Posts

Showing posts from February, 2012

Wordless Wednesday #11

Image
Location : Porto Alegre, Brazil

Goodies : Cute Items

Image
Hye peeps ! Di sini aku ada sedikit koleksi yang aku kumpulkan cute items, kebiasaannya aku gunakan koleksi ini untuk assignment - assignment aku. Kalau korang nak cantikkan blog rasanya boleh jugak guna cute items ni. Cute items ni semua dalam bentuk .png . Ambil la yek :) p/s : right click >> save image

Anak Siapa La Nih! :)

Image
hye peeps ! bangun pagi terus on facebook. Ternampak la dkt wall officialPage Wardina post tentang video adik adibaah ni. Yang aku tahu adik Adibaah berumur 17 tahun dan bersekolah Sekolah Al Amin Gombak. Sama-sama kita hayati apa yang adik Adibaah sampaikan. :) Anak siapa la ni kan ? untung dapat anak macam adik Adibaah ni, pandai berdakwah da. Speaking dia mengalahkan mat saleh betul. Kalau aku ambil MUET dengan sah-sah la aku kena condemn dengan adik adibaah ni. :) Confirm la dia dapat BEN 10. haha Untung mak bapak dia, sejuk perut ibu mengandung. kecik-kecik dah pandai berdakwah. alhamdulillah. Jom follow @Adibaah || spliffing.tumblr

Jom Report to Facebook!

Image
hye peeps ! sambil semalam aku blogwalking pergi blog ke blog. awat? blog awak tak kena blogwalking dgn cek ka? haa, bak mai link awk dekat shoutbox cek naa. :) Aku nak kongsi satu entry daripada dia. Aku dah minta izin tau. Ini ha cik empunya blog. Klik la header tu, kalau nak terjah blog dia. :) Disebabkan bosan dengan fesbuk, bedah godek godek lah page ni... page itu lah. Then suddenly bedah jumpa banyak gila page yang kita sebagai Islam patut REPORT. SEBAB APA KENA REPORT? Sebab all of the pages menghina Islam yakni menghina Allah SWT. Takkan kita yang mengaku ISLAM nak buat " ada aku kisahhhhhh??? " . Pandang je then cakap "not my business!" . Tentulah tak kan? hikhok~ Kat bawah ni bedah sediakan link-link yang kita patot report. http://www.facebook.com/pages/Anti-Islam-Alliance/104201582969970?sk=wall http://www.facebook.com/pages/Izlamic/101611036557200?sk=info http://www.facebook.com/pages/Islam-Awareness-Feeds-SIOTW

Aku Dah Nak Jadi Atok Da. :)

Image
Hye peeps ! Dalam beberapa minggu lepas, aku dan housemates yang lain baru perasan, rupa-rupanya kucing kesayangan kami dah dinodai! Oh tidak, punah harapan nak kahwin kan dengan kucing parsi. :) Nama kucing kami ni pelik sikit. 'sebelai' means sering dibelai. :) Kurang ajo betul si jantan tu, dah sedap buat tak nak tanggungjawab pulak. Kitorang tengok bila 'sebelai' masuk rumah, dah boboyot dah rupanya. Menyesal tak sudah! :) Balik rumah, mesti lapo! bila dh kenyang tido. itu la kerja dia sejak bunting ni. :] Disebalik geram tu, ada jugak rasa excited sebab tak sabar nak tunggu kelahiran pertama si 'sebelai' ni. Mesti comel-comel anaknya. Haha Rasanya belum cukup sebulan, tapi perut dia dah makin membesar. Makan pun makin berselera. Tuannya pun makan sikit jek :) Nak sambut cucu pertama kan, banyak kali dah aku search info tentang 'bunting dan kelahiran' ni. :) Rasanya pakcik dah bersedia da. haha *terserlah kebodohan disitu Macam nak beli cage la lep

Apa pendapat Korang ?

Image
hye peeps ! aku just nak pendapat jek. Tak tahulah kan korang pernah tak alami situasi yang aku alami sekarang ni. Kalau nak luah kan perasaan dekat sini pun boleh jugak. :) SANGGUP TINGGALKAN KAWAN DISEBABKAN AWEK YANG BARU KENAL 2 3 BULAN ? Sharing is caring! Right ? :]

Hadis Nabi #5

Image
ketahuilah! bahawasanya di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! itulah yang dikatakan hati Riwayat Bukhari dan Muslim

Geramnya tengok arnab ni

Image
Hye peeps ! baru hari ni nak buat new entry, tak ada idea sebenarnya. Tapi paksa diri jugak buat new entry. :) Petang tadi lepas aku gunting rambut yang panjang dah macam ala-ala Noh Hujan gitu. haha poyo jek~ saja nak jalan-jalan, pusing 1 segamat ni. Bosan duduk rumah, asyik ngadap laptop jek. Terdetik di hati nak pergi tengok pet shop. Saja nak tengok binatang-binatang, i suka haiwan sebenarnya. haha Dekat Segamat ni ada 2 pet shop jek, setahu aku la kan. So, 2 kedai tu terjah habis-habisan. Macam-macam binatang ada, tapi yang menarik perhatian aku adalah arnab. Alahai, comel-comel arnabnya. Kecik jek size nya. Rasa nak kemam jek arnab tu. haha Dulu aku obses nak bela sugar glider, hamster and now arnab pulak. :) Rasa nak bela jek tapi as student kan, memang masa tak cukup nak study. apa lagi kalau ada bela binatang ni. Memang tak akan ditatang bagai minyak yang penuh la. :) Boleh nak bela, tapi mungkin akan terabai sekali sekala. Aku dah berangan jauh da, mula-mula nak beli arnab s

Wordless Wednesday #10

Image

Laptop tu kena pandai jaga, kalau nak pakai lama :)

Image
Hye peeps ! Zaman sekarang ni, semua orang dh ada laptop. Main pakai jek tapi tak pandai nak jaga. Bahagian luar laptop memang la kita jaga, siap beli cleaning kit lagi. Itu la tanda sayang kita pada laptop. :) Sebelum nak cerita panjang, mari aku kenal beberapa komponen penting dalam laptop iaitu motherboard atau mainboard dan laptop fan. Motherboard atau biasa juga disebut mainboard merupakan sebuah papan utama dimana terdapat komponen-komponen serta chip controller yang bertugas mengatur lalu lintas data dalam sistem motherboard. Fungsi umum dari motherboard adalah tempat memasangkan processor, RAM, VGA Card, Sound Card, Internal Modem, dan lain-lain. Kipas angin diletakkan di dalam laptop seperti kipas angin untuk mendinginkan processor dan macam-macam lagi yang ada dalam laptop tu. Kipas angin tersebut berfungsi untuk menjaga suhu udara agar tidak melebihi suhu yang ditetapkan. Tapi ini true story dan 1 realiti yang harus di hadapi oleh pengguna-pengguna laptop. Sebab habuk yang

Apa itu CAMRip, TS, R5, DVDRip, BRRip ?

Image
Hye peeps ! zaman sekarang ni, kebanyakannya ramai yang dah jadi kaki download, tak kira la download apa pun tapi yang famous adalah download movie. Bagi first time yang meng-download mungkin tak tahu lagi nak pilih kualiti movie yang macam mana. Kalau waktu aku zaman muda-muda dulu, aku main download jek, lantak la bagus ke tidak dia punya kualiti. Janji dapat tengok. :) Sekarang ni aku nak kongsi bersama korang tentang jenis dan maksud benda alah tu senua bermula dari bawah atau yang tak best punya. :) 5. CAMRip CAMRip atau CAM adalah hasil daripada Cam-Quality, waktu zaman cetak rompak dulu, memang popular dengan kualiti movie macam ni sebab filem dari kualiti ni diambil menggunakan kamera video digital. Kadang-kadang, ada orang tengah berjalan dekat screen, ada bunyi penonton ketawa berdekah-dekah. Kualiti macam ni sangat tak best, sebab bunyi memang diambil terus dari mikrofon kamera dan kedudukan kamera tidak tetap, sebab tu ada certain movie, kepala boleh jadi senget bila tengok

Niat Kerana Allah

Image
Hye peeps ! sejak aku lahir di dunia, macam-macam jenis perangai yang aku jumpa. aku suka observe certain situation and make the conclusion. Korang mesti pernah buat macam tu. :) Salah satunya, aku rasa nak tampo jek orang yang ada perangai mahukan balasan lepas buat something atau tolong orang. Aigoo! orang macam tu pun ada ka ? mesti la ada bro. Bukan nak buat sesi mengumpat tapi just nak cerita yang boleh kita nilai sendiri sama ada baik atau buruk. Malas nak buka cerita sebenarnya. Buat sesuatu tu sebenarnya kena la ada niat baik. Contoh macam pe'ah tumpangkan jenab pergi ke kelas. Setiap hari macam tu ulang-alik. Suatu hari, jenab tumpang aton pergi kelas, tak jadi tumpang dengan pe'ah. Jenab punya baik hati, belanja aton makan aiskrim. Si aton ni pergi cerita dekat pe'ah. Apa lagi si Pe'ah ni dah kecik hati, bawak mulut cakap si Jenab ni tak kenang budi. Last-last, pe'ah tak bertegur sapa dengan jenab dan aton. motif ? Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulull

Contest: Iam Malaysian Cool Blogger By Khairina Hairuddin

Image
Hye peeps! hari ni tak ada idea nak tulis apa. So, aku nak join segmen baru dari Khairina Hairuddin. Jom la join ramai-ramai. Klik banner kalau nak join sekali Nak tahu apa hadiahnya ? ♥ First Winner: Top up and Handphone Case with Handphone Strap&Keychain ♥ Second Winner: Handphone case with keychain and Brooch flower ♥ Third Winner: Handphone strap with brooch flower due date : 25 January 2012 - 1 March 2012

You know pisang ?

Image
Hye peeps ! aku baru siap kan notes economic aku sebab sabtu ni ada test. Baru terhegeh-hegeh nak siapkan notes. akhirnya siap jugak. Alhamdulillah.:) Nak cerita sikit, baru hari ni aku tahu yang pisang. what pisang ? Alaa, its banana la. bukan banana in pajamas tu tau. Sambung balik, yang pisang tu ada lah diet yang terbaik untuk sarapan pagi. Tak percaya ka ? ahli farmasi di Jepun telah temui satu cara diet baru yang dikatakan dapat menurunkan berat badan dengan pantas dan tidak mendatangkan tekanan kini melanda Jepun dinamakan 'Diet Pisang Waktu Pagi', lapor akhbar Sydney Morning Herald. Kaedah itu berkemungkinan cara pemakanan paling mudah diikuti di dunia. Malah, populariti diet itu menyebabkan masalah kekurangan pisang paling teruk teruk dihadapi di negara Matahari Terbit. Kegilaan itu mencapai tahap baru bulan lalu apabila Sistem Penyiaran Tokyo menyiarkan program televisyen menunjukkan bekas penyanyi opera Jepun yang gemuk, Kumiko Mori, kehilangan tujuh k

Spontaneous Thursday #5

Image

Pulau Buatan Manusia

Image
Hye peeps ! alhamdulillah, hari ni sempat nak update new entry. Tengah hari tadi, aku lepak-lepak dekat bilik lecturer sambil selak magazine. Terbaca 1 artikel pasal pulau buatan manusia. So, dekat sini aku just nak share info dengan korang. Jom kita tengok satu persatu. The Pearl The Pearl yang terletak di Doha, Qatar adalah pulau buatan yang terbentang dengan keluasan empat juta persegi. Pulau yang terletak kira-kira 350 dari luar pesisir West Bay Lagoon mempunyai lebih 32 kilometer pinggir laut yang digunakan pembinaan kawasan kediaman. Dianggarkan terdapat sebanyak 15,000 kediaman pada 2010 yang dibangunkan United Development Company. Pulau Palma Palm Island atau Pulau Palma terletak di Dubai, United Arab Emirates (UAE) dibina oleh Nakheel Properties denga tenaga kerja dari Belgium dan Belanda. Ia sebuah pulau yang menempatkan pusat komersial, kediaman serta mempunyai pelbagai infrastruktur. Kehebatan teknologi dan pembinaannya telah dijadikan sebuah dokumentari untuk dipertonto