Info Solat Sunat Terawih


Salam Ramadhan. Alhamdulillah, hari ni sudah 4 Ramadhan. Insyallah, banyak lagi masa untuk kita berebut semua ganjaran yang telah Allah janjikan kepada kita sepanjang Ramadhan ini. Antara ganjaran besar untuk hambaNya ialah solat sunat terawih. Solat terawih hanya ada di dalam bulan Ramadhan sahaja. Jadi, aku nak berkongsi sedikit info mengenai solat sunat terawih.


Berkenaan keutamaan solat ini, Abu Hurairah r.a. menerangkan bahawa Rasulullah saw menganjurkannya pada malam Ramadhan dengan anjuran yang bukan berupa perintah yang tegas. Baginda bersabda:

((مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ)) [متفق عليه]

Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.” [Sahih Muslim, no: 759]

Takrif Solat Terawih:
Menurut bahasa: Terawih bermaksud berehat, bersenang-senang, melapangkan nafas dan seumpamanya.

Menurut istilah: Terawih ialah ibadat solat yang dilakukan pada waktu malam di bulan Ramadhan. Bermula waktunya selepas solat isya’ dan berakhir dengan masuk waktu subuh, tidak termasuk sunat ratibah isya’ dan solat witir.

Dinamakan terawih kerana orang yang melakukannya akan berehat selepas empat rakaat (dua salam).Solat terawih termasuk solat tahajjud atau solatul-lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

Waktu Melakukan Solat Terawih.
Tempoh menunaikan solat terawih ialah sesudah masuk waktu solat isyak sehingga sebelum masuk waktu solat subuh. Ini bererti sesiapa yang tidak dapat melakukannya pada awal malam boleh melakukannya pada pertengahan atau akhir malam.

Hukum Solat Terawih
Solat terawih hukumnya sunat mu’akad, iaitu amalan sunat yang amat dituntut. Rasulullah saw telah menganjurkannya dengan arahan yang tidak tegas, bererti hukumnya adalah sunat dan tidak wajib. Solat terawih lebih afdal dilakukan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

-sumber-

RAMADHAN KAREEM

Comments

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer