6/24/12

Harper Seven Beckham

Selepas berangan-angan tengok gambar Daniel Hyunoo Lachapelle hari tu, sekarang ni dah bertukar obses dengan anak perempuan Beckham & Victoria pulak. Jom kita usha biodata dia sedikit. :]


Name: Harper Seven Beckham
Birthdate: 10.7.2011 
Time/Place Birth: 7.55 AM/Los Angeles
Parents: David Beckham (37) and Victoria (38)
Weight: 3.4kg




Setelah sekian lama menunggu berusaha untuk mendapatkan anak perempuan, akhirnya tercapai jugak impian mereka berdua selepas mempunyai 3 orang anak lelaki iaitu Brooklyn (12 tahun) , Romeo (8 tahun) dan Cruz (6 tahun).



Seperti ibu bapa yang lain, beberapa nama telah disenaraikan untuk diberikan kepada bayi perempuannya itu  malahan nama Justina Bieber jugak turut tersenarai. :)




Mereka telah bersepakat memilih nama Harper Seven Beckham dipilih hasil gabungan antara 'Harper ' adalah nama Inggeris Kuno yang disukai Victoria kerana berpendapat ia kedengaran amat menarik manakala 'Seven' simbolik dari jersi no.7 Beckham ketika bermain dengan Manchester United dan Harper lahir sekitar pukul 7 dan bulan 7.



Comelkan anak diorang? Kalau google jek nama harper tuu, banyak website bercerita pasal dia. Mentang-mentang la victoria dah ada collection fashion sendiri. Harper pun dah ada jugak fashion sendiri. Banyak jugak blogger update tentang fashion yang Harper pakai setiap kali di-paparazzi. :]

6/23/12

Minggu Sains Teknologi & ICT di Persada JB



Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor telah menganjurkan Minggu Sains, Teknologi dan ICT Johor (MISTI Johor) dan Karnival Sains dan Inovasi Zon Selatan pada 19-25 Jun 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.

Banyak aktiviti yang telah diadakan diantaranya Pertandingan Rekacipta, Pertandingan Jejak Sains Johor dan Pertandingan Mewarna, Seminar Falak, Pertandingan Robotik peringkat negeri dan banyak lagi aktiviti yang ada sepanjang karnival diadakan.


Tarikan utama dalam karnival ini adalah kehadiran angkasawan kedua negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed dan kereta lumba Formula 1 Petronas. Dr Faiz akan berada disana bagi menyampaikan seminar manakala kereta Formula 1 Petronas itu pula dipamerkan sepanjang seminggu karnival berlangsung.


Mari kita beramai-ramai berkunjung ke Minggu Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor. Boleh bawak anak-anak sekali, kenalkan dengan dunia sains dan teknologi yang semakin moden ni. Tak rugi korang pergi  ke karnival bersama family, kawan-kawan. Aku dah pergi dah hari ni, memang enjoy sangat-sangat. Lepas ni, insyaAllah nanti aku akan post gambar-gambar aku sepanjang melawat di sana. :)


6/22/12

Daniel Hyunoo Lachapelle


Annyong!


Comel tak budak nih? haha.
tersengih-sengih aku dibuatnya bila tengok gambar-gambar cute dia.
Jom kita kenal-kenal serba sedikit tentang Daniel.

Name: Daniel Hyunoo Lachapelle / Danny
Hangul name: 대니얼 현우 라샤펠 
Birthdate: 2006.07.02 
Profession: Korean Kid Model Known as "Baby Nickhun"
Parents: Father (American) and Mother (Korean)
Weight/Height: 14 kg /95cm




Daniel mula popular di Korea apabila dia telah muncul 2 kali di Star King dan mendapat gelaran 'ulzzang'. Klik sini kalau nak tahu lebih lanjut apa itu 'ulzzang'.




Kalau perempuan tengok gambar-gambar dia nih, confirm la masing-masing dah berangan nak anak comel macam Daniel ni. :)

'Baby Nickhun'
Ramai jugak gelar Daniel ni iras-iras dengan Nickhun disebabkan mata yang comel dan boolat tuuuu.





Dengan kecomelan yang dah sampai tahap gaban ni, dah tentu mata ni tak kelip-kelip tengok gambar-gambar dia.


 



Inilah mommy Daniel.

Kalau Google gambar dia, berpinar mata ni nak pilih yang mana satu sebab semua gambar dia memang comel-comel. :]

Tak sabar nak tengok dia bila dah besar nanti, confirm la director cari dia kaannn.


Okay, selamat malam semua!

6/20/12

Lim Heng Swee Illustrations

"The Pianist"


"Vision"


"Good News"
"Everyone Poops"

"Keep Everything Crossed For You"

"Hibearnation"
Beberapa ilustrasi dari Lim Heng Swee yang sangat kreatif dan kuat berimaginasi. Semua ini adalah sebahagian daripada "Doodle Everyday", boleh follow sini.

6/19/12

Info Tentang PTPTN

Assalamualaikum

Aku ada sedikit info mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menjadi buah propaganda beberapa bulan lepas, Jom kita baca info tentang PTPTN. :]

Sejak penubuhan PTPTN pada tahun 1997, PTPTN telah berjaya membantu ramai pelajar melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat pengajian tinggi. Dengan bantuan kewangan daripada kerajaan melalui PTPTN, segala masalah kewangan yang anda mungkin hadapi boleh diselesaikan dengan mudah sekali.

Apa yang anda perlu tahu tentang PTPTN? Antaranya adalah :



Pada tahun 2011 sahaja, PTPTN telah membantu seramai 227,209 mahasiswa dan mahasiswi melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi.



Apabila anda memohon pinjaman PTPTN, ia juga cukup untuk menampung sara hidup anda di IPT. Bermakna, anda tidak perlu lagi bimbang tentang yuran pengajian bayaran sewa dan sebagainya.



Untuk makluman semua, pinjaman PTPTN hanya mengenakan kadar upah sebanyak 1% sahaja.



Ini jelas terbukti bahawa dakwaan sesetengah pihak PTPTN hanay mampu mengutip 10% sahaja adalah tidak benar.

Kerajaan Malaysia juga memberi subsidi yuran pengajian kepada pelajar. Sebenarnya, yuran yang dibayar hanya 9.2% daripada jumlah keseluruhan. Selebihnya 90.8% dibiayai oleh kerajaan!



Pendidikan Percuna yang dikatakan di Finland adalah melalui kadar cukai pendapatan yang tinggi. Mereka terpaksa membayar cukai sehingga 53%.

Sebenarnya Turki tidak menawarkan pendidikan percuma sehingga tahap tertiari. Apa yang ditawarkan secara percuma di Turki hanyalah pendidikan sehingga gred 12. Oleh itu, sila guna peluang yang sedia ada ini untuk memastikan kejayaan anda terjamin.

Sekarang anda tidak perlu lagi bimbang tentang pembayaran yuran pengajian dan perbelanjaan hidup kerana PTPTN sentiasa sedia membantu dan berupaya untuk memastikan masa depan serta kejayaan anda terjamin. Sila kunjungi laman web rasmi PTPTN di http://www.ptptn.gov.my untuk keterangan yang lebih lanjut.

6/17/12

Panduan Solat Sunat Dhuha


 

Assalamualaikum

 Hari ni nak kongsi panduan cara solat dhuha. Semoga panduan ni bermanfaat untuk semua orang dan menjadi amalan seharian. InsyAllah :]

Cara Ringkas Solat Sunat Dhuha :

Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm sebelum waktu zohor,

 “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 

Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua
++ Baca Alfatihah
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
++ Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa
++ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
++ Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.
++ Bahasa melayu pun boleh, Doalah.
++ Nak mudah hafal doa? guna cara berlagu UNIC Doa Dhuha



“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Ingat!



Credit :FB

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum.

Sempena dengan hari bapa esok, jadi malam ni tiba-tiba ada mood pulak nak update blog ni. Padahal dah berkurun lama dah tak jenguk blog ni. Bukan saja-saja nak tinggalkan blog ni, sibuk dengan study. Almaklum la kan tahun akhir yang tak habis-habis lagi. InsyaAllah tahun ni habis la pengajian dip aku ni. Amin~


Baru 2 hari lepas, aku call parents aku. Bergosip-gosip kejap pasal adik beradik aku. Walaupun aku berada jauh dari rumah, tapi mak bapak aku tetap berupdate status dengan aku walaupun depa tak ada fb pun. Haha. Bergosip-gosip la katakan. Jadi, apa yang berlaku dalam rumah tu, aku mesti tahu jugak.

InsyAllah, esok nak call nak wish 'selamat hari bapa' dekat my abah. I love you so much abah!

Terima kasih ajarkan saya cara nak repair basikal walaupun dah banyak kali kena jotos kepala ni. haha :)


Terima kasih temankan saya tidur waktu kecik-kecik dulu masa mak kerja shift malam. :)


Terima kasih sanggup ulang alik temankan saya dekat wad masa saya sakit dulu.


Terima kasih sebab terpaksa habiskan duit sebab nak layan karenah anak-anak dia. :]


Terima kasih sebab tak jemu nak bagi nasihat dekat anak-anak dia.

Banyak lagi benda sebenarnya nak cakap terima kasih, Kalau nak listkan memang berjela-jela la post ni.

thank you for everything abah! You are my Hero!


Misai ala-ala A.Galak gitu.

p/s : Setiap hari adalah hari bapa untuk aku. :)

6/16/12

Perkongsian Bersama



Credit : FB

10 Bangunan Berbentuk Unik

Assalamualaikum.

Hari ni nak kongsi beberapa bangunan yang ada di setiap pelosok dunia. Terdapat 10 bangunan berbentuk unik. Gambar-gambar ni aku hanya search dalam internet jek. Setiap bangunan mempunyai reka bentuk yang pelik dan kadang-kadang tak masuk akal jugak. Aku memang salute dekat designer yang reka bentuk bangunan ni. Jom layan~

1. Ramot Polin Apartments (Jerusalem, Israel)


2. Hang Nga Guesthouse (Dalat, Vietnam)




3. Errante Guesthouse (Ciudad Abierta, Chile)




4. Le Cube Orange (Lyon,France)




5. Habitat 67 (Cuebec, Canada)



6. Dancing House (Prague, Czech Republic)



7. Aqua Skyscraper (Chicago, U.S.A)



8. Martin Luther Church (Hainburg, Austria)



9. Ray and Maria Stata Center (Cambridge, Massachusetts)




10. Edificio Mirador (Madrid, Spain)

























kaf ba ra kaf ta alif nun

monday blues kononnya ni, hahaha tengah hujan lebat sekarang, jadi aku rasa macam bosan duduk rumah ni ada baiknya aku tulis sesuatu dal...