Salam Maulidur Rasul

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيّدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سيّدنا مُحَمَّد
hye peeps ! alhamdulillah, pada pagi ini umat Islam akan menyambut Sambutan Ulangtahun Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Ada yang sibuk bersiap untuk menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul di tempat masing-masing.

Sekadar untuk renungan bersama, walaupun tiada tarikh yang tepat yang tercatat, namun mengikut pengkaji dan ulama, ianya jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah. Jika mengikut tahun Masehi pula ianya berlaku pada 12 april tahun 541. Jika dikira mengikut tahun itu, usia Rasulullah s.a.w sekarang ialah 1471 tahun.

Suatu hari , Nabi bertanya:"Siapakah hamba Allah yg mulia?"

Sahabat menjawab: "Para malaikat ya Rasulullah"

Sahabat: "Tentulah para Nabi , merekalah yg mulia"

Nabi tersenyum lalu berkata:"Ya , mereka mulia tp ada yg lebih mulia"

Para sahabat terdiam lalu berkata:"Adakah kami yg mulia itu ya Rasulullah?"

Nabi berkata:"Tentulah kalian mulia , kalian dekat denganku , kalian mmbantu perjuanganku , tetapi bukan kalian yg aku maksudkan..

Nabi menundukkan wajahnya , baginda menitiskan air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya , lalu baginda berkata...

"Wahai sahabatku , mereka adalah manusia-manusia yg lahir jauh setelah wafatnya aku , mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian.. mereka tidak pernah melihatku , mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian tetapi mereka sangat rindu kepadaku & saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SGT RINDU PADA MEREKA...MEREKALAH UMATKU! "
Rasa terharu sangat-sangat, begitu rindunya Rasulullah pada kita semua. Ingatlah, bukan hanya setiap 12 Rabiul Awal, setahun sekali sahaja kita mengingati Rasulullah.

Sudah cukup kah kita mengingati Rasulullah dengan sekadar berarak beramai-ramai setiap tahun. Bahkan sepanjang kehidupan kita hendaklah sentiasa mengamalkan sunnahnya, jangan mimpi untuk mendapat syafaat Rasulullah, andai apabila disebut nama Baginda berat untuk berselawat ke atasnya.

Salam Maulidur Rasul.

Comments

  1. "Allahumma Solli A'la Muhammad Waa'la Aali Muhammad"

    Salam Maulidurrasul buat semua

    ReplyDelete
  2. salam Maulidur Rasul buat semua :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer