Puasa Enam Syawal


Selamat hari raya diucapkan kepada semua bloggers. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana kita berjaya melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan disamping merebut peluang untuk mengerjakan amalan-amalan sunat seperti terawih, membaca al-quran dan semoga amalan baik yang telah dilakukan sewaktu di bulan Ramadhan diamalkan berterusan dan istiqamah hingga dibulan yang lain.

Dalam meraihkan kemenangan kita di bulan Syawal setelah berpuasa sebulan, Allah tetap nak bagi kita ganjaran yang hanya ada di dalam bulan Syawal.

Agak-agak apa ya??

Mesti lah amalan puasa enam. Mari kita berkenalan dengan puasa enam.

Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal.

Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.

Menurut sunnah yang sahih, seseorang hendaklah berpuasa enam hari di bulan syawal. Bagi yang mempunyai puasa qada’ (ganti), afdal mendahulukan qada’ puasanya yang ditinggalkan, kemudian diikuti puasa sunat syawal. Ini kerana, puasa qada’ adalah wajib sedangkan puasa enam syawal adalah sunat. Menurut kaedah usul, perkara wajib hendaklah di dahulukan berbanding perkara sunat.

Lafaz Niat puasa sunat enam syawal : “sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.


Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun.
(HR. Muslim)

Macam mana? dah kenal dengan puasa sunat enam syawal? Jom kita merebut peluang yang ada dan mengerjakan puasa enam demi mendapatkan fadhilat yang ditetapkan Allah padanya serta inginkan keredhaan Nya.

Comments

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer