Tokoh Maal Hijrah 1433H | 2011

Assalamualaikum

Ahad lepas telah berlangsungnya Majlis Sambutan Maal Hijrah 1433H di Puat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Anugerah Tokoh Maal Hijrah pada tahun ini mempunyai 2 kategori iaitu kategori Kebangsaan dan Antarabangsa.

Majlis penyampaian anugerah dan hadiah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan bagi hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKA), Prof Emeritus Dr Abdul Shukor Husin, 69, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1433H/2011 bagi kategori Kebangsaan.

Menteri Haji Arab Saudi, Dr Fuoad Abdul Salaam, 65, pula dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah bagi kategori Antarabangsa.



Selaku penerima anugerah, Abdul Shukor membawa pulang hadiah wang tunai RM110,000 iaitu RM100,000 sumbangan kerajaan dan RM10,000 lagi diberikan oleh Yayasan Ubaidi, pingat Tokoh Maal Hijrah, cenderahati serta sijil penghargaan bertulisan khat.

Comments

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer