10/31/12

Review : Charcoal Mask Daiso


Aku nak introduce produk dari Daiso Japan yang sangat fofular di serata dunia, aku dah call Britney Spears. Confirm!! Dia memang pakai produk ini. Hahahaha

Britney tahu oppa gangnam style aje..Aku dapat produk free daripada adik aku mengenai produk charcoal mask dari Daiso Japan. Thank you so much my little sister for the sponsor!! ahaksssssss.. :)


Sedikit penerangan produk ini berdasarkan info di belakang produk,

FEATURE
Formulated with the natural ingredients from Oak trees, it removes oils and all dirt deeply clean the pore, leaving your skin clearer with visible pores.

HOW TO USE
♥ After cleasing your face, evenly apply on the nose area and let it dry for 10-15 minutes. It completely dried out, peel if off starting the bottom, pulling toward the top.

♥ Do not use more than twice per week.

♥ For sensitive skin, apply facial essence before using, and slowly peel it off starting at the top toward the bottom.

Aku guna produk berdasarkan steps yang merepek,

1. Basuh bersih muka kita.
2. Sediakan air panas semangkuk, muka tu celup kan dalam mangkuk tu. tadahkan muka korang tu menghala ke wap air panas itu.. fungsi guna wap ini adalah untuk membuka liang roma di wajah anda.
3. Sapu kan charcoal mask ini diserata wajah anda.
4. Dah siap sapu, tunggu sehingga 10-15 minutes. Tidur lagi bagus. :)

perhatian, ini bukan aku. jgn tergoda. :P
Sebenarnya, produk ini berfungsi untuk menanggalkan whitehead and blackhead korang. Produk ini boleh dipakai di seluruh wajah, tak semestinya di kawasan hidung sahaja. Kalau diikutkan bila dah sapu, muka kita akan rasa sejuk jek..bau dia biasa saja. Patutnya bagi la bau wangi sikit ke. Baru syok kan!!

Balik kerja, aku terus pakai produk ni dan terus terlelap. Lebih 15 minutes aku pakai produk ni. Bangun jek terus cepat-cepat berusaha untuk tanggalkan mask ni..

Bila nak tanggalkan mask, kena hati-hati sebab dia ada step yang perlu ikut. Aku main hentam jek, tengah mamai tu, terus tanggalkan sikit-sikit. koyak kan senang cerita..

Kalau muka perempuan mungkin senang, lelaki punya susah. Sakit siot bila nak tanggalkan mask ni..lagi-lagi dekat area kening dengan sideburn. Mak aiihh!! sengih sorang-sorang bila tarik mask dkt sideburn.

Selepas itu, memang puas hati. Pipi ini rasa gebu semacam aje. Memang rasa lain la lepas guna produk ini. Tak rugi cuba tapi ingat seminggu sekali jek pakai produk ini. 

Kalau korang berminat, nak dapatkan produk ini. Boleh la beli direct terus ke kedai daiso yang dekat. Dekat Melaka, KL memang ada. Kawasan lain aku tak pasti..Produk ini pun memang affordable, sangat murah..hanya RM5 satu produk..Kalau dalam internet rasanya mahal sebab dia ada charge lain kan..

Ok, bye-bye

selamat mencuba :)


Jom singgah blog diorang.



10/30/12

Blackberry Bold 3 (9780) For Sale


SOLD OUT


Ada sesiapa yang berminat nak beli blackberry bold 9780 ? kenalan rapat aku berhajat nak menjual bb ni. Keadaan bb ni memang baik, dijamin 100% sebab owner dia memang cermat, pandai jaga barang. Cuma aku aje yang suka jahanam kan barang dia. :P

Sebab dia nak jual adalah,

1. sudah bosan pakai bb
2. keypad kecil, kiranya jari dia beso sebenarnya.

secara jujurnya, dia memang tak pandai guna bb sebenarnya..maaf ye bukan nak mengata tapi nak bagitahu motif utama kenapa nak jual.

bb ni masih baru lagi sebab ini adalah hadiah daripada abang dia selepas Sony Experia X10 dia rosak..

Jika ada sesiapa yang berminat, boleh pm aku. Harga dan specs handphone seperti dibawah.


BLACKBERRY BOLD 3 (9780)

-> Fixed price = RM500
-> Free postage
-> Brightstar (Original)
-> Termasuk Memory Card 8GB, Charger
-> Ada WiFi,Bluetooth,BBM dan lain-lain
-> Condition seperti di gambar bawah :



Kalau ada sesiapa yang berminat boleh pm, email atau komen disini. Jangan risau, bb ni memang dalam condition 100% dijamin halalan toyyibah. hehehehe


Jom singgah blog diorang.



10/28/12

Nikmat Umur


Selepas menonton dikir zikir yang mengutarakan tajuk 'nikmat umur', umur umat ini terlalu singkat, sekitar 60-70 tahun majoritinya. Ada juga yang mencapai lebih sedikit daripada itu, namun jumlahnya tidak banyak.

Bahkan Nabi Muhammad S.A.W sendiri,kembali kepada Allah ketika umur 63 tahun. Singkatnya umur manusia zaman ini.

Jika ditakdirkan kita mati ketika umur 63 tahun ditolak kan dengan umur kita sekarang ini, sebagai contoh 63 - 21 = 42 tahun. 42 tahun lagi kita akan mengadap mati, rasanya tidak lama jika kita leka dengan duniawi. Adakah sudah cukup amalam-amalan baik kita untuk dihadapkan kepada Allah taala ?

Singkatnya umur umat zaman ini, tidak bermaksud tipisnya peluang untuk mendapatkan ganjaran yang banyak seperti umat terdahulu.

Bahkan, Allah telah menjanjikan kepada hambaNya ganjaran yang berkali ganda hebatnya berbanding umat terdahulu.

1 KEBAIKAN = 10 PAHALA
NIAT BUAT BAIK = 1 PAHALA

Sabda Rasulullah S.A.W
Siapa yang berazam untuk melakukan kebaikan tetapi tidak membuatnya, maka Allah telah mengetahui bahawasanya hatinya sudah merasai (untuk melakukan kebaikan) dan sangat bersungguh-sungguh keatasnya, ditulis 1 kebaikan dan siapa yang berazam untuk melakukan kejahatan akan tetapi tidak melakukannya, tidak ditulis keatas dirinya dan siapa yang melakukan (kejahatan), ditulis keatas dirinya 1 kejahatan tanpa digandakannya (dosa) dan siapa yang melakukan 1 kebaikan, baginya 10 kali ganda. Riwayat imam at-tirmizi dan an-nasai 

Ini baru ganjaran untuk 1 amalan kebaikan, belum dikira lagi ganjaran yang Allah berikan ketika dibulan Ramadhan seperti malam Lailatul Qadar, berpuasa yang mempunyai ganjaran berlipat ganda malahan ganjaran membaca Al-Quran, 1 huruf bersamaan 10. Membaca basmalah sahaja sudah mendapat 190 ganjaran. Apa lagi jika ditambahkan dengan membaca surah dan ayat tertentu.


Baiknya Allah kepada kita, tetapi adakah kita telah memanfaatkannya ?

Sebenarnya, dengan umur yang sesingkat ini, kita boleh mendapatkan kebahagiaan yang berkekalan lamanya untuk kehidupan kita yang lebih lama dialama seterusnya. Namun, dengan umur sesingkat ini jugalah, kita bakal derita selama-lamanya di alam seterusnya itu. Bagaimana mendapat BAHAGIA selama-lamanya.

Tidak salah jika kita memohon kepada Allah taala untuk memanjangkan umur kita. Tetapi jika Allah perkenankan doa kita dan adakah kita telah menggunakan umur yang diberi oleh Allah untuk melakukan kebaikan? Jika kita lihat, manusia zaman ini dengan dikurniakan nikmat umur yang panjang, sihat tubuh badan tetapi banyak melakukan maksiat.

Orang yang bijak adalah orang yang pandai merancang umurnya. Nabi S.A.W pernah bersabda :
Orang yang paling bijak adalah orang yang sentiada mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya.
Umur kita tidak panjang. Kita tidak tahu di mana dan bilakah penghujung kepada kehidupan ini. Sementara Allah masuh kurniakan peluang untuk terus hidup, manfaatkan lah.

Segeralah untuk melakukan kebaikan hari ini, kerana kita tidak tahu apakah masih ada lagi esok untuk kita?

Mari kita bermuhasabah diri, sepanjang kita hidup ini. Adakah telah cukup segala amalan kita ?. adakah telah sempurna segala ibadah kita ?

Jangan ditangguh, hayat untuk beramal hanya sekali, sekejap sahaja. janganlah kita sia-siakan. Jika disini kita manfaatkan, maka bahagia menunggu kita di sana...

sumber: haluansiswa

Jom singgah blog diorang.


10/26/12

Blogger Bertuah Dari Segmen...



Ok, ini adalah entry ringkas. alhamdulillah, segmen aku dah lepas beberapa hari lalu. baru hari ini sempat nak update. Btw, aku dah dapat blogger bertuah yang akan dimasukkan ke dalam blog list dan setiap new entry Mr.Moustache selama 1 bulan.

Aku menggunakan random.org untuk mencari no bertuah yang yang ada pada setiap blogger. Ok ini adalah 8 blogger yang manyak untuuungggg maaa. :)




















Tahniah diucapkan kepada 8 blogger diatas dan selamat hari raya aidladha buat semua umat Islam. ♥

10/23/12

I'm So Sorry!


Dengan berat hati, terpaksa tamatkan segmen : 8 things about me, dengan awal dah tak larat sebenarnya sebab aku ada komitmen baru yang penting.

Sebelum ni, aku plan nak duduk rumah jadi bibik/babysitter sahaja bila cuti semester tapi aku terpaksa kerja atas faktor kesian dan mata duitan. hehehe.

sebenarnya, tempat adik aku kerja kekurangan pekerja. Jadi dia pun tengah cari pekerja baru. kerja pun just jadi cashier saje. jadi no hal la kan, sebab sebelum masuk belajar dulu pun aku ada pengalaman kerja dan aku terima kerja ni sebab bos dia offer aku gaji yang agak besar. jadi nak tak nak, terima jek la..


Dah setahun tak kerja, kalau sebelum ni cuti semester just duduk rumah jek. Bila kerja, mak aihh!! kaki lenguh la, sakit belakang la, tak cukup tidur la, macam-macam masalah. Jadi, disebabkan itu la aku terpaksa tamat kan awal segmen tersebut atas faktor komitmen kerja. Sorry sangat-sangat. Tak predict pun, ingatkan boleh nak teruskan, tapi kalau kerja masuk 7pg hingga 7 malam. Kerja full seminggu tanpa ambil cuti. Memang tak sempat nak online. balik rumah memang dah terbongkang atas katil. Nak bangun pun, tak larat.

sorry sangat-sangat yek atas date line segmen yang awal. Btw, blogger bertuah yang akan di letakkan dalam bloglist dan setiap entry baru Mr.Moustache akan diundi berdasarkan pakar tilik, Random.org. Baru adil dan saksama..terima kasih banyak atas sambutan segmen ini, nampak nya sangat membanggakan. :)

10/21/12

Segmen : 8 things about me


  -----------------------------------TAMAT----------------------------------------


Hye! disebabkan baru habis exam dan lepas ni aku akan banyak menghabiskan masa dirumah, jadi aku nak buat my first segmen. Aku wujudkan segmen ini pun untuk mengenali lebih rapat dengan semua blogger.

Selain tu, dapat jugak aku mengisi masa lapang aku selain jadi bibik/ babysitter dekat rumah. :) Untuk tahu lebih mendalam pasal korang, jadi aku ada listkan 8 perkara/ things. Jadi, daripada situ korang boleh tulis apa yang berkaitan dengan diri korang.

Tak ada syarat yang membebankan, segmen ini just untuk suka-suka saje.

 Buat satu entry bertajuk "Segmen : 8 Things About Me ".
 Letak banner di atas ini, dalam entry tersebut.
 Di dalam entry tersebut, korang hendaklah tulis :

Eight - Things about me
Seven - Hobbies
Six - Things I Hate
Five - Song I Like
Four - Favourite film/drama/musical/series
Three - Favourite Food
Two - Wishes
One - Quotes

For example :

Eight - Things about me
1. pelajar Diploma Sains Komputer (UiTM)
2. anak jati Johor
3. dah 21 tahun, baru sedar math tu sangat interesting ! :)
4. nampak pendiam tapi kepoh jugak molot ni.
5. seorang yang kuat makan
6. kaki bangku
7. zaman kecik, bercita-cita nak jadi chef :]
8. suka mengemas rumah
                 
Seven - Hobbies
1. tonton movie/drama especially korea
2. membaca
3. blogwalking :]
4. memasak.
5. suka men-download
6. dengar radio
7. karaoke
                 
Six - Things I Hate
1. orang yang susah nak minta maaf
2. orang yang suka marah-marah dalam FB (mencarut)
3. barang hilang
4. approve orang yang tak kenal (FB)
5. hate smokers
6. bila laptop shut down secara tiba-tiba (hard reboot)
                 
Five - Song I Like
1. SPY (Super Junior)
2. Kosong (Najwa Latif)
3. Ku Akui (Hafiz)
4. Insha Allah (Maher Zain)
5. Gee (SNSD)
                 
Four - Favourite film/drama/musical/series
1. Running Man
2. Music Bank
3. The Voice
4. Masterchef Malaysia
                 
Three - Favourite Food 
1. Soto
2. Bubur ayam
3. Mee bandung
                 
Two - Wishes
1. semoga menjadi anak berguna kepada ibu bapa
2. dapat mengerjakan umrah bersama family :)
                 
One - Quotes
1. “Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving.” -Albert Einstein


 8 blogger bertuah akan dimasukkan di dalam bloglist dan di dalam setiap new entry Mr.Moustache.
 Sila tinggalkan link entry tersebut di comment box entry ini.
 Senarai peserta segmen akan di update setiap malam.
 Segmen ini bermula 21/10/2012 hingga 24/10/2012 *segmen terpaksa ditamatkan awal sebab ada komitmen lain. sorry :(


Terima kasih :)

-----------------------------------TAMAT----------------------------------------




Tutorial : Ambil url gambar dalam website


Jumpa gambar dalam google image atau website lain, dan berkenan nak upload dalam blog. Kebiasaannya terpaksa la kita right click dkt gambar dan save image as.. dan baru la kita upload dalam entry.

Aku nak share method lain untuk upload gambar dalam entry menggunakan HTML coding.

1. Selepas cari gambar yang berkaitan menggunakan Google/ Firefox/ IE

Click gambar untuk lebih besar

2. Right click gambar tersebut, click Open image in new tab 

Click gambar untuk lebih besar

3. Copy url gambar di ruangan url. Contoh gambar, sila copy url yang ada di dalam kotak merah.

Click gambar untuk lebih besar

atau cari lagi mudah 

1. Right click gambar
2. Click Copy image URL

Click gambar untuk lebih besar

Tutorial seterusnya, aku akan tunjukkan cara nak upload gambar dalam entry hanya menggunakan url gambar. :)




10/19/12

Review : Biore Cleansing Strips Pore Pack


Sedang excited mengemas barang-barang untuk segera pulang ke kampung esok, aku baru terjumpa aku punya nose strips yang dah berbulan-bulan tersimpan dalam beg.

Masih dalam kotak lagi, aku memang biasa guna produk biore nih, buat masa ni produk ini paling sesuai dengan kulit wajah ku ini. hahaha

Sesiapa yang ada masalah black/white head tu, sila-sila kan lah pakai Biore Pore Pack. Produk untuk nose strip dari biore ini ada 2 jenis iaitu Biore Pore Pack dan Biore Pore Pack Black. Jadi, ikut citarasa masing-masing kan. Aku lebih prefer kepada jenis black punya. :)



Bukan setakat nak tarik-tarik black head korang tu, dia juga mengandungi Oil Absorbing Powder untuk menyerap minyak.

Memang sangat bagus produk nih, satu kotak ni ada 10 pack dengan harga RM 10.90 sekotak. Produk ni sangat affordable. ♥

Sebelum ni hidung aku selalu rasa gatal. lepas guna produk ni, memang jelas ! Korang boleh rasa perbezaan sebelum dan selepas pakai produk ini,lepas pakai hidung rasa ringan aje. rasa makin mancung pulok hidung ni lepas pakai. ahakssssssss !

Lama jugak la aku pakai nose strips, sambil nak tunggu masa cabut benda alah ni sempat lagi ber-blogwalking dan ini la hasil nya, harap maaf dengan kejijikan gambar disini..maaf, gambar tak berapa jelas..


cuba sendiri dan lihat hasilnya, serious! memang berkesan dengan produk Biore Pore Pack ni. Tak payah pakai mahal, sampai nak beli dekat korea kan.. dekat watson pun ada jugak :)




Hip Hip Hooray



yeah !!
Alhamdulillah, hari ni jumaat yang penuh barakah. 
Akhirnya aku dah habiskan final exam untuk this semester
and
next semester dah tak ada final exam
just
FYP untuk praktikal.

sungguh gumbira daku pada hari ini. :) hahahaha

sangat berpuas hati dengan last paper tadi, 
macam confident jek boleh lepaskan. 
insha Allah, lepas punya. :)
aamiin.

insha Allah, lepas nih duduk rumah aje la kan.
malas nak kerja.

jadi babysitter / bibik lagi best.
hahaahahah :)

bye-bye

10/15/12

Drama Korea : Panda and Hedgehog


Petang tadi baru menghadap paper CSC305 (Programming Paradigm). Alhamdulillah, beryukur sangat-sangat dapat jawab semua soalan walaupun tak pasti betul ke tak dengan jawapan yang diberi. Kita dah buat sehabis baik, redha aje la apa yang jadi lepas ni kan. Betul tak ? :)

Habis aje paper tadi, terus turn on laptop dan tonton drama korea. >.< Dah lama rasanya tak tengok drama korea, paling update pun dengan Running Man aje. lol

Ada 1 drama korea baru yang awesome ! Tiap kali tengok, korang memang terliur habis dengan adegan panas dalam cerita ni. hehehe :]

First time tengok, oh mai gadd comel nya heroin dia, hero dia pun boleh tahan la, adalah sikit ketampanan tu.. Awek boleh cair tengok dia. Aku rasa aku lagi hensem kot. hahaha

mempersembahkan "Panda and Hedgehog".


Tajuk : Panda and Hodgehog
Genre : Romantik, komedi
Episode : 16
Station Tv : Channel A
Tarikh siaran : 18.08.2012 - 7.10.2012

Sinopsis : Go Seung Ji (Lee Dong Hae) adalah seorang patissier genius atau pastry chef yang merupakan anak yatim piatu, dia mempunyai berperwatakan selamba dan nakal sesuai dengan gelaran 'hedgehog' iaitu landak. Seung Ji telah berkerja sebagai pastry chef yang baru di Cafe Panda, dimiliki oleh Pan Da Yang (Yoon Seung Ah), seorang yang easygoing dan sweet natured. Pan Da Yang lebih dikenali dengan Panda. Mereka bekerja sama memajukan Cafe Panda hingga berjaya sehingga dapat mengalahkan Saint Honore Bakery franchise.


Apa yang aku maksudkan dengan adegan panas tadi ? Buat suspens aje kan. Dalam drama ni, kebanyakan semua ada paparkan pasal makanan. Wow ! Macam-macam jenis makanan pastri dan bakeri, memang menyelerakan. Sampai berangan lepas ni nak jadi patissier. hehehe 



Tak rugi kalau korang tengok drama ni, memang best gilerr! dalam 1 hari aku dah habiskan 5 episode.  Ini baru marathon :) believe it! Nampak sangat aku ni buang masa kan ? hahaha 
Eleh, kononnya nak release tension. :)

Ok la, aku nak sambung tengok my Panda berlakon. ♥ ahaksssss !

oh, btw Dong Hae tu artis Super Junior. So, siapa yang fanatik SJ tu. tengok la yek ! >.<




10/14/12

GA: Topup Percuma dari JOM SINGGAH




Syarat utk join sgt simple ::-

♥ Terbuka bagi sesiapa yang ada FB & Blog dengan tajuk " GA: Topup Percuma dari JOM SINGGAH"
♥ SILA 'LIKE' fanpage JOM SINGGAH & TOPUP MURAH
♥ Pastu sila follow blog JOM SINGGAH , TOPUP BIZ & GAYA HIDUP SIHAT
♥ Penyertaan tak terhad kepada 1 penyertaan sahaja , melalui share info di fb atau blog.
♥ Sila PM di FB :  http://www.facebook.com/pokoksena85 atau email pokoksena85@yahoo.com
♥ Pemilihan penerima hadiah adalah melalui cabutan bertuah
♥ Bagi yang nak join, sila tinggalkan link GA ti kotak komen dibawah..

Tarikh tutup :: 31 OCTOBER 2012

Keputusan : Akan diumumkan di blog JOM SINGGAH & FB JOM SINGGAH

Jom join ramai-ramai. Klik banner di atas jika nak join. :)

10/11/12

Freebies Cute Cupcakes



Hari ni nak bagi freebies cute cupcakes. yeah !

tapi DIY tau. Gambar atas tu aku edit sendiri guna photoshop aje.

Senang aje nak design sendiri kan..
Masa ini la tunjukkan ke-kreativiti korang semua. :)

Nak download ? Klik 4shared




Where's Kitty ? #1



hye! kucing aku hilang la. 
Boleh tolong carikan tak ? :)

Please, help me!

 i miss him ♥

>.<


10/10/12

KFC Zinger Double Down Memang Superlicious !!


Alhamdulillah,  hari ni dapat la relax sekejap selepas berhempas pulas menjawab 2 paper QMT yang boleh membuatkan student menangis ketika menjawab final exam. :]

Disebabkan kekusutan yang melanda, akhirnya dapat jugak kaki ku melangkah ke KFC untuk merehatkan minda dengan memakan KFC ZINGER DOUBLE DOWN BURGER. hahahahaha


yeeppii !! Excited nak pergi KFC Segamat. Sebelum ni telan air liuq aje bila tengok iklan dalam tv. Akhirnya pergi jugak dengan kawan, KFC kali ini menampilkan burger terbaru mereka iaitu KFC Zinger Double Down Burger.


Tadaaa !!
Ingatkan nak beli 2 ZINGER DOUBLE DOWN tapi dapat beli 1 aje, terpaksa la ganti dengan X meal Regular.


X meal Regular ni, kalau tengok dalam gambar macam besaq aje dia punya burger tu. Realiti nya, comel loteh aje. Memang tak cukup. Sekali telan aje :]

Dengan isi ayam yang lembut sebagai pengganti roti menjadikan ianya lebih nikmat dan lebih rasa ayam bagi penggemar ayam khususnya. Dilapisi keju dan kepingan ayam, sos mayonis dan sos chezzy wedges menjadikan rasanya memang awesome. Mabeles!! Fantastic!! bombastic!! :)


Serious!! memang sedap gileerrrr !. Rasa tak nak share aje burger ni dengan member. Nak makan sorang aje! hahaha


Dengan rambut serabai, macam baru bangun tidur terus pergi melantak dekat KFC.
Kisah pulak aku kan, orang lain relax aje masuk mall pakai kain pelikat. bhahaha


ini kawan aku, Amarul Samsudin. Dia ni blogger jugak,
Nak promote jugak kan :]

Siapa ada kad diskaun 1 siswa tu bolehlah guna untuk setiap pembelian di bawah harga RM20. Guna kad tu tadi dapat ler diskaun dalam 10-20sen.

Korang boleh cuba sendiri dan rasai kesedapan burger Zinger Double Down. Memang tak rugi kalau korang beli..Memang affordable!

Combo set - RM9.95 
Ala carte - RM7.95 

Bon apetite >.<



Sedap hingga menjilat jari beb! Licin habis. :]


kaf ba ra kaf ta alif nun

monday blues kononnya ni, hahaha tengah hujan lebat sekarang, jadi aku rasa macam bosan duduk rumah ni ada baiknya aku tulis sesuatu dal...