12/23/11

Nasihat Menghadapi Banjir



Persediaan Sebelum Banjir:

  • Elakkan membina bangunan di kawasan yang berisiko banjir;
  • Selenggara parit/ longkang/ saliran air supaya tidak tersumbat;
  • Simpan nombor-nombor perhubungan penting seperti nombor ahli keluarga, jiran, balai polis terdekat, bomba untuk kegunaan semasa kecemasan;
  • Peka kepada keadaan sekeliling, bunyi/ isyarat-isyarat amaran serta kenalpasti laluan tinggi dan selamat untuk ke pusat pemindahan;
  • Bersiap sedia untuk berpindah sekiranya diarahkan pihak berkuasa;
  • Dapatkan maklumat terkini cuaca dan situasi banjir melalui saluran radio, televisyen dan internet;
  • Simpan semua dokumen penting di dalam bekas/ beg/ fail di tempat yang tinggi dan mudah diambil sekiranya perlu berpindah ke pusat pemindahan;
  • Sediakan barang keperluan asas yang paling penting seperti susu anak, ubat-ubatan, lampu suluh, beg pakaian dan peralatan lain sebelum diarah berpindah;
  • Simpan barang berharga di tempat tinggi yang tidak ditenggelami air sekiranya berlaku banjir;
  • Simpan air bersih di dalam botol untuk kegunaan memasak dan sebagai air minuman;
  • Simpan/ ikat dengan ketat barang-barang yang diletakkan di luar rumah seperti perabut taman, basikal, tong sampah dan sebagainya untuk mengelak dihanyutkan banjir;
  • Pastikan kenderaan dan peralatan membaiki kenderaan anda berkeadaan baik sebagai persediaan berpindah;
  • Letakkan haiwan peliharaan di tempat selamat kerana haiwan tidak dbenarkan untuk dibawa ke pusat pemindahan atas sebab kebersihan dan kesihatan;
  • Dapatkan insuran banjir jika berkemampuan.


Apabila Berlaku Banjir:

  • Pastikan semua suis elektrik dan suis utama dimatikan untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik;
  • Ikuti arahan pihak berkuasa;
  • Segera berpindah (ke pusat pemindahan/ rumah saudara lain/ tempat tinggi) seperti yang diarahkan pihak berkuasa;
  • Pastikan rumah berkunci dan barang disimpan di tempat tinggi dan selamat sebelum melakukan pemindahan;
  • Kenalpasti individu yang mempunyai keperluan khas seperti berpenyakit kronik, kurang upaya, uzur, mengandung dan sebagainya untuk bantuan pemindahan;
  • Sentiasa berwaspada ketika memandu pada musim tengkujuh/ banjir dan gunakan laluan selamat yang telah dikenalpasti;
  • Jangan memandu mengharungi air banjir kerana dikhuatiri kenderaan akan dihanyutkan air deras;
  • Jika terperangkap dalam banjir, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan dengan melaporkan keadaan dan kedudukan anda;
  • Awasi kanak-kanak dan jangan biarkan mereka bermain di kawasan banjir atau di tepi sungai/ parit/ longkang/ saluran air yang deras; dan
  • Jangan keluar rumah dengan mengharungi air banjir kerana bimbang dihanyutkan air deras.


Selepas Banjir Reda:

  • Pastikan minum air yang telah dimasak dan elakkan dari meminum air yang telah tercemar;
  • Basuh tangan dengan sabun sebelum menyentuh makanan, semasa menyediakan makanan atau memegang barang-barang yang telah dicemari air banjir;
  • Jangan makan makanan yang telah dicemari air banjir;
  • Lupuskan makanan yang ditinggalkan di dalam bekas/ peti sejuk yang telah dicemari air banjir atau yang telah berbau dan bertukar warna;
  • Gunakan air bersih untuk membasuh bekas makanan, mandi, menyediakan makanan atau menyediakan susu bayi;
  • Jika terserempak dengan haiwan liar/ berbisa, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan;
  • Pastikan semua punca elektrik selamat dan tidak terdedah dengan sumber air sebelum menghidupkan suis utama untuk mengelak renjatan elektrik;
  • Jika bekalan elektrik masih belum disambungkan, gunakan lampu suluh untuk sumber cahaya; dan
  • Jika mengesyaki gas bocor, tutup sumber gas, buka semua tingkap dan pintu dan keluar dari rumah dengan segera.

Sumber dari portalbanjir

12/22/11

Air sungai dah melimpah daa!

Hye bloggers! Apa khabar hari ni? Sejak 2 3 hari ni, dekat Segamat air dah naik da..air sungai memang dah melimpah. Rumah yang dekat dengan sungai kebanyakkan nya dah tenggelam..sekarang baru paras betis, kalu hujan lagi lepas ni memang paras pinggang jawabnya.



Aku ada ambil beberapa gambar nak tunjuk dekat korang yang air dah mula naik. Tapi buat masa ni dekat kawasan rendah jek yang dh tenggelam. Jalan raya belum tenggelam lagi. So, tak payah risau lagi la sebab masih boleh jalan. Sempat lagi kalu nak lari keluar dari Segamat ni.

Minggu ni dah start mid sem break. Dalam 1 minggu bercuti, So, untuk langkah berjaga-jaga kitorang terpaksa mengemas 1 rumah ni. Macam cuti semester panjang pulak. Rumah ni dah kosong. Tak barang-barang pun yang tinggal. Budak-budak ni takut banjir naik pulak bila kitorang sedap bercuti nanti. Nak tak nak, kemas semua barang then tumpang dekat rumah member yang lain. Rumah member tu jenis 2 tingkat. So, barang-barang semua bersusun dekat dalam bilik member tu. Bayangkan barang 10 budak ada dalam 1 bilik. Tak bernafas dibuatnya.


Tong gas dengan dapur masak pun ada jugak minta tumpangkan dalam rumah member tu. Cuma ice box jek tak tumpangkan. Tak tahu lagi nak letak mana. Apa-apa pun, harap masa cuti ni. Tak la berlaku banjir. Susah la kitorang nk mengemas kesan banjir nanti dengan lumpurnya.

Berdoa la semoga Segamat ni dijauhkan dengan musibah banjir. Nak hujan-hujan jek la. Tapi jangan banjir. Air sila mengalir ke tempat lain dengan cepat ya! :)


Wang Kertas Malaysia Terbaru 2012


Bank Negara Malaysia akan memperkenalkan kembali wang kertas RM20 selepas 16 tahun dihentikan. Wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982 dan telah dihentikan pengeluarannya pada 1995.

Rekaan ini dikatakan lebih bercirikan keselamatan sambil memperlihatkan Malaysia didalam rekaan duit kertas tersebut.



Rekaannya menonjolkan sukan tradisional, hidupan liar, flora, hidupan laut, pertanian dan teknologi dan keajaiban alam semula jadi di Malaysia.


Ia merupakan sebahagian daripada siri wang kertas dan duit syiling terbaru yang bakal memasuki edarannya pada awal tahun depan.


12/19/11

Ramalan Cuaca Daerah Segamat


Pagi ni aku baru buka fb, tgk dah ramai post pasal ramalan cuaca. Memang hujan sentiasa. Walaupun x lebat tapi hujan renyai tetap berbahaya. Hopefully, daerah segamat tak dilanda banjir seperti sebelum ni. Aku nk pergi kelas! Hoho. Amin Ya rabbal alamin.


Nak tahu lebih lanjut, korang boleh tgk dkt sini

12/13/11

Jemput-jemput pun jadi la bai.

Hye u olls! apa khabar hari ini? Harap korang sihat walafiat. Hari ni aku rajin plak nak update blog, ntah la tiba2 jek padahal kerja lain berlambak nk kena siap kan cepat.

Hari ni kelas aku pukul 12-4, biasanya lambat la aku bangun tapi hari ni awal pulak aku bangun, members yang kelas pukul 8 pun belum bangun lagi.

Gosok gigi, online sekejap then keluar pergi kedai runcit. Tiba2 rasa nak memasak plak hari ni. Tengok dkt dapur ada la tepung gandum tinggal sikit. So, fikir la nak jemput-jemput. Korang tahu tak jemput-jemput tu macam mana bentuk dan rasanya??


Haa, jgn terkejut plak sbb ada jugak member aku tak kenal jemput-jemput tu apa benda. Punya la lama aku dok memikirkan nak beli apa lg dkt kedai td.

Aku beli la bawang, kentang 2 3 biji dengan daun sup. nak cari daun bawang sebenarnya tapi x ada pulak. Aku dapat idea nak letak daun bawang dalam jemput-jemput daripada tv show Family Outing. Dalam tv show tu macam-macam jenis masakan dia ad masak. Nampak sodap-sodap semua lauknya tapi yang aku sempat buat ni la jemput-jemput.

Sonang jek nak buatnya. Kalu orang bujang macam aku ni, aku potong halus-halus then campurkan dengan tepung tambah sikit air. then letak la sikit garam buat ada rasa sikit. Dah sebati, tunggu minyak dah betul-betul panas bru la goreng bancuhan tu. Aku suka buat ikut saiz sudu. nampak comel-comel.

Member aku ada tolong jugak. Yang tolong jek la dapat makan. Tak tolong tu, maaf la den tak dapat nk tolong.

Banyak la jugak jemput-jemput yang aku buat tu. Siap tapau bawak pergi kelas. Memang dasyhat! Kawan aku malu nak bawak. Aku selamba dek jek. Letak dlm beg, lepas habis kelas sambil jalan-jalan nak ke kelas lain. Sempatlah kunyah-kunyah.


Memang sedap. Isi dia penuh dengan kentang, bawang dengan daun sup. Bau pun wangi sebab ada daun sup..Makan dengan sos cili pulak tu. Fulamak mmmg sedap la.

Kalu korang rajin, buat la. Aku buat memang nak save duit. Lunch pun aku makan jemput-jemput. So, duit aku dah save sikit dekat situ.

12/11/11

Oh Gerhana Bulan!


Oh bulan,
Yang melayan diriku lagi..
lalalaalala

melayan lagu Yuna sekejap. Malam semalam telah berlaku fenomena yang jarang sekali berlaku iaitu gerhana bulan. Gerhana bulan terjadi apabila sebahagian atau keseluruhan bulan tertutup oleh bayangan bumi. Fenomena ini terjadi apabila bumi berada di antara matahari dan bulan pada satu garis lurus yang sama, sehingga sinar matahari tidak boleh dicapai bulan kerana terhalang oleh bumi


Alhamdulillah, aku sempat tengok gerhana bulan bersama dengan members selepas pergi makan malam smlm. Terkesima sekejap lepas tengok gerhana. Ini first time aku tengok gerhana bulan, mmg excited tengok gerhana. Harap lepas ni dapat lagi tengok gerhana bulan, memang besar kekuasaan Allah taala.

Korang kena lah tahu yang gerhana bukanla berlaku kerana kemurkaan Allah taala, tetapi merupakan kepada kebesaran kekuasaan Allah taala. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah pada hambanya kerana fenomena ini sangat besar ertinya sama ada dari segi penghayatan iman dan sains.

Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada zaman akhir ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga zaman Nabi S.A.W yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.




JPJ Test


Assalamualaikum

hye peeps! alhamdulillah, 6hb lepas aku dh lulus test memandu.Sepatutnya dah lama dpt lesen tu tp banyak kali tertangguh. Waktu tu memang nervous gila, asyik nk kencing tak habis2. Syukur la sebab semua test litar dengan jalan luar aku dapat buat dengan lancar. Muka pegawai JPJ tu jgn la kata. Mmg muka nk kena hempuk sebenarnya. Haha


Tapi memang bersyukur sangat sebab pegawai tu pun tak la cerewet sangat. Markah pun tinggi walaupun aku rasa byk silap yang aku buat. Mungkin dia pandang sebelah mata jek silap aku tu. Fuhhh! Dah happy da..lepas ni boleh la buat wishlist yang lain plak.


kaf ba ra kaf ta alif nun

monday blues kononnya ni, hahaha tengah hujan lebat sekarang, jadi aku rasa macam bosan duduk rumah ni ada baiknya aku tulis sesuatu dal...