tak panjang. Jadi, waktu ni la nak manfaatkan, menggunakan cuti 2 minggu tu sebaik mungkin.

Memang ramai sedara mara datang berkunjung, yang dah setahun tak pernah berjumpa. Masa raya ni laaaa kan nak bersua kembali..ada jugak tahun lepas kurus, tahun ni naik pulak badan. yang dari gemuk bertukar ke kurus belum lagi, tak ada lagi..mungkin aku kot untuk tahun depan..kahkahkah

Kawan-kawan sekolah dengan uni ramai yang belum datang lagi, disebabkan cuti raya tahun ni pendek sangat. Patutnya bagi la cuti lama sikit kannnnnn, masing-masing tak puas lagi nak bercuti raya.

Lepas raya, kalau pensyarah masuk ke kelas. boleh kira la student yang datang nak menuntut ilmu. student lain bertateh-tateh nak balik ke kampus semula, rasa berat jek nak tarik beg baju..kadang-kadang ada juga pensyarah masuk ke kelas, kosong..kosong..kosong. taip kosong tu sambil nyanyi lagu Najwa Latif. Itu lumrah sebagai student. boleh dijadikan cerita untuk cucu cicit nanti :)

Apa-apa pun, aku nak ucapkan 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin,
Halalkan Makan Minum,
Terkasar Bahasa, Terguris Hati
Harap Dimaafkan.




Ini lah gambar family aku. Yang duduk disofa ni semestinya mak bapak aku.
yang belakang tu adik beradik aku..aku 1st, purple 2nd, hijau 3rd dan hitam 4th.

Baju hitam tu adik betul tauuuuu, sebab apa aku cakap mcm gitu..baju yang lain kan ada sikit tema warna jingga. Dia tak ada warna tuuuu

masa raya pertama hari tu. kami sakat dia, buat gaya macam Nabil dalam Karoot Komedia X

(bunyi kamera) 'ANAK ANGKAT KU'

kahkahkah

Maaf zahir dan Batin :)


p/s: jangan lupa datang rumah, tolong habiskan kuih raya..kehkehkeh

8/1/13

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer


Alhamdulillah, 19/7/2013 yang lepas telah keluar keputusan permohonan ke UiTM bagi penerapan lepasan diploma UiTM. Memang berdebar nak menunggu keputusan keluar. 

Bersyukur sangat-sangat bila dapat keputusan permohonan lulus. Akhirnya dapat juga aku sambung ijazah selepas bersusah payah menempuh diploma yang sangat mencabar.

Aku dapat Sarjana Muda Sains Komputer UiTM. Agaknya aku memang tak boleh berpisah dengan CS (Computer Science). Mungkin dah ketentuan Allah taala tetapkan aku untuk teruskan dalam bidang ini walaupun aku tak berapa nak hadam dengan bidang ni.

Aku terima dengan ikhlas dan akan cuba sebaik mungkin untuk buat yang terrrrbbaaaaiikk untuk pengajian kali ini.

Nervous jugak dapat kampus transit Shah Alam, memang tak pernah ke sana. Lepas keputusan keluar. Aku tak habis-habis searching pasal UiTM Shah Alam. Aku akan teruskan pengajian bermula semester 3. Terus jadi senior kononnnnyyyyaaaa..

Dapat la jugak merasa duduk kolej Perindu untuk 1 semester. Tapi berharap la sangat untuk dapat kemudahan kolej untuk semester seterusnya. Kena fikir banyak strategi niii..





Mak bapak aku pun izinkan aku untuk sambung pengajian, Alhamdulillah. Harap-harap aku tak akan hampa harapan diorang dekat aku. Aamiin ya Allah.

8/9/2013 aku akan daftar kolej dan keesokkannya terus daftar kelas. Cepat gila dia punya urusan. Memang kelam kabut dibuatnya nanti..Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada semua yang dapat sambung belajar dan semoga berjaya dan grad on-time. :)

untuk tengok subjek2 apa yang bakal korang study dlm course outline CS230. Boleh tekan sini

7/14/13

Jom Derma Baju Raya Terpakai Dan Baru Pada Bulan Ramadan Di Seluruh Negara!



Projek ini diinspirasi oleh projek mendermakan makanan, projek mengumpul tudung, telekung dan sebagainya untuk diberikan kepada yang memerlukan. Tapi projek  kali ini mengumpul baju-baju raya yang masih elok, cantik dan masih boleh dipakai untuk diberikan kepada anak yatim dan ibu tunggal. Projek ini diinisiasi oleh Aida Suraya binti Daud dan hingga kini lebih dari 15 orang sukarelawan yang terlibat secara langsung dalam projek ini.

MENGAPA
Kita sedia maklum bahawa Hari Raya merupakan hari kegembiraan kepada umat Islam. Salah satu cara untuk meraikannya dengan memakai pakaian cantik di hari raya. Namun, ada insan-insan yang kurang bernasib baik yang tidak mampu untuk membeli pakaian baru. Dengan itu, kami berharap dengan adanya projek ini, mereka yang kurang mampu dapat sama-sama merasakan kemeriahan di hari raya nanti.

BILA
#BajuRayaProject bermula di dua sesi iaitu sebelum puasa (7 Julai 2013, Ahad) dan insyaAllah semasa bulan puasa (21 Julai 2013, Ahad). Namun, kerana sambutan yang menggalakkan di seluruh Malaysia, beberapa fasa telah dimulakan di Klang dan Kuantan sejak dua minggu lalu. Dan pihak Baju Raya Project telah berkolaborasi bersama pihak stesen radio terkemuka iaitu ERA FM dimana pasukan Era Rangers akan mula mengumpul baju raya baru dan terpakai di seluruh negara mulai minggu hadapan.

BAGAIMANA
Selepas menerima kutipan baju, sukarelawan akan terus memeriksa dan menyusun semula baju dan akan terus diedarkan ke rumah anak yatim atau ke persatuan ibu tunggal sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Penderma digalakkan untuk mengasingkan baju mengikut saiz dan jantina, dan diminta untuk hanya memberi baju yang masih boleh dipakai. 

Berikut adalah beberapa buah rumah kebajikan yang bakal menerima sumbangan pakaian raya dari Baju Raya Project 

Alamat Melaka
Rumah Budak Laki-laki Tun Abdul Aziz, 46, Jalan Durian Daun, 75400 Durian Daun, Melaka
Tel : 06 – 2834149

Rumah Tunas Harapan Semarak Kasih Kompleks Penghulu Air Panas, 77200 Bemban, Melaka
Tel : 06 – 5291285

Alamat Pahang
Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Fakir Miskin Perempuan Permata Al Insyirah
Lot 2/11478, Perkambungan Sungai Isap, Jalan Gambang, 25150, Kuantan Pahang.
Telefon 014-5294331 (Puan Salawati)

Alamat Johor
Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Muar, 18, Jalan Petri, Peti Surat 109, 84007 Muar
06-9510022

Alamat Penang
Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Pulau Pinang, No. 79 Jalan Scotland, 11400 Pulau Pinang
Tel: 04 – 2297355

Alamat Perlis
Pertubuhan kebajikan Rumah Anak Yatim Mak Teh, No. 1, Jalan Dato Wan Ahmad, 01000 Kangar, Perlis
Tel: 04 – 9766766 / 9769185
*perempuan sahaja

Alamat Sabah
Rumah Anak Yatim Tambunan, Petisurat 36, 89657, Tambunan, Sabah.
Tel: 087-774120

Alamat Kuala Lumpur
1. Madrasah Anak Yatim dan Tahfiz Quran Hashimiah, No. 111-3, Kompleks Pasar Borong, Jalan 2/3 A, km12 Jalan Ipoh Selayang, 68100 Batu Caves, Kuala LumpurTel: 019-2621671

2. Rumah Kasih Harmoni, No.1, Jalan AU 2A/13, Taman Sri Keramat, 54200 Kuala Lumpur.Tel: 017-3494313 / 013-3303430

HARAPAN DAN PERINGATAN 

Dan pada penderma, tolong pastikan baju tersebut bukan baju yang anda ingin buang, tetapi baju yang anda akan pakai jika diberikan kepada anda di hari raya. Baju tersebut hendaklah masih baik dan bersih dan pastikan CUMA BAJU BERKAITAN RAYA SAHAJA – baju kurung, kebaya, baju melayu, tudung. Kami tak mahu menjadi beban buat pihak penerima pula nak buang baju yang tak boleh dipakai. Kita nak hadiahkan kepada mereka, bukan nak jadikan mereka tempat letak baju yang kita dah tak hendak.

Kami berharap agar projek ini dapat dibuat secara besar-besaran dan semoga kita dapat menceriakan mereka yang memerlukan.

Sebarang info lanjut, anda boleh hubungi pihak Baju Raya Project di laman Facebook  dan Twitter Baju Raya Project 

Oleh Aida Sue
http://www.wanista.com/2013/07/info-penuh-baju-raya-project-jom-derma-baju-raya-terpakai-dan-baru-pada-bulan-ramadan-di-seluruh-negara/

6/28/13

29/06/2013 Final Piala FA (Kelantan vs JDT)



Esok perlawanan akhir Piala FA antara team Kelantan dengan team Johor Darul Takzim (JDT). Mari la kita berdoa beramai-ramai agar team JDT menang untuk kali ini. Team Kelantan bagi la chance dekat JDT pulak nak menang. Asyik Kelantan jek sapu setiap tahun.. :)

Yang pergi rombongan/trip/konvoi ke Stadium Bukit Jalil esok, jangan lupa supaya berhati-hati ketika memandu dan ketika berada di dalam stadium. Jaga tingkah laku masing-masing. Jangan la ada yang ter-over sangat kan sampaikan orang sebelah makan hati.....

Setiap pertandingan memang adat, ada yang menang dan kalah. So, kalau keputusan dah muktamad. Sila la terima dengan redha dan jangan bertindak atau menunjuk protes disebabkan ketidak puasan hati anda ituuuu...

Agak-agaknya siapa la juara Piala FA 2013 ini yek?

6/19/13

Jerebu


Sekarang ni Malaysia dah dilanda jerebu. Aku tak tahu dari mana punca sebenar jerebu ni datang. Tapi, dengar cerita berlaku kebakaran di Indonesia. Kalau imbas kembali, memang setiap tahun akan berlaku masalah jerebu teruk..

Jerebu dekat Muar ni memang semakin teruk, paling teruk waktu pagi dengan tengah hari..Petang kurang sikit. Kalau perhatikan betul-betul, jerebu ni bawa sekali habuk-habuk halus.

Kalau disedut tu memang boleh menyebabkan sesak nafas. Sibuk sikit la staff hospital Muar ni, penuh dengan pesakit..

Ada sedikit info yang digalakkan untuk kita lakukan seperti berikut:


Gambar rajah di bawah ini adalah API bagi kawasan Muar. Boleh perhatikan, kawasan Muar memang paling teruk terjejas dengan jerebu.. Sekarang ni pun, aku nampak ramai dah mula pakai mask. Harap semua mengambil langka berjaga-jaga.

Untuk ketahui keadaan jerebu di kawasan masing-masing, boleh la lihat di SINI

6/16/13

Selamat Hari Abah! :)


Okay, hari ini 16 Jun 2013 merupakan Hari Bapa. Aku lebih suka Hari Abah sebab aku panggil abah. hahaha

Teringat zaman kecil-kecil dulu, aku rasa abah aku paling garang dalam dunia ni. Sebab dia tegas. Dulu anak kecil lagi, belum matang. Belum mumaiz lagi kata orang la kan. Kami 3 beradik ni suka main-main, kerjar sana sini. Lepas tu bergaduh, menangis. Hahahaha

Abah aku kerja siang malam. jadi, balik mesti lah penat. Nak berehat, nak tido. Bila nak tidur. Anak buat hal pulak. Memang sorang-sorang la kena pukul. Orang dulu cakap bantai. "Aku bantai (pukul) sorang-sorang"

Memang teringat sampai sekarang ni, dah jadi kenangan yang boleh diceritakan dekat anak cucu nanti. Hahahaha

Kalau zaman sekolah rendah, kerja yang aku paling malas nak buat kerja tentang baiki basikal. Kalau basikal rosak, mesti aku kena baiki. Mentang-mentang la aku anak sulung lelaki yang bawah aku ada 2 adik perempuan..Memang aku jek la jadi mangsanya. Abah aku jadi mentor. Tengok dari jauh.. Lepas tu, mulut bising. Hahahaha. Laser jugak mulut bapak aku tu.

Ingat lagi, kalau terkial-kial nak baiki basikal. Mesti abah aku cakap "Baiki basikal pun tak tahu, kau kan belajo kemahiran hidup" Dalam hati masa tu, memang terfikir. Bila masa agaknya subjek kemahiran hidup ada belajar baiki basikal. hahahahaha

Mungkin zaman abah aku sekolah ada belajar baiki basikal.. :)

Setiap kali menyambut raya aidifitri, mesti ada adegan salam menyalam kan? terutamanya salam mak abah..Bangun pagi-pagi, tolong emak masak sayur lodeh. Lepas tu, mandi. Masing-masing dah siap-siap dengan baju raya. Abah aku akan duduk dekat sofa sambil tengok tv, dekat tangan mesti ada rokok..

Kalau abah aku dah duduk tu, maknanya dia dah bagi signal untuk mulakan sesi bersalaman dan bermaafan..
Masa tu, memang adik beradik aku memang nak cuba lepaskan diri. Masing-masing tak nak pergi dulu.. Mak aku mengelat. Dia lepas kan anak-anak dulu baru lah emak salam abah. Memang ngelat..hahahaha

Nak tak nak, aku terpaksa la pergi dulu..Kalau salam kan mesti siap ada cakap-cakap kan? Kalau teks ucapan kau pendek, jangan harap boleh lepas. Kena panjang-panjang baru la boleh lepas. Ingat bila abah cakap "Abah maafkan, abah pun macam gitu jugak". Memang feeling habis la masa tuu...

Apa-apa pun, semua benda yang berlaku ni. ada hikmahnya.. Tak kira lah emak abah mesti nak anak-anak mereka jadi orang yang bagus-bagus yang boleh bawa mereka ke arah kehidupan yang lebih sempurna. Setiap kejadian, mesti ada tujuan, sebabnya benda itu berlaku.

Abah, memang banyak berkorban untuk kami 4 beradik. Siang malam bekerja. Anak-anak lena tido malam. Abahnya sibuk mencari rezeki. Tiap kali anak-anak minta duit. mesti dia bagi. Tak kan ada alasan untuk menyekat perbelanjaan seharian kami. Anak-anak selalu dapat beli baju baru sedangkan abah jarang dapat luangkan masa beli baju baru..Terima kasih sebab mendidik kami dengan tegas. Sebab dia tahu anak-anak dia ni keras kepala, masing-masing nak ikut kepala sendiri..Apa-apa pun, abah memang the best! Abah adalah my hero! 

6/8/13

Gemok!


2 minggu cuti sekolah pun dah nak berakhir, mesti adik-adik dah mula mengeluh dah kena set alarm untuk  bangun pagi-pagi. Aku pun macam gitu jugak, mula-mula happy la dapat cuti panjang tapi bila difikirkan semula, rugi la pulak kan cuti panjang ni.

Aku rasa mcm banyak pembaziran telah berlaku. Oleh disebabkan itu, duit aku pun makin kering. Ingatkan nak berjimat cermat la sikit kan untuk 1st gaji ni tapi makin boros, sampaikan duit gaji aku tak sempat nak bagi emak abah merasa. Minta maaf sangat-sangat. Mungkin itu la sebabnya sampaikan tak berkat agaknya. Duit cepat beno hilang, tak tahu kemana tujunya.

Bila dah buat perhitungan, maka banyak duit aku dihabiskan untuk makanan. Pergh! duit masuk ke dalam perut rupanya. Patut la makin chubby. Serius! baju yang aku selalu pakai pergi kerja, bila di cuba try test dah sendat sikit. Omg! Memang tak boleh cuti aku ni, kalu duduk rumah. ada jek benda nk disumbat dalam perut ni..


Lagi 1 hal, aku perasan la kan. kalau kita makan lewat malam sangat over 12 kan. esok pagi kalau bangun, mesti perut rasa lapar eventhough kita makan malam tadi. Apsal ek? kemana menghilang makanan itu? dh tentu jadi LEMAK.

Minggu lepas, aku temankan kawan aku pergi Melaka. Katanya nak mencari baju dengan seluar baru. Nak nampak kan 1st gaji la katakan. Aku pun berangan la jugak kan nak beli baju yg branded sikit. Sampai sana, kawan aku nak beli baju Padini (PDI), memang dia jek la kan dapat cari baju dkt situ. Kawan aku tu saiz badan kecik jek. Memang lepas la nak cari dkt situ. Aku jadi tukang komen je..Saiz aku ni XL, memang tak muat la kan nak pakai baju PDI. berangan jek boleh solehin!

Lepas tu, pergi pulak BRANDS OUTLET. aku pernah la jugak 2 3 kali beli baju dkt situ. Kali ni, baju memang serius lawa-lawa design dia. Aku dah rambang mata. Design yg striking memang menjadi pilihan aku. Tak pernah ada baju pink. So, kali ni cuba ambil pink, orange, blue. Bila dibelek-belek, rasanya macam  2 3 kali fikir, muat ke tidak ni? Cuba la dkt fitting room.

Cukup menghampakan, memang dh GEMOK aku ni. Sendat giler! kalau nak pakai pun, buat malu jek.Tersembul sana sini lemak aku..melepas la hajat aku nk beli baju baru. So, aku pulang dengan tangan kosong.

Nak nampak kan duit tu, aku belikan mak abah aku radio dkt Popular book store. RM79. Boleh tahan la. berbaloi jugak beli. Tak la bosan sangat bila buat kerja dkt dapur tu. Dapat la jugak menyedapkan halwa telinga.

main point dkt sini, aku dah makin gemok. Mcm mana nak settle masalah ni? kerja 12 jam sehari. Balik rumah dah penat. Memang banyak tido. bila kerja, makan pun tak banyak kuantiti nya. Jadi, aku pun pelik.

Musykil.

5/25/13

Selamat Bercuti


Cuti sekolah baru bermula, budak-budak pun balik kampung.
Dapat jugak berehat sekejap meluangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan.

Gaji pun masih ada lagi, dapat la ber-shopping sakan nak beli keperluan sendiri.
Minggu ni dapat la bercuti di JB, jumpa kawan, lepak, berbual-bual dan ada tolong sikit-sikit jadi cashier kononnya.

Selasa depan ada kursus pengendalian makanan, terpaksa la kena join sbb tender pun dapat sambung jadi lepas ni kena pergi kursus dan buat injection typoid. Malas betul!

Rehat la puas2, lepas ni mengadap lagi perangai budak-budak ni. selamat bercuti! :)

babai

4/28/13

My 22nd Birthday


Alhamdulillah, 23 April yang lalu merupakan hari jadi aku yang ke-22. Terima kasih kepada semua kawan-kawan, makcik, pakcik, adik beradik, nenek dan mak abah aku di atas ucapan "selamat hari jadi!" kepada aku tak kira dekat FB, sms dan face to face pun ada jugak..

Siapa yang tak happy kan bila orang sambut hari jadi kita, tapi tak mengharapkan sangat pun.At least, orang dh ucap selamat hari jadi pun dah kira bermakna bagi aku.

Terima kasih kepada keluarga aku sebab sambut hari jadi aku di kedai makan apa ntah nama dia. Tak ingat pulak nama kedai tuu..Dapat makan besar tuuu dengan family. Dah lama tak buat gathering, bersuka ria. Cuma seorang tertinggal dekat Muadzam Shah, Pahang. Itu pun merajuk lepas nampak photo dalam FB. Sorry cik dayah!my 3rd sister. >.<

Terima kasih la kepada my 2nd sister cik Solehah sebab sudi belanja makan besar bersama dengan family. Memang kenyang gila sampaikan perut dh kembung habis. memang padat di isi dengan tomyam campur, daging masak merah, telur dadar, sayur kailan ikan masin, sotong goreng, chicken chop, otak-otak, ikan siakap sweet sour, teh tarik, satay dan sup ekor. Gila + gempak la kan aku mampu makan semua tuuuu..

Disebabkan maxis ada bagi free call 24h, aku berusaha jugak untuk memanfaatkan untuk telefon kawan-kawan aku. Tapi tak ramai pun, sebab hari bekerja kan.. tak berbual lama pun tapi bersyukur la dapat bertanya khabar..

Aku pun ada cakap dengan kawan aku, amarulsamsudin. Tahu tak apa hadiah paling bermakna utk birthday aku tahun ni?? hadiahnya adalah aku dah berjaya tamat diploma dengan jayanya bersama dengan sahabat dunia akhirat aku, amarulsamsudin.. Alhamdulillah, memang aku ingat sampai bila-bila..memang jadi kenangan manis bagi aku..

Apa-apa pun, terima kasih sekali lagi untuk semua.. :)

4/22/13

Alhamdulillah. DIPLOMA, DONE.


okay, sepatutnya entry ditulis pada 1 April 2013, tapi disebabkan masa yang sangat padat.
Tak sempat nak menaip, selalu buka blog ni. tapi itu lah, rasa berat jek tangan ni nak menaip.
Kalu tengok, fb lama-lama boleh pula.
Balik pada tajuk, sebelum ni 3/12/2012-8/3/2013 aku dah selesai menjalani latihan praktikal.
Dan Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menyiapkan Final Year Project aku bergandingan dengan kawan baik, amarulsamsudin. Sekaligus berjaya menamatkan diploma selama 3 tahun ini.

Bersyukur sangat-sangat dengan penat lelah menuntut ilmu.
Akhirnya dapat juga grab diploma.
Memang banyak suka duka waktu belajar ni,
kira balance la. kalau suka-suka sangat, itu yang dapat duka.
Paham-paham jek la maksud kau tuuuu.. bhahahaha

UPU dan Penerapan pun dah mohon,
tapi, UPU tu leceh banyak. Bukan sikit.
Nak kena print/photostat itu ini lah,
patutnya nama dah online, semuanya kena lah online.
Ini tidak, Dah kena pos borang ke IPTA terpilih..
Amendeeeeee lah!

Insha Allah, kalau ada rezeki.
Bulan 9 baru sambung Degree.
Aku jadi junior la lepas ni, kawan-kawan semua dah senior. -_-

Sekarang ni, 6 bulan aku cuti.
2hb hari tu makcik aku call, offer nak kerja tempat dia tak?
memang ada kosong.
Aku tak kisah, plan memang nak kerja. Cuti lama-lama pun, bosan jugak.
Kan bagus, 2hb tu ada company call mcm makcik aku offer kerja sepadan dengan diploma aku..bahahahaha (berangan jek lebih!)

ello! saya dari company CEKOM. Nak offer awak kerja dekat company saya. Nak tak? 
hahahaahahahaha

Baru kerja 3 minggu, dah mula rasa RINDU nak belajar.
Malas nak kerja sebenarnya tuuu..alasan!

okay, aku kena update cepat.
Nanti line tak ada pulak..
Almaklum pinjam line orang.. :)

babai

3/21/13

Kesian Kau


Sekarang ni dah kecoh balik pasal budak si faten aka ayien si pendek. Tahun lepas aku ada juga buat special entry untuk budak ni. Aku ingatkan dia dah serik/ insaf, tak nak buat kerja menipu orang lagi. Tak sangka pulak tahun ni dia buat perangai lagi. Aku ada terbaca entry dekat blog FD dan SD. 

Ini lah muka si fatin tuu, buat muka taik pulak. Aku hempuk baru hang tahu..hehehehe




Aku memang tak tahu nak kata apa lagi, aku baca entry dia pun aku tersenyum sinis. *Tak pandai pulak nak buat simbol senyum sinis dkt sini. Mulut orang memang kita susah nak tutup. Jadi, kita buat apa yang betul. Berani kerana benar. Kalau ikhlas nak buat segmen. Teruskan sahaja. Tak payah nak batalkan segmen tu..Kesian dekat blogger yang join segmen kau tuu...

Baca jek la komen-komen dibawah ni. Aku nak maki pun, diorang dah maki dulu. Jadi, tak payah la aku nak maki lagi. motif! :)





Dah habis baca? panassss kan....mesti tersentap, gugur jantung, hati, limpa..kosong kosong *tetiba nyanyi lagu najwa latif

Aku baru la nak usha usha blog si faten ni, tapi dah delete/remove la pulak. Tak pe, insha allah jangan risau. Dia akan datang balik, coming soon.

Tak payah la nak kerja menipu lagi adik oi. Umur baru setahun jagung, dah pandai menipu orang. Jangan buat orang sakit hati. Nanti diri sendiri susah nanti..aku ni kesian dekat kau jek. Tak pe, aku dah lama maafkan kau. peace yo!

credit to : FD & SD

3/19/13

Cara Nak Elak Klik Iklan Di Shoutbox


Okay. Saja nak buat intro berjela-jela. Kalau aku buka blog, benda pertama aku akan tengok dalam blog adalah ruangan shoutbox aku. Sebab aku nak tengok la berapa ramai blogger yang sudi komen blog aku ni kan. Jadi, kadang-kadang aku nak balas komen atau follow balik. Aku akan klik link yang blogger tersebut bagi. Tapi, sekarang ni kebanyakan blogger main tipu. Dia bagi link iklan cip-cip dia tuuu..Lepas tu, aku terus moody disebabkan ditipu. Panas hati la jugak kan.

Oleh itu, entry kali ini aku nak tunjukkan cara bagaimana korang nak elakkan supaya korang tak 'ter'klik link iklan yang kebiasaannya ada diruangan cbox / shoutbox / shout.busuk / shoutmix.

gambar 1

1st step : Korang hover mouse tu ke nama/link dekat shoutbox masing-masing. Sebagai contoh, aku hover dekat nama Su Loo.

2nd step : Bila mouse dh hover di nama/link tersebut, korang lihat dipenjuru bawah sebelah kiri. Disitu akan terpapar link yang ada pada nama tersebut. Contoh pada gambar 1 adalah goo.gl/wmzms

Dalam contoh gambar 1 yang aku bagi diatas ini, link tu adalah link iklan. Jadi, aku tak akan klik langsung. Biar padan muka dia. Kerja nak tipu orang jek.

gambar 2

dan gambar 2 diatas ini, sila lihat perbezaan apabila aku hover mouse pada nama mama pipie. Korang tengok nama link di bawah sebelah kiri. Link tersebut adalah http://mama-syafi.blogspot.com/. Itu baru lah, link blog.

So, lepas ni harap bloggers especialy blogger baru tak kena tipu dengan gaya penipuan sebegini. Kalau boleh, bagi la link blog yang betul. Kami ikhlas nak follow/komen balik tapi kena tipu pulak. Tak pasal-pasal dapat caci maki free jek.

sekian. :)




3/15/13

Budak Kecik Ber-Make up


Jom tengok video ni, adik aku boleh share pulak dalam page di FB. Geli hati jugak tengok si kecik comel lote ni ber-make up. Walaupun sepatah haram pun aku tak faham. Tapi memang salute la dekat adik ni. Pandai giler 

3/8/13

Aku Dan Praktikal - Part 2


Lagi seminggu latihan praktikal aku akan berakhir, jumaat lepas pensyarah merangkap penyelia aku Puan Zuriati, datang untuk menilai hasil projek semester akhir dan laporan harian aktiviti (buku log) aku.

Memang nervous la kan, macam nak tunggu mak bapak datang ambil report kad dekat cikgu.
Mesti masa tu, cikgu luahkan perasaan dekat mak bapak kita pasal perangai kita dekat sekolah..hehehe

Supervisor aku paling excited nak buat preparation sempena pensyarah aku nak datang, dia siap tempah bilik seminar lagi untuk sesi pembentangan.

contoh
Sampaikan bilik seminar yang dekat dah habis booking, dia sanggup booking bilik seminar yang jauh..Baik giler supervisor aku ni..

Supervisor aku siap beli nasi lemak 7 bungkus, kuih dalam 3 jenis. Dah susun meja, susun makanan. Setting lcd dan laptop. Dah siap sedia luar dalaman..


Sesi pembentangan bermula, introduction company hinggalah testing sistem itu sendiri..Pensyarah aku sangat pyscho! Setiap kali aku explain, mesti dia buat muka. Macam-macam jenis muka ada. berkerut, buat-buat rabun, duck face pun ada jugak..

Banyak kritikan dari segi untuk tambah baikan sebab sistem ini aku buat 2 orang jadi tak cukup untuk meluluskan aku. Jadi, aku terpaksa la berusaha memperbaiki sistem tersebut supaya dapat lulus.



Sesi pembentangan tak lama pun. Tapi yang lamanya bila pensyarah aku sempat berbual dengan supervisor aku pasal masing-masing teringat zaman belajar dekat UTM. Rupanya diorang ni alumni UTM, jadi banyak la bercerita kisah-kisah pelajar supaya aku dapat jadikan pengajaran.

Aku dalam bilik tu, angguk senyum. itu aje lah aku buat sambil dengar mereka berbual. Aku pun suka juga mereka berbual-bual sakan. Biar mesra gitu! hahahaha

Pensyarah hanya menilai sahaja, markah banyak berpihak dekat 3 penilai utama pada 'real' pembentangan di kampus pada 1 April 2013. Jadi, ada masa lagi untuk aku upgradekan sistem aku..Chaiyok!!

Baru aku tahu konsep latihan praktikal dulu dan sekarang ini berbeza, berdasarkan pengalaman supervisor menjalani praktikal dulu-dulu..

Pensyarah dia akan datang ke tempat pelajar praktikal untuk menilai 100% melalui cara bekerja, kelakuan kerana matlamat mereka adalah untuk membiasakan pelajar itu sendiri dengan suasana bekerja..
Jadi, kalau kau tak buat projek akhir tapi kerja on time, kelakuan baik. Confirm markah 100% lulus.

Tapi

itu UTM.. Sekarang ni aku UiTM, jadi banyak la pandangan mereka terhadap UiTM ini..Kalau aku dengar cerita mereka, memang aku rasa aku bersyukur sangat dapat masuk UiTM. Alhamdulillah..
Cabaran dekat UTM lagi besar daripada UiTM..Terima kasih UiTM sebab bagi peluang kepada anak Melayu untuk berjaya. Tapi tak salah nak cuba suasana belajar di universiti lain.


Apa-apa pun, masuk sebagai pelajar UiTM keluar pun mesti pelajar UiTM jugak..Aku bangga jadi warga UiTM. UiTM sentiasa dihatiku ♥

2/28/13

Selamat Pengantin Baru


Lokasi : Merlimau, Melaka
Photographer : Nur Solehah Mohamad Nor (http://ragamkusolehah.blogspot.com/)




Selamat pengantin baru buat syafika dan fauzi. Semoga kekal hingga ke syurga dan dikurniakan cahaya mata yang comel. Ala tomei-tomei :)

2/24/13

Musim Menuai Padi


Lokasi : Kampung Kesang Tasek, Muar
Photographer : amarulsamsudin + mohamadsolehin












2/10/13

Tunggang Langgang



Okay, idea ini bercampur baur. Jadi mungkin entry akan jadi tunggang langgang. Maaf yek! aku sebenarnya ada habit yang aku tak pasti sama ada semua orang ada atau tidak.


Kebiasaannya, setiap benda/perkara ada positif dan negatif. Especially, bab politik dan dunia hiburan. Aku pilih 2 perkara ni sebab memang aku 100% aku akan survey dan ambil kisah. Motip! wahahaha


Terima kasih kepada dunia jalur lebar kerana dia lah aku ada habit semua ini. (lari topik okay!)

Sebagai contoh la untuk dunia politik, mestilah ada kerajaan dan pembangkang. Sekarang ni kan tengah kecoh nak pilihan raya 2013. Jadinya, mesti lah macam-macam agenda yang akan mereka buat. Tak payah la nak tahu aku sokong siapa.


Cuma aku suka ambil tahu tentang kalau yang sokong kerajaan, KENAPA rakyat sokong dan KENAPA ada rakyat tak sokong. Samalah jugak dengan pembangkang, ada rakyat sokong dan ada jugak tidak sokong. Oleh itu, aku nak tahu both side, kenapa dia benci haramjadah dengan semua ni kan. 
So, ada faham tak? (buat-buat faham yek sbb entry agak pening sbb typing non stop)

Untuk dunia hiburan/dunia artis malaysia la terutamanya, tak kisah la artis mana sekalipun, contoh la aku suka/fanatik giler dengan artis B ni. Tak tahu la kenapa aku boleh suka dengan B ni, mungkin disebabkan watak yang innocent,alim yang selalu dibawa dalam setiap lakonan dia. Realitinya, dia tak ada gossip luar,sememangnya baik pun. Tapi kadang-kadang ada jugak yang jadi haters dia. Oleh itu, aku suka la ambil tahu kenapa la haters ni hate/benci/menyampah sangat-sangat dengan artis B ni.


Nampak sangat aku suka buang masa dengan ambil kisah benda yang tak berfaedah ini. (except politic) :P

Jadinya, aku suka nak tahu tentang both side info. Agak-agak korang pun ada habit macam ini ke? cecite-cecite (sambil buat tangan gaya usop wilcha).

Tiba-tiba keluar idea nak update pasal habit ni tapi tak mood nak tulis, sebab tu ayat mungkin macam sengal. sorry! btw, terima kasih sudi habiskan masa membaca entry ini. :)

2/5/13

Jalan-Jalan Ke Melaka - Part 1


Harap maaf, ini cerita 25 Disember yang lalu. Baru sekarang baru nak post. Lembap giler aku nak post benda alah ni kan. :) Alkisahnya, semasa cuti sehari sempena krismas tahun lepas. Aku dan kawan aku bercadang la nak jalan-jalan/makan angin tak kisah dekat mana pun, janji dapat la berjalan, hilangkan stress yang baru seminggu praktikal. =B

Jadi, aku beri cadangan nak jalan-jalan dekat Melaka, almaklum la kan, memang dah lama aku tak pergi Melaka..baru 2 kali jek pergi Melaka tu. Bhahahaha

Kami pergi naik motosikal jek, jiwa rempit tu membara/berkobar-kobar nak jejak Melaka. Naik EX5 jek, naik motosikal balik kampus dekat Segamat boleh, tak kan la nak pergi Melaka tak boleh kan,

Okay, cerita naik motosikal pung pang pung pang, dah sampai Melaka. Tempat pertama kami pergi adalah Mahkota Parade, pusing-pusing satu MP tu. Just nak ambil angin jek. Ambil mood makan angin dulu.Untuk makluman semua, kami pergi just untuk makan angin sahaja. Jadi mood ber-shopping tak ada dalam entry ini. ahakssss! gedik pulak kan.


Sila klik untuk melihat dengan jelas. :)

Ball0on! kreatif
reindeer tu comel giler.


Mahkota Parade, Melaka
Menara Taming Sari
Icebox magnets
ma bestfriend po-eva
Ho ho ho
Aku tuan tanah! :)
1 Malaysia ?
Merdeka!






Beca Melaka
awek pink
merempit pulaak
Butterfly
colourful
model tiang lampu
model ke?
Street Smart by Petronas

kaf ba ra kaf ta alif nun

monday blues kononnya ni, hahaha tengah hujan lebat sekarang, jadi aku rasa macam bosan duduk rumah ni ada baiknya aku tulis sesuatu dal...