9/30/12

Blogger Penipu !!



Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Itu adalah peribahasa Melayu yang selalu kita dengar.
Semua orang tahu, apa maksud disebalik peribahasa tersebut kan.

Kalau korang baca tajuk entry aku kali ini, mungkin ada yang terasa ? Siapa makan cili, dia yang rasa pedas. Peribahasa lagi. Tak habis-habis. :)

Ada satu blogger freshie katanya, beriya-iya nak buat Giveaway. Tajuk GA beliau adalah "Giveaway dari Fatin,Fitrah dan Aina". Siap ada sponsor lagi. Hadiah GA dia memang gempak habis. Ramai jugak blogger yang excited nak join GA beliau.

Tapi ada jugak blogger yang kata GA ni penipu. Owner GA ni siap ugut nak report polis kalau ada yang kacau beliau lagi. Aku pun tak tahu yang mana betul, jadi aku pun join jugak. Saja-saja nak tengok betul tak beliau ni dapat tunaikan janji dia.

Penat aku buat entry untuk GA dia,

http://mohamadsolehin.blogspot.com/2012/09/misc-giveaway-by-fatin-fitrah-dan-aina_23.html

Katanya kalau kurang 20 blogger yang join, GA tu akan batal. Alhamdulillah, lebih 30 blogger yang join. Tak sampai seminggu lepas tuuu. Blog beliau dah di delete. 

APA!! dh delete ?? jeng jeng jeng. 

Haha, tak terkejut pun masa tuu. sebab dah expect benda tu akan berlaku jugak.Tapi kesian la kan blogger yang excited join sebab nak jadi top referral disebabkan hadiah GA yang awesome. 
Nak tahu apa hadiah dia ?

LOMO CAMERA , CAMERA CANON , IPAD , OWL SLING BAG , SILICONE WATCH , SAMSUNG GALAXY S III , NECKLACE , EARING , SHAWL , TOPUP RM20 , FELT NAME 

Mak bapak aku pun tak mampu nak belikan untuk aku. Apa lagi nak bagi pada orang lain. Itu bodoh namanya. Ambil penyepak sekali. Ini makan dia!! *gaya Nabil. hahaha :]

Tak harap-harap apa pun dengan GA macam ni, Wujudnya Giveaway ini pun just suka-suka untuk meriahkan dunia blogging ni kan :]

 tapi tolong jangan tipu orang.

Sila WASPADA dengan budak ini. Jangan percaya lagi kalau nampak muka dia ni. Tak padan dengan kecik..





Boleh singgah facebook dia kalau korang nak "chat" dengan dia :)

http://www.facebook.com/FatinMerican
Apa-apa pun, just nak bagi WARNING pada blogger yang baru dalam dunia blogging ni. Cuba jujur dengan diri sendiri dan jangan jadi kaki penipu. Kalau awak dapat duit dengan jasa blogger lain klik advertise awk tu then awk tipu diorang. HARAM tahu tak !!

Ok. terima kasih. bye! (:

Urban Wardrobe Shop


Korang berminat dengan fashion dari Korea ? 
Jom singgah ke blog URBAN WARDROBE SHOP yang baru dibuka sebulan yang lalu. 
Sebenarnya kawan aku baru mula kan business pakaian especially untuk gadis-gadis yang kuit-miut yang perasan cantik. hahah *joke ok. (:

Beliau berminat buka business and then dia buka secara sambilan di official page FB beliau iaitu https://www.facebook.com/urbanfashionII .

Alhamdulillah, ramai pelanggan yang berminat berurusan dengan beliau memberikan respond yang positif kerana salah satunya adalah customer servis sangat terbaik, ini adalah kata-kata dari testimoni daripada seorang pelanggan baru beliau iaitu Zoey yang merupakan seorang blogger jugak. Zoey sangat berpuas hati dengan produk yang dibeli oleh beliau.

Jom kita singgah ke blog beliau,



URBAN WARDROBE SHOP adalah satu business yang menjual pakaian fesyen terkini seperti bags,dress, blouse dan produk kecantikan. URBAN WARDROBE SHOP ini juga mempunyai sebuah blog yang HANYA memaparkan produk-produk yang mereka masih ada.






Sebarang order dan pertanyaan boleh la diajukan kepada pemilik business tersebut melalui official page FB beliau, https://www.facebook.com/urbanfashionII

Untuk pengetahuan umum, produk yang dipasarkan adalah tidak terhad. Produk sentiasa ada di pasaran. Oleh itu, korang tak rugi untuk memilih produk di URBAN WARDROBE SHOP (:


9/27/12

Random Giveaway By Wawa




Syarat-syarat penyertaan :

Mempunyai blog
Blogger yg tinggal di  Malaysia
Follow blog wawa
Follow Sponsor *WAJIB*

Cara Menyertai :

Buat satu entry bertajuk "Random Giveaway By Wawa ".
Letak banner dan link kn ke entry ni.
Tinggalkan link/url entry anda di kotak komen
Tag atleast seorang blogger dan pastikan mereka tahu

Pemilihan pemenang : 

Random / Cabutan tangan


Tarikh tamat :

 30/9/2012

Tag
Amarul



Jom pakat-pakat join GA ni. Mudah aje syarat-syarat nya, sponsor pun tak terlalu ramai. Nak join ke?  Klik la SINI :)



Freebies Background Paddle Pop


Sekarang masih dalam mood study week, next week baru final exam, hibernate dalam bilik aje. 
Jadi, idea pun tak datang-datang. :]

 Tapi hari ni aku nak kasi freebies background untuk korang. Idea design ini pun datang dari design tudung Radiusite. Tak percaya ke ?? meh aku tunjuk sikit.


Theme freebies kali ini adalah paddle pop (:

Sila ambil, jangan malu, jangan segan :)

Tolong bagitahu kalau korang ambil yek!

Right Click > Open Image in New Tab > Right Click > Save Image As















Aku memang suka design yang pelik-pelik. So, sorry la kalau korang tak berkenan yek :)


9/25/12

Follower ke 800. Thanks y'all! :)



Alhamdulillah. hari ini blog aku dah mencecah follower ke 800. 

Terima kasih di ucapkan kepada Mr. Oziz Tale kerana sudi follow blog Mr.Moustache. :)

Jom kita terjah blog beliau dan ramai-ramai follow beliau :)




Terima kasih jugak kepada semua rakan-rakan bloggers yang sudi baca, komen dan follow blog aku ni, Mr.Moustache :{

Petua Meningkatkan Daya Ingatan Mengikut Sunnah



Banyak aku tengok sekarang ni top searching adalah petua untuk meningkatkan daya ingatan. Mungkin yang kaki search ini mesti terdiri daripada students yang bakal menghadapi peperiksaan akhir especially macam aku ni peperiksaan untuk final semester. Nervous dibuatnya. Subjek pun memang core. :]

Cara yang paling bagus dan boleh menjadi amalan seharian ialah amalan membaca Al-Quran (bagi yang beragama Islam), berpuasa dan bersugi. Kata-kata khalifah terakhir Islam daripada Khulafa Al-Rasyidin, Saidina Ali Bin Abu Talib r.a.,

 “Terdapat tiga perkara yang menguatkan ingatan dan menghilangkan balgham iaitu bersugi gigi, berpuasa dan membaca al-Quran.”

BERSUGI


Zaman nabi-nabi dulu bersugi dengan menggunakan kayu siwak terutamanya kayu zaitun kerana baunya harum dan dapat menghilang penyakit gigi. Takkanlah tak gosok gigi walaupun sekali dalam sehari kan? Apa kata kalau amalkan bersugi setiap kali sebelum solat, lagi bagus~. Banyak sebenarnya kelebihan bersugi;

1) Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih 
baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi “.
( Riwayat Muslim ) 

2) Dapat menajamkan akal.
3) Dapat mencerahkan mata.
4) Melambatkan tumbuh uban .
5) Dapat menggandakan pahala.
6) Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal.

BERPUASA


Selain berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, apa kata kita amalkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis :)

Definisi puasa pula bukannya terhad kepada menahan diri daripada makan dan minum sahaja. "Asal sebut puasa je, tak makan tak minum kira ok lah". Bukan macam tu. Puasa bererti menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.

Bukan setakat itu sahaja, kita juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Penglihatan dan pendengaran kita juga hendaklah dijaga daripada melihat atau mendengar perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilihat dan didengar. Faham??

 Dah tahu cerita-cerita omputih ada yang pakai singkat-singkat, buat apa tengok. Cerita hindustan guling-guling turun bukit nyanyi pakai sari, tak ke kurus puasa kita kalau tengok. Jadi, tukarlah channel. Tengok Jejak Rasul ke, or Astro Oasis, lagi bagus! Dengar ayat-ayat Al-Quran pun lagi better dari dengar lagu ayat-ayat Cinta. :)

  MEMBACA AL-QURAN


 Al-Quran adalah sebaik-baik bacaan bagi mereka yang beriman, sama ada ketika senang atau susah. Al-Quran adalah kitab suci diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai satu rahmat yang tiada bandingnya bagi seluruh alam.

Penurunannya adalah semata-mata untuk dijadikan petunjuk, pedoman dan pengajaran bagi semua umat manusia di dunia ini. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar (membaca) al-Quran dan mengajarnya.”(Hadis riwayat al-Bukhari)

Jadi, carilah kesempatan untuk membaca Al-Quran pada setiap hari. Kalau boleh, amalkan membaca Al-Quran setiap kali selepas solat Subuh dan selepas solat Maghrib. Awal-awal memang susah nak jadikan amalan, tetapi bila dah jadi amalan, sehari tak baca Al-Quran, rasa serba tak kena.

 Dan baca sekali dengan tafsirnya sekali ye. Baru faham apa yang dibaca dan meresap ke dalam jiwa. Jom jadikannya sebagai amalan bermula dari sekarang :)

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w,

”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “Bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., "Banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran."

9/23/12

Komik Dakwah : Makna Bacaan Dalam Solat


Untuk menambahkan khusyuk dalam solat seeloknya kita faham apa yang kita baca
Kalau tak faham apa yang dibaca memang kurang la sikit penghayatan solat
Meh aku share sebahagian makna bacaan solat yang aku ambil dari FB

http://www.facebook.com/pages/Lukisan-Dakwah-Islam/186960618086884








 Semoga kita akan lebih khusuk dalam solat selepas ini.
:)


Misc Giveaway by Fatin , Fitrah dan Aina




Nak hadiah yang awesome ??  Jom la join giveaway dari Fatin,Fitrah dan Aina ni. 
Tak susah mana pun syaratnya.

Klik banner kalau nak join.

Rugi kalau korang tak join sebab hadiah nya memang AWESOME !! :]

LOMO CAMERA , CAMERA CANON , IPAD , OWL SLING BAG , SILICONE WATCH , SAMSUNG GALAXY S III , NECKLACE , EARING , SHAWL , TOPUP RM20 , FELT NAME 


PENGALAMAN ANDA SEMASA MENGEDIT BLOG

 Aku memang suka mengedit blog sebab aku suka tukar-tukar design. Aku edit blog dengan bantuan bloggers yang banyak bagi tutorial contohnya blogger bicara farah dan lysaa faizureen.

Aku akan mengedit blog bila ada masa lapang especially waktu malam. Sanggup overnight semata-mata nak mengedit blog. Power tak aku? haha. Kalau study mcm tu, bagus jugak kan. :]


DAN TENTANG KELUARGA ANDA

Aku anak pertama daripada 4 adik beradik, 2 lelaki dan 2 perempuan. Abah aku kerja government dan my emak adalah official housewife. Kami ber-4 masih belajar.



9/21/12

Shila Amzah Juara Asian Wave Competition 2012


Tahniah diucapkan kepada Shila Amzah kerana telah dinobatkan juara Asian Wave Competition 2012 di China semalam.


Berita gembira ini disahkan sendiri oleh adik beliau sendiri melalui akaun tweeter nya setelah mengucapkan kata syukur terhadap kemenangan kakaknya, Shila Amzah.


Shila Amzah berjaya memukau juri dengan membawakan 3 lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin.

Rasa bangga dengan kemenangan Shila Amzah telah berjaya menewaskan 5 finalis daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India. Tahniah di ucapkan sekali Shila! :)


9/20/12

Color Block Dinner Party!


hye semua! dah lama jugak tak update new entry. Alhamdulillah, tadi baru lepas settle kan test 3 untuk calculus. Ad lagi 2 test bakal datang, bakal? esk test nya. sempat lagi kan nak update blog.

Sebelum final exam ni, batch aku akan buat dinner untuk yang terakhir sebelum kami semua ber-praktikal di tempat masing-masing. Mungkin sesuai dengan nama 'party' sebab students sahaja. Lecturer tak ada. haha :)

Macam biasa la kan, setiap event dinner/party ni. Mesti la ad tema nya. Sepanjang 3 tahun, semua tema sangat membosankan..Pelik-pelik aje diorang punya idea. 

Aku ni kaki komen aje lebih. join tidak pulok. banyak dolak dalih nya.

Tema dinner pun baru tahu petang tadi. 
Ingatkan nak biasa-biasa jek  *gaya Maria Tengku Sabri dalam iklan Ribena.

Rupa-rupanya tema dinner/party kali ni lagi peliks! BLOCK COLOUR. Macam peliks jugak bila first time dengar. Paham la sikit, bila si dinner planner tuh explain dengan 'detail'.

Si dinner planner cakap macam kau pakai jeans biru dan tshirt merah. Macam warna kontra. Oh, dh terbayang dah dalam kepala hotak. Jangan-jangan macam Ugly Betty! hahaahaha :)


sampai jek rumah, terus ngadap laptop. Dengan menggunakan gerbang ajaib. Aku google aje apa itu block colour. kan senang =.=


Lepas tengok gambar colourful ni semua, baru la aku dapat imagine macam mana block colour itu sebenarnya.


Susah jugak nak cari baju, dah last minute macam ni. Terpaksa la 'mix and match' aje la kan..Guna kan la apa yang ada. Tak payah nak membazir. Event nya 1 hari jek kan.
Kalau malas sangat pun, pakai jek apa yang ada. Apa aku kisah! Kita dah datang, tak kan la diorang nak halau pulak kan.. :]

tapi insha allah, akan di usahakan untuk cari jugak sehelai baju atleast macam ini.



atau

just pakai cardigan macam ini


Cantikkan ?? Terserlah kecomelan aku nanti. haha :)

Lagipun, kalau bab dinner/party ni. Rajin jugak nak datang, join sebab nak makan aje. haha :)

kaf ba ra kaf ta alif nun

monday blues kononnya ni, hahaha tengah hujan lebat sekarang, jadi aku rasa macam bosan duduk rumah ni ada baiknya aku tulis sesuatu dal...