Posts

Showing posts from July, 2012

Nasihat Imam Abu Hanifah

Image
- sumber -

Isu Pembunuhan Umat Islam Rohingya di Myanmar

Image
Hari ini aku nak berkongi artikel, barangkali wajib untuk dikongsi mengenai isu pembunuhan umat Islam Rohingya di Myanmar yang ditulis oleh blogger szlihin.com . Sekiranya kita ditanya mengenai umat Islam di negara manakah yang tertindas ketika ini, nescaya yang kerap keluar dari mulut kita adalah Palestin, Syria, Afghanistan, Iraq, dan sebagainya. Tapi, berapa ramai di antara kita yang ambil tahu tentang penindasan yang berlaku terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar (Burma) sejak sekian lama? Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Jadi, luangkan sedikit masa dan rajinkan diri membaca untuk mengambil tahu isu ini. Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud, “Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya” 1. Sejak 3 hb Jun 2012 baru-bar

Wordless Wednesday #16

Image

Save Maryam!

Image

Info Solat Sunat Terawih

Image
Salam Ramadhan. Alhamdulillah, hari ni sudah 4 Ramadhan. Insyallah, banyak lagi masa untuk kita berebut semua ganjaran yang telah Allah janjikan kepada kita sepanjang Ramadhan ini. Antara ganjaran besar untuk hambaNya ialah solat sunat terawih. Solat terawih hanya ada di dalam bulan Ramadhan sahaja. Jadi, aku nak berkongsi sedikit info mengenai solat sunat terawih. Berkenaan keutamaan solat ini, Abu Hurairah r.a. menerangkan bahawa Rasulullah saw menganjurkannya pada malam Ramadhan dengan anjuran yang bukan berupa perintah yang tegas. Baginda bersabda: ((مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ)) [متفق عليه] Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.” [Sahih Muslim, no: 759] Takrif Solat Terawih: Menurut bahasa: Terawih bermaksud berehat, bersenang-senang, melapangkan nafas dan seumpamanya. Menurut istilah:

Motivasi Bersama Prof. Dr. Muhaya

Image

Lima Ganjaran Ketika Bulan Ramadhan

Image
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:" Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu  : a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya. c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar. d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku. e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat. - sumber -

Niat Puasa Bulan Ramadhan

Image

Permohonan Bantuan IPTA Tahun 2012

Tahniah kepada semua anak Johor yang telah berjaya ditawarkan tempat di IPTA bagi kemasukan sesi akademik 2012/2013. Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Islam Johor (PIJ) ada menyediakan Bantuan Persediaan Pelajar ke IPTA untuk anak jati Johor yang akan mendaftarkan diri di IPTA bagi kemasukan tahun 2012. Permohonan dibuka sekarang sehingga Disember. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN: 1. Pemohon mestilah anak jati Negeri Johor (menetap sekurang-kurangnya 5 tahun di Negeri Johor) 2. Pemohon merupakan tahun pertama pengajian dan bukan dikalangan yang sudah/sedang menuntut. 3. Pemohon ialah calon yang mengambil kursus Ijazah/Diploma pertama secara sepenuh masa di IPTA sahaja. 4. Pelajar Politeknik dan matrikulasi tidak layak untuk momohon. 5. Pendapatan kasar bulanan keluarga pemohon RM3,000.00 dan ke bawah serta mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang tanggungan yang masih bersekolah sama ada di sekolah Rendah / Menengah / IPTA. Permohonan hendaklah dibuat melalui borang yan

Opick - Ramadhan Tiba

Image
Opick - Ramadhan Tiba  Ramadhan tiba 3X Marhaban Ya Ramadhan 4X Ramadhan tiba 3X Marhaban Ya Ramadhan 4X Ramadhan tiba semua bahagia Tua dan muda bersuka cita Bulan ampunan bulan yang berkah Bulan terbebas api neraka Andaikan saja Ramadhan semua Bulan yang tiba bulan yang ada Karena besarnya setiap pahala yang di janjikan kepada kita Marhaban Ya Ramadhan 4X Dalam bersahur ada pahala Dalam berbuka alangkah indah Menahan diri menahan lidah Menjaga hati menjaga mata Banyakkan amal hari-harinya pahala Datang berlipat ganda Berlomba-lomba untuk ibadah Dunia bahagia surga nanti gantinya Ramadhan tiba 3X Ramadhan tiba 3X Dan semoga setiap jiwa Diberikan ampunan-Nya Dan semoga hapus semua Kesalahan setiap jiwa Marhaban Ya Ramadhan 4X Marhaban Ya Ramadhan 4X Marhaban Ya Ramadhan 4X Marhaban Ya Ramadhan 4X

Macam mana nak block/sekat website porn?

Image
Hye semua! Post kali ini nak saja-saja nak share macam mana nak sekat/block website porn yang makin lama, makin banyak dalam internet ni. Kalau taip ayat yang agak 'pelik' sikit, confirm ada jugak 2 3 website terselit dalam searching kita tuuu. 8) Sekarang ni makin banyak software-software yang ada menyediakan protection untuk sekat website terutamanya pornography ni. Budak zaman dulu, dah tak macam zaman sekarang. Makin advance dunia ni, makin advance jugak kepala otak diorang. Tapi tak semua ok. i tak macam tuu~ hahaha bacteria lebih bijak? kita harus lebih bijak! Tiba-tiba keluar pasal activeguard la pulak kan. :] Kalau la ada software yang keluar kan pop up window macam ni.. bila ada yang baru nak skodeng/tengok porn site tuu.. confirm terkejut tahap gaban. Terus insaf! insyAllah. :) Ada satu website yang menyediakan servis protection ni iaitu  http://www1.k9webprotection.com/getk9/index.php   Jangan risau pasal kena bayar ke tak. Benda ni free jek, ha

Wordless Wednesday #15

Image

15 sebab turunnya bala'

Rasulullah SAW telah bersabda dalam hadisnya yang bermaksud : "Apabila umatku telah membuat 15 perkara maka bala' pasti akan turun ke atas mereka iaitu : 1. Apabila kekayaan negara hanya dimiliki oleh orang-orang yang tertentu sahaja. 2. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri. 3. Zakat dijadikan denda atau hutang. 4. Orang lelaki taat pada isteri (dayus).. 5. (dan) menderhakai ibu sendiri. 6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman... 7. (dan) berkeras dengan bapa sendiri. 8. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid (kerana bertengkar). 9. Orang yang paling hina (dengan kejahatan) di kalangan sesuatu kaum diangkat sebagai pemimpin. 10. Seseorang dimuliakan kerana takutkan kejahatannya. 11. Arak diminum berleluasa. 12. Ramai kaum lelaki memakai sutera. 13. Penyanyi-penyanyi wanita disanjung tinggi dan dipuja. 14. Banyak jenis muzik dimainkan dan hiburan dipuja. 15. Apabila umat Islam kini menyalah-nyalahkan umat Islam terdahulu.

Top 10 Productive Ramadahn Tips!

Image

Majlis Pernikahan Irma Hasmie & Redza

Image
Tahniah diucapkan kepada pengantin baru Irma Hasmie dan pasangan, Redza yang diijab qabulkan pada 29 June 2012. Moga dikekalkan sehingga ke Jannah. Irma memang nampak cantik dengan baju yang superb dari rekaan Ezuwan Ismail. Semua gambar ini, kebanyakan nya aku ambil dari official photographer untuk majlis pernikahan dan sanding Irma Hasnie iaitu The Kliker. Jom kita tengok sama-sama! :] Walaupun perkenalan mereka berlaku dalam masa tidak sampai lima bulan, namun ahli perniagaan dalam bidang pengurusan acara dan pengiklanan ini memberitahu yakin dengan keputusannya untuk memperisterikan Irma kerana percaya ini semua takdir dan ketentuan yang telah ditetapkan Allah. “Cinta saya dengan Irma bermula di tempat yang suci dan hati saya terdetik apabila melihat Irma betul-betul di hadapan pintu Kaabah. Selain itu, perkenalan kami bermula antara Irma dan keluarga, jadi itu yang membuatkan saya terharu. Tidak menjadi masalah dengan perkenalan yang singkat kerana saya yakin dengan apa