8/28/12

Persiapan Majlis Pertunangan



Sejak 2 minggu yang lepas, keluarga aku sangat sibuk. Bukan sibuk sambut raya, sibuk dengan persiapan untuk majlis pertunangan adik perempuan aku. Lagi 4 hari sahaja majlis pertunangan tu akan berlangsung. Keluarga pihak perempuan memang nervous la especially keluarga aku dan adik sendiri lagi nervous tahap gaban..

Kalau dikutkan, majlis dibuat dalam serba sederhana sahaja. Tapi kita pun tak tahu lagi, bilangan tetap jemputan yang bakal hadir sebab tetamu terdiri sedara mara, sahabat handai dan jiran tetangga..

Tugas pun telah diagihkan, mak abah aku bahagian makanan. Rancang macam banyak beno menu yang nak di masak..Tak risau sangat bab masak ni sebab sedara mara memang master dalam masak-masak ni.

Sekarang abah sibuk dok mencari udang pengantin. Al maklum la kan, abah aku ni kaki pancing. Siang kerja gomen, malam kaki pancing..hari-hari makan seafood! :)

Aku bahagian decoration,.bukan decoration sangat pun. Tak ada pelamin pun, nak buat simple. Just duduk dalam bilik. Pandai-pandai la mak mentua masuk, sarung cincin..Tak ada masa nak buat pelamin. buat macam zaman dulu aje..nostalgia sikit! Bilik, meja solek masih menggunakan mak aku punya . Turun temurun kata mak aku..

Majlis ni tak dibuat di rumah aku sendiri, tapi diadakan di kampung sebelah emak aku..Rumah aku kurang sesuai sebab agak sempit sedikit. Bila kaum kerabat masuk pun, lutut bertemu lutut.. apa lagi kalau pihak lelaki datang siap dengan hantaran sekali..

Ini 1st time buat majlis pertunangan dalam keluarga aku. Untung la adik aku, ramai yang berminat nak jadi sponsor. Macam-macam benda yang nak di-sponsornya..Mengalahkan wedding artis.

Semua dah bertanya apsal aku tak tunang dulu..Langkah bendul katanya..Aku lelaki, belum laku lagi. Lagipun tak kisah sangat dengan adat ni..Kalau ikutkan adat, macam-macam benda aku minta dekat pihak lelaki..ter'kesima' dibuat nya nanti..

Apa-apa pun, memang excited la nak buat majlis macam nih..Masing-masing bersemangat buat kerja..Semoga majlis pertunangan ini berjalan dengan lancar dengan kehendakNya. Amiin~



8/27/12

Puasa Enam Syawal


Selamat hari raya diucapkan kepada semua bloggers. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana kita berjaya melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan disamping merebut peluang untuk mengerjakan amalan-amalan sunat seperti terawih, membaca al-quran dan semoga amalan baik yang telah dilakukan sewaktu di bulan Ramadhan diamalkan berterusan dan istiqamah hingga dibulan yang lain.

Dalam meraihkan kemenangan kita di bulan Syawal setelah berpuasa sebulan, Allah tetap nak bagi kita ganjaran yang hanya ada di dalam bulan Syawal.

Agak-agak apa ya??

Mesti lah amalan puasa enam. Mari kita berkenalan dengan puasa enam.

Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal.

Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.

Menurut sunnah yang sahih, seseorang hendaklah berpuasa enam hari di bulan syawal. Bagi yang mempunyai puasa qada’ (ganti), afdal mendahulukan qada’ puasanya yang ditinggalkan, kemudian diikuti puasa sunat syawal. Ini kerana, puasa qada’ adalah wajib sedangkan puasa enam syawal adalah sunat. Menurut kaedah usul, perkara wajib hendaklah di dahulukan berbanding perkara sunat.

Lafaz Niat puasa sunat enam syawal : “sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.


Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun.
(HR. Muslim)

Macam mana? dah kenal dengan puasa sunat enam syawal? Jom kita merebut peluang yang ada dan mengerjakan puasa enam demi mendapatkan fadhilat yang ditetapkan Allah padanya serta inginkan keredhaan Nya.

8/13/12

4 Golongan Yang Tidak Dipandang Allah Di Malam Lailatul Qadr




Hari ni kelas habis lewat, jadi macam biasa lah terpaksa naik bus balik ke rumah. Sambil duduk termenung dalam bus tu, sempat la dengar tazkirah di Sinar fm dari Ustazah Siti Nur Bahyah mengenai peristiwa malam lailatul qadar. Tapi topik untuk hari ini adalah mengenai 4 golongan yang amal ibadahnya tidak akan pandang oleh Allah pada malam lailatul qadar.

..............................................................

Golongan pertama ialah golongan orang yang minum arak dan tidak ada sedikit rasa untuk bertaubat kepada Allah. Kenapa orang yang minum arak tergolong dalam kalangan ini adalah kerana meminum arak itu adalah kunci segala perbuatan jahat, memang mudah melakukan perkara mungkar.

Orang yang minum arak akan rugi kerana pintu langit ditutup baginya, kerana semua amal baiknya dan doa-doanya tidak diterima selama 40 hari. Jadi bayangkan la itu untuk hari-hari biasa. Inikan pula malam lailatul qadar.

..............................................................

Golongan kedua ialah golongan anak derhaka kepada kedua ibu bapanya. Di dalam Islam peranan ibu bapa adalah sangat besar, anak-anak wajib mentaati kedua ibu bapa selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam. seorang anak tidak akan mendapat keredhaan Allah taala, sebelum mendapat redha dari ibu bapanya.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud "Keredhaan Allah bergantung pada keredhaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah bergantung pada kemurkaan kedua-dua ibu bapa." (Riwayat al-Hakim)

Kita kena sedar pada hakikatnya tanpa ibu bapa, siapa la kita sebenarnya.Jadi, cepat-cepat la minta maaf dengan ibu bapa atas salah silap yang mungkin kita anggap kecil tapi pada ibu bapa kita tak tahu apa perasaan mereka.

..............................................................

Golongan ketiga ialah mereka yang tidak bertegur sapa saudaranya hingga lebih 3 hari. Andai ada permusuhan atau tidak puas hati antara kawan-kawan, ipar duai, sedara mara. Cepat-cepat la minta maaf.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Siapa yang tidak bertegur sapa akan seseorang Muslim selama 3 hari, maka matinya masuk neraka." (Riwayat Muslim)

..............................................................

Golongan keempat ialah manusia yang memutuskan hubungan silaturrahim. Kesempurnaan iman seseorang didukung oleh banyak faktor, tidak hanya setakat beriman kepada Allah taala, bahkan hubungan sesama insan juga menjadi kayu pengukur terhadap kesempurnaan iman seseorang.Islam menekankan aspek menjaga hubungan silaturrahim sesama manusia, kerana akibat memutuskan silaturrahim akan memberikan risiko yang amat besar bukan setakat didunia malah di akhirat kelak.

 Rasulullah SAWbersabda maksudnya : "Siapa yang ingin agar rezekinya dimurahkan dan umurnya dipanjangkan, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan (silaturrahim)." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

..............................................................

4 golongan yang disebut tadi, amal ibadahnya tidak akan dipandang Allah pada malam lailatul qadar. Mari la kita sama-sama bermuhasabah diri agar kita tidak tergolong dalam 4 golongan tersebut.

Mari cari redha Ilahi, Moga Allah merahmati.


8/12/12

Senarai Ranking Universiti Di Malaysia

 

 Kedudukan terkini universiti di Malaysia telah pun dikeluarkan. Ranking ini telah dikeluarkan oleh 4icu.org tetapi ranking ini adalah tidak berkaitan langsung  dengan akademik malah ranking tersebut berdasarkan populariti website universiti itu sendiri.

4icu.org membuat ranking ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa sesebuah universiti yang popular berdasarkan kekerapan visitor berkunjung atau menggunakan website universiti tersebut.

List of top Colleges & Universities in Malaysia - University Web Rankings

Sort by 2012 University Web RankingUniversitiesSort by University name
LocationsSort by University town
 Universiti Teknologi Malaysia
Johor Bahru ...
 Universiti Malaya
Kuala Lumpur
 Universiti Teknologi MARA
Shah Alam ...
 Universiti Putra Malaysia
Serdang ...
 Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi ...
 Universiti Sains Malaysia
Minden
 Multimedia University
Cyberjaya ...
 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Kuala Lumpur ...
 Universiti Utara Malaysia
Sintok
10  Universiti Malaysia Sabah
Kota Kinabalu ...
11  Universiti Malaysia Pahang
Kuantan ...
12  Universiti Malaysia Sarawak
Kota Samarahan
13  Al-Madinah International University
Shah Alam
14  Taylor's University
Subang Jaya
15  Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Batu Pahat
16  Universiti Teknologi Petronas
Tronoh
17  Universiti Tenaga Nasional
Kajang ...
18  Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim ...
19  Universiti Sains Islam Malaysia
Nilai
20  Universiti Tunku Abdul Rahman
Petaling Jaya ...
21  Universiti Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
22  INTI International University
Putera Nilai
23  Universiti Malaysia Perlis
Kangar
24  Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Ayer Keroh
25  HELP University
Kuala Lumpur
26  Universiti Perubatan Antarabangsa
Kuala Lumpur
27  Universiti Malaysia Terengganu
Kuala Terengganu
28  Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kuala Lumpur
29  Malaysia University of Science & Technology
Petaling Jaya
30  Universiti Malaysia Kelantan
Pengkalan Chepa
31  Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing
Cyberjaya ...
32  Universiti Selangor
Berjuntai Bestari ...
33  Universiti Tun Abdul Razak
Kuala Lumpur
34  Asia e University
Kuala Lumpur
35  Universiti Sultan Zainal Abidin
Kuala Terengganu
36  Management and Science University
Shah Alam
37  Albukhary International University
Alor Setar
38  Universiti AIMST
Bedong
39  Manipal International University
Petaling Jaya
40  Sunway University
Petaling Jaya
41  UCSI University
Kuala Lumpur ...
42  Perdana University
Serdang
43  University of Management and Technology
Petaling Jaya
44  Quest International University Perak
Ipoh

8/11/12

Qasidah Ya Hanana Berserta Lirik


First time dengar qasidah terus terpikat, nak dengar lagi dan lagi. Aku minat dengan qasidah yang dinyanyikan oleh gabungan In Team dan adik-adik ASIQS mengalunkan lagu Ya Hanana pada malam resepsi Irma Hasmie. 

Lirik dia pun aku dah hafal, seronok jek dengar alunan qasidah Ya Hanana. Bersemangat adik-adik menyanyi dalam youtube ni.



Punya excited sampai terus mencari lirik qasidah ni. Senang jek nak hafal. Maksud lirik Ya Hanana ni memang sungguh mendalam. AllahuAkbar!


8/9/12

Nasib Atlet Kanak-Kanak China


Disebabkan kebosanan, mata terkebil-kebil tak nak tidur lagi. Sambil nak layan mata ni tak boleh tidur, layan youtube la sekejap.

Saja-saja buka pasal olimpik London, terklik la pulak pasal atlet kanak-kanak China. Mesti korang dah tahukan pasal kanak-kanak China yang dilatih dengan 'kejam'. Aku rasa perkataan 'kejam' tu sangat sesuai dengan coaches mereka.


Aku tak tahu la kenapa malam ni aku tengok video kejam tu, tiba-tiba rasa sedih pulak dengan kanak-kanak seawal 4 dan 5 tahun yang sepatutnya pada zaman kanak-kanak inilah bersuka ria, berkasih sayang sesama keluarga dan kawan-kawan. Mencari, berkongsi pengalaman baru untuk dijadikan kenangan bila dewasa nanti, tapi semua ini tidak sama dengan nasib kanak-kanak di China sana.

Kebanyakan kanak-kanak ini di hantar oleh keluarga mereka sendiri, adalah untuk mengubah nasib keluarga mereka. Bayangkan sejak kecil lagi, tanggungjawab untuk mengubah keluarga telah diletakkan dibahu mereka.

Memang aku rasa sebak bila tengok anak kecil ni, walaupun dalam keadaan menangis sekalipun mereka tetap jalankan latihan. Kita mungkin tak tahu apa maksud air mata yang mengalir. Tapi kita boleh fikir sendiri, sama ada air mata itu tanda kegembiraan atau kesakitan yang dialami nya. Walaupun bukan seagama, tapi disebabkan rasa belas kasihan sesama manusia itu tetap ada.


Bila tengok anak-anak kecil, teringat pulak adik kecil dekat rumah, tak sanggup rasanya nak buat begitu dengan dia. Ramai jugak yang berpendapat memang patut anak kecil itu dilatih begitu sebab melentur biarlah dari rebung nya. Aku memang setuju dengan pendapat tersebut tetapi rasanya itu dah terlebih melentur. Boleh jadi patah pulak dibuatnya.

Rasa sakit hati pulak dengan coaches nya, dengan tak ada belas kasihan. Sanggup pijak, tendang, maki herdik anak kecil tu hanya untuk melahirkan atlet bertaraf dunia. Tak salah tapi berpada-pada la. Rasa nak sepak terajang aje coaches diorang.

 

Bila fikirkan balik, mungkin memang nasib mereka dah macam itu..Semoga semangat mereka lebih kuat untuk menempuh kezaliman yang bakal dihadapi oleh mereka hingga mengenggam emas yang menjadi matlamat utama mereka.

Maaf la malam ni ter-emosional pulak..Poyokan aku ni. Apa-apa pun, sesiapa yang dah 'ter' baca tuu. terima kasih le sudi baca luahan isi hati aku ni. ahakssss!

8/8/12

Mencari Lailatul Qadar



Ramadhan sudah beransur pergi. Hari ini hari yang ke 19 Ramadhan tahun ini. Allahuakbar! Cepatnya masa berlalu.

Maka esok akan masuk lah kita di fasa terakhir Ramdhan iaitu fasa terpenting. 10 hari terakhir inilah yang terkandung malam yang berkat, malam “Lailatul Qadar”. Padanya diturunkan Al-Quran daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izzah, Langit Dunia.


Bagi mendapatkannya hendaklah menghidupkan malam dengan beribadat kepada Allah iaitu mendirikan solat malam, berdoa, berzikir, bertadarus dan membaca al-Quran.

Hal ini berdasarkan kepada hadis daripada Aisyah r.a. katanya:

“Adalah Rasulullah bersungguh- sungguh beribadat pada malam yang akhir, apa yang tidak dilakukannya pada puluhan malam yang lain.” (Riwayat Muslim)

 Membangunkan ahli keluarga menjelang sepuluh malam terakhir untuk mengerjakan solat malam seperti dilakukan Rasulullah dengan membangunkan keluarganya. Nabi mengikat tali pinggangnya yang bermaksud tidak melakukan persetubuhan dengan isterinya dan sentiasa beriktikaf pada sepuluh malam terakhir.


Oleh sebab kemungkinan datangnya malam Lailatul Qadar itu adalah pada salah satu daripada malam yang akhir, maka dianjurkan untuk mandi antara Maghrib dan Isyak, kemudian memakai pakaian bersih dan indah. Memperbanyakkan beriktikaf dalam masjid pada sepuluh malam akhir Ramadan.

 

"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu ? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". (Surah al-Qadr 1-5)

Daripada Aisyah R.A bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :
"Berusahalah mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan." (Hadith Riwayat Bukhari)

Dalam sabdanya yang lain baginda SAW menyebut: Carilah (lailatulqadar) pada 10 malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah Dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1165).

Waktu berkat lagi makbul adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :

"Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar)" (al-Qadar : 5)


Di malam malam akhir Ramadhan ini, target utama kita adalah untuk mendapatkan keampunan Allah swt. Inilah yang disebutkan dalam jawapan Nabi Muhammad saw kepada Aisyah ra :

Berkata Aisyah, " Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa)?" Bersabda Nabi Muhammad saw, "Ya Allah, sesungguhnya dikaulah maha pengampun, dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan."


Jelaslah, tiada malam yang dapat menandingi kelebihan dan kehebatan malam Lailatul Qadar. Oleh itu, berusahalah untuk mendapatkannya dengan memperbanyakkan amal ibadat kepada Allah. Walau bagaimanapun, keseluruhan Ramadan adalah bulan sangat istimewa yang belum tentu kita dapat merebut peluang beribadat pada tahun akan datang.

8/7/12

The Hunger Games Review


Akhirnya dapat jugak nak tengok movie The Hunger Games, movie ni dah lama keluar pawagam, 23/3/2012 gitu laa tapi baru hari ni sempat nak tengok..Terima kasih pada my besties yang baru download movie blu-ray ni.

Overall, cerita dia memang sangat-sangat best. Penuh dengan adventure, cuma pada permulaan cerita tu agak bosan sedikit. Pakaian orang dekat Capitol memang pelik-pelik belaka macam badut pun ada jugak tapi nampak unique la, penuh colorful. Movie ini based on novel The Hunger Games dan novel tu pulak ada 3 termasuk Catching Fire dan Mocking Jay.



The plot is simple.

Di zaman akan datang, bertempat di North America, 12 districts diperintah oleh satu kerajaan diberi nama Capitol. Di Capitol, memang orang kaya dan berkuasa sahaja akan tinggal di situ. Di satu masa dulu, 12 districts ni pernah memberontak tetapi kalah di tangan Capitol. Sebagai tanda amaran dan peringatan kepada semua, Capitol akan mengadakan satu permainan maut iaitu The Hunger Games.


Setiap tahun, nama kesemua kanak-kanak di setiap districts yang berusia 12 tahun ke atas akan dihantar secara paksa untuk memasuki The Hunger Games. During reaping day, mereka akan mencabut nama seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan. Mereka yang terpilih, akan mewakili district masing-masing untuk berlawan di The Hunger Games.

Cara bermain sangat mudah. Terdapat 12 districts. Jadi akan ada 24 tributes di dalam arena. Mereka terpaksa melarikan diri dan bersembunyi dari other tributes kerana dalam arena ini, cara untuk memenangi perlawanan ini ialah dengan cara membunuh tributes lain. Mereka bukan sahaja terpaksa berdepan dengan ancaman musuh, tetapi mereka juga terpaksa membiasakan diri dengan kawasan arena yang tidak direka untuk membolehkan mereka terus hidup.

Untuk tribute yang menang, setiap ahli keluarga di district yang mereka wakili akan mendapat sumber makanan sekali untuk setiap bulan. Jadi, tanggungjawab tribute untuk menang sangat penting walaupun ia bakal mengorbankan nyawa mereka.


Bagi aku ending macam tak best sangat, dan korang rasa si Katniss dengan Peeta tu memang jatuh cinta atau   Katniss berpura-pura sebab nak menang sahaja ?

Tak rugi kalau sesiapa yang belum tengok, nak tengok dekat pawagam memang dah tak ada daa, kena download la sendiri nampaknya yee kawan-kawan :]

Tak sabar nak tengok sekuel akan datang, Catching Fire yang akan dijadualkan berada di pawagam pada tahun hadapan.

8/6/12

Strangers - Iklan Raya dari Petronas


Erman, a PETRONAS engineer stationed in Central Asia, struggles to adjust to life away from home, when his path crosses that of a local boy, Jeyhun. 

While Erman and Jeyhun start out as strangers, every step brings them closer to realising their true potential, to reimagining their energy and making a difference to those around them. Its a story of one man's journey of self-discovery and exploration towards the meaning of life 

While past PETRONAS TVCs have always celebrated stories from within Malaysia, this year, it tells a bigger story -- of the role that PETRONAS plays in its countries of operations.

Alhamdulilllah, Shila Amzah Sudah Bertudung





Penyanyi terkenal, Nur Shila Amir Amzah, 22 atau mesra dipanggil Shila Amzah hari ini berkata yang dirinya telah berhijrah dan akan terus mengekalkan imej bertudung.

Beliau berkata, gambar-gambar dirinya yang bertudung yang banyak tersebar di media sosial kini adalah imejnya yang terkini dan bukan ‘eksperimen’ cara bertudung atau sebagainya.

“Alhamdulillah, Shila jadikan bulan Ramadhan ini sebagai permulaan penghijrahan dan insyallah Shila akan terus bertudung,” jelasnya sewaktu dihubungi MyNewsHub di sini hari ini.

Pengesahan itu penting apabila ada peminat Shila yang kerap kali mempersoalkan di laman sosial Twitter adakah identiti bertudung itu hanya sementara atau akan kekal.

Ramai peminat berasa teruja lantaran melihat imej terbaru Shila sejak bermula bulan Ramadhan, kira-kira dua minggu lalu.

Jika kita lihat pada akaun Twitter Shila, tidak kira sama ada gambar profil mahupun setiap gambar yang dimuat naik olehnya, pasti dia mengekalkan imej bertudung.

Penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu turut menghargai para peminat yang menyokong dan mendoakan supaya dia terus mengekalkan imej bertudung.

Memfokuskan beribadat pada bulan Ramadhan, Shila juga menyertai beberapa majlis amal seperti program berbuka puasa, bersahur bersama peminat dan pelbagai lagi.

Selain itu, anak kepada penyan turut menjayakan beberapa rakaman bagi program yang bakal disiarkan pada Syawal akan datang.


-sumber-

kaf ba ra kaf ta alif nun

monday blues kononnya ni, hahaha tengah hujan lebat sekarang, jadi aku rasa macam bosan duduk rumah ni ada baiknya aku tulis sesuatu dal...