Majlis Pernikahan Irma Hasmie & Redza


Tahniah diucapkan kepada pengantin baru Irma Hasmie dan pasangan, Redza yang diijab qabulkan pada 29 June 2012. Moga dikekalkan sehingga ke Jannah. Irma memang nampak cantik dengan baju yang superb dari rekaan Ezuwan Ismail. Semua gambar ini, kebanyakan nya aku ambil dari official photographer untuk majlis pernikahan dan sanding Irma Hasnie iaitu The Kliker.

Jom kita tengok sama-sama! :]




Walaupun perkenalan mereka berlaku dalam masa tidak sampai lima bulan, namun ahli perniagaan dalam bidang pengurusan acara dan pengiklanan ini memberitahu yakin dengan keputusannya untuk memperisterikan Irma kerana percaya ini semua takdir dan ketentuan yang telah ditetapkan Allah.

“Cinta saya dengan Irma bermula di tempat yang suci dan hati saya terdetik apabila melihat Irma betul-betul di hadapan pintu Kaabah. Selain itu, perkenalan kami bermula antara Irma dan keluarga, jadi itu yang membuatkan saya terharu. Tidak menjadi masalah dengan perkenalan yang singkat kerana saya yakin dengan apa yang Allah bagi, insyaAllah.” www.gua.com.my











Sebenarnya banyak gambar yang ada lagi, tapi ini jek yang mampu nak dikongsi bersama. Kalau tak puas hati lagi, nak tengok banyak-banyak. Boleh la klik Facebook The Kliker - Official Photographer For Irma Hasmie's Wedding

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Irma Hasmie dan Redza.

Yeah! haha :)

Comments

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer