8/20/11

Blog Review 2 JOM TEKA! #1


Ok hari ni aku nak sambung blog review,
lagi 3 blogger sahaja akan di-review

mari kita terjah blog teruna sorang nih

http://putrakakashi.blogspot.com/

seorang putra berasal daripada Langkawi

Nickname Awie

Dia nih wing-mate aku sebenarnya, so kitorang kenal antara satu sama lain. Haha

Blog dia simple but nice

Aku suka baca blog dia sebab dia guna ayat yang 'selamba'

aku suka ada logo UiTM di hatiku :)

Dia sayang sangat-sangat dengan classmate, banyak gila gambar tuh. Jealous i!

dia nih MPP. Haha kena jugak mention! :)

Jom singgah blog awie! Tak rugi korang

blogger seterusnya adalah


http://qweenzsixthlurve.blogspot.com/

Cik Dara Kampung berasal dari Pekan, Pahang

Header blog dia cantik

Hamster dia comel! :)

Perempuan memang sweet kalu dengan colour Pink

blog dia cantik, simple, ah! memang suka lah

mudah nak baca sebab font dia size besar

ayat-ayat dia pun simple, selamba dek jek

widget dia semua tersusun, suka jek tengok blog dia :P

Dara Kampung, Hanis Zalikha 1 kampus dengan saya tau :)

Jom follow Dara Kampung!

Lastly,

Jom singgah blog afiqaDayana

http://afiqadayana.blogspot.com/

Blog dia cantik, colour pink jugak tau!

simple, tersusun widgetnya, memang cantik la nak katakan

Follower dia dah ramai laa!

penggunaan bahasa yang simple jugak, tapi kecik plak size font dia

Icon dalam shoutbox dia sangat comel

Buka blog dia laju jek, tak tersekat pun

Ok selesai dah blog review JOM TEKA! #1. Insyallah aku akan buat lagi game JOM TEKA! tuh
Mungkin next week , tak confirm lagi

bye!

Thank you for reading this entry

8/19/11

Lailatul Qadar



Alhamdulillah, hari ni dah sampai 20 Ramadhan. dah nak sampai penghujung Ramadhan da pun.
Kebiasaanya 10 malam terakhir ni la ramai yang ternanti-nanti tak sabar nak jumpa dengan malam tuh. Korang tahu malam apa tuh?


Di dalam khutbah nabi S.A.W yang panjang, sewaktu menyambut bulan Ramadhan, diantaranya nabi S.A.W bersabda :
"Sesungguhnya telah sampai kepada kamu bulan mulia bulan mubarak bulan yang berkat yang padanya ada satu malam beribadat padanya lebih baik dari seribu bulan yakni malam Lailatulqadar, seribu bulan lebih kurang 83 tahun 4 bulan. Begitulah istimewanya malam Lailatulqadar".

Bulan Ramadhan ini mulia kerana antaranya ialah

1. Turunnya Al-Quran Al-Karim yang menjadi panduan dan pertunjuk di dalam kehidupan manusia; serta

2. Turunnya para malaikat pada suatu angkatan besar yang penuh bercahaya gilang ¨ gemilang yang disertai oleh Jibrail untuk memberi penghormatan kepada orang yang berpuasa ikhlas,
dan untuk menyaksikan amal ibadah mereka itu untuk membawa kesentosaan dan rahmat di kalangan penduduk bumi.


Timbul beberapa pendapat dari para ulama mengenai malam Lailatulqadar, antara pendapat mengenai kebesaran Lailatulqadar ialah malam-malam sepuluh yang akhir dalam bulan Ramadhan dan malam-malam yang ganjil, lebih-lebih lagi malam yang kedua puluh tujuh.

Sabda nabi S.A.W dari hadis riwayat Bukhari yang bermakna, "Carilah dengan segala daya upaya kamu malam Lailatulqadar di malam-malam ganjil dari sepuluh yang akhir dari bulan Ramadhan".

Di dalam riwayat yang lain pula sabda nabi S.A.W yang bermaksud : "Barangsiapa yang ingin mencari malam Lailatulqadar, maka hendaklah ia mencari pada malam dua puluh tujuh".


Dari kenyataan hadis yang telah disebutkan dapatlah kita membuat ketetapan bahawa Lailatulqadar adalah satu malam sahaja dalam setahun, ia terletak pada sepuluh akhir Ramadhan. Kita sangat dituntut beribadat kepadanya kerana ibadat pada malam itu mendapat pahala yang lebih banyak dari seribu bulan tanpa malam Lailatulqadar.


Para ulama menerangkan bahawa ada hikmah yang tersembunyi pada malam Lailatulqadar,
yakni ditentukan malamnya ialah supaya kita berusaha mencari dan meningkatkan ibadat di setiap malam di bulan Ramadhan. Memperbanyakan berdoa semoga memperolehinya, sebagaimana yang pernah dilakukan oleh ulama-ulama yang soleh.

Tanda-tanda malam Lailatulqadar yang diterangkan di dalam hadis ialah, terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk putih bersih, tidak mempunyai sinar yang kuat yakni lembut dan siangnya tidak terus kepanasan, pada hal matahari sangat cerah terang benderang, pada malam itu udaranya sangat nyaman, tidak panas dan tidak sejuk.

Walau bagaimanapun pahala ibadat pada malam Lailatulqadar akan berhasil juga walaupun tanda-tanda tidak dapat dilihat, kerana barang siapa beribadat pada malam di seluruh bulan Ramadhan atau di sepuluh yang akhir kerana iman dan ikhlas untuk memperolehi malam Lailatulqadar, maka mereka akan mendapat pahala malam Lailatulqadar itu.

Sesungguhnya Allah Subhanahua taala telah menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar maka carilah kehebatan dan kebesaran malam Lailatulqadar.

Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat serta Jibrail dengan izin Allah Subhanahua taala kerana ia membawa bermacam-macam perkara. Sejahteralah malam Lailatulqadar yang berkat itu hingga terbit fajar.

Thank you for reading this entry

Blog Review JOM TEKA!


Good Morning bloggers!
Ok, aku dah buat blog review pemenang JOM TEKA!
so, jom kita terjah
Cuba tengok  header dia.
Cantikkan? simple jek. 
Nama owner blog ni pun dah mention dekat header tuh,
 FATIN DIANA, berumur 18 TAHUN dan berasal BANDAR DAMANSARA
blog dia sangat-sangat la RINGAN, kejap jek loading dia
 SERONOK baca entry dia
Penggunaan bahasa yang mudah DIFAHAMI
 Setiap entry dia mesti ada GAMBAR,
font yang digunakan pun simple, MUDAH nak baca
cursor dia sangat COMEL
Follower dia pun dah RAMAI, WOoo
Dia CANTIK! Haha 

Tak rugi kalau korang follow FatinDiana, memang puas hati dengan dia punya blog!

Klik banner kalau nak blog dia. Ok



Blogger seterusnya adalah Fana,
Boleh klik banner untuk jenguk blog dia

Aku suka font Century Gothic, bulat-bulat jek font-nya
Widget Fana semua TERSUSUN, tak sakit mata pun tengok
Blog Fana pun RINGAN jugak, sekejap jek nak loading
Aku suka blog yang ada TUTORIAL, senang nak refer nanti
 Aku mat bunga, i like BUNGA. Haha
 Jom FOLLOW Cik Fana :)



Ini betul-betul, bukan main-main laaa~
Klik jek banner atas tuh kalau nak singgah blog dia

Ok, sekarang blogger yang ketiga

Nama dia AZIE AZMAN
Student UiTM, samalah dengan aku :)
Icon widget dia ter-sangatlah COMEL
Dah ada BF da, Hello mr.D!
 Rajin jugak UPDATE blog
Blog SIMPLE, tak sarat pun dengan widget
 SERONOK baca setiap entry dia
 Blog dia pun RINGAN jugak
 Setiap entry dia pun ada GAMBAR

*Ada lagi 3 blogger yang belum di-review, Insyallah entry seterusnya aku akan buat blog review untuk diorang
Thank you for reading this entry!


8/18/11

Jawapan JOM TEKA!



Hye uolls!
Apa macam dgn juadah berbuka puasa tadi? mesti sedap-sedap lauknya,

Ok lah, tengah hari tadi aku ada buat 'game' JOM TEKA!
first time aku buat benda tuh.
Saja-saja jek buat 'game' tuh.

Sambil ber-blogwalking tuh, boleh lah main teka-teka.
Tak susah mana pun gambarnya.

Aku dah ada pemenang untuk JOM TEKA! #1 ini,
ada 6 bloggers yang dapat jawab dengan betul.
Memang 6 orang jek yang jawab, maknanya semua jawapan betul lah.

Ini gambar yang kena teka

dan

ini adalah jawapannya


Ini adalah list pemenang JOM TEKA!

Fatin Diana

Fana

Azie Azman

AwieKashi

Dara Kampung

Afiqa Dayana


Nanti aku akan post kan blog review untuk semua pemenang.

Tahniah uolls!

Jom Teka! #1


Hye bloggers!
Ok hari ini aku saja-saja nak buat contest
tak macam contest pun sebenarnya
aku lebih suka mention game la, boleh kan?

Aku namakan game ini 


siapa-siapa pun boleh join.
Aku akan bagi satu gambar dan korang kena lah TEKA
Simple jek gambar dia, tak susah mana pun.

Kalau siapa yang dapat jawapan betul, 
aku akan REVIEW BLOG korang 

Tak ada syarat dan terma pun kalu nak join game ini, 
korang bagi jawapan dekat post ini besertakan LINK blog korang. 

Game ini berlangsung selama 5 jam SAHAJA. Pukul 7 nanti aku akan tutup game ini.
JomTeka Gambar ini.


GAME OVER
*TUTUP*

8/17/11

Salam Nuzul Quran




Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 ramadhan, Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. .Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW.

Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Al Quran diturun secara berperingkat-peringkat sejak 17 Ramadhan sehinggalah lengkap Al Quran.

Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
 
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
    ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), 
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
     Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, 
-Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
                                                                                    (al-‘alaq:1-5)


Thank you for reading this entry!

Wordless Wednesday #1







Thank you for reading this entry!

SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER


Nama Panggilan Blogger: SoL

Tarikh Mula Berblog: 18 Mac 2010

Rakan Blogger Terkini: 109

Target Tambah Rakan Blogger: tak kisah la berapa pun, lebih baik ada daripada tak ada :)

Click banner kalau nak join =)

Thank you for reading this entry!

8/16/11

Rilek Sebentar Mau Promote Blog Anda



Hye uollss! Ok hari nih aku nak join segmen dari RELAX SEBENTAR.
Jom ramai-ramai join segmen nih, tak rugi apa-apa pun.

Click jek banner dekat atas tuh kalu nak join.
Ok

Thank you for reading this entry!


Under Construction

Hye semua, just nak bagitahu buat sementara ini blog SoL under construction, banyak benda nak kena adjust balik. Korang boleh baca lagi blog nih. Cuma mungkin ada yang berterabur la sikit.
Apa-apa pun.


Thank you for reading this entry!



8/15/11

Kad Raya + Duit Raya Fairus Ibrahim





Apa khabar semua bloggers? aku dah lama tak join GA ini, so rasa macam nak join jek bila tengok GA seorang blogger cun nih. Rasa macam boleh menang jek. Haha. Sedapkan hati jek. Korang boleh join GA nih. Simple jek syarat dia. Guys boleh click dekat banner atas untuk maklumat lebih lanjut.

Ok, disini aku nak 3 orang yang bertuah

amarul
awie
LuNa



Thank you for reading this entry!






Menegur

"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain"



Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur.
Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan, di sekolah.

Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Maknanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

MEMBINA DAN MEROBOH
Teguran boleh dibahagi kepada 2 secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik.
Tetapi tidak kurang juga yang tidak langsung suka ditegur. Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut.
Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan didengari dengan berlapang dada. Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut. Manakala yang berjiwa kecil akan terasa dan terus terseksa hati.

ORANG YANG MENEGUR
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya.
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar atau menegur orang lain ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak. Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu dituju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

ORANG YANG DITEGUR
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut.
Kalau begitu, anda adalah orang yang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya. Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan manusia". Manusia memerlukan "cermin" bagi meneliti diri.
Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukut misai tanpa bercermin. Bukankah susah??




INGAT...
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.





Thank you for reading this entry!





8/11/11

Video Rakyat Malaysia Dipukul, Dirompak Semasa Rusuhan Di London


Seorang penuntut Malaysia cedera dibelasah dan disamun sekumpulan remaja dalam kejadian rusuhan yang berlaku di London dan beberapa bandar di Britain.
Dalam kejadian yang berlaku di Barking, Timur London itu, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 20, yang patah tulang rahang dan gigi terpaksa dimasukkan ke Hospital Royal London.

Difahamkan ketika kejadian, penuntut bidang perakaunan berasal dari Ampang itu keluar bersama rakan-rakannya untuk membeli juadah berbuka puasa.

Visual Asyraf yang duduk sambil mengusap mulutnya yang berdarah dan dikelilingi lebih 10 remaja itu dimuat naik ke laman perkongsian video, YouTube hari ini di bawah tajuk 'Heartless robbery in London riots!!!!



Video itu juga sempat merakamkan aksi seorang pemuda berkulit putih yang dengan selamba membuka beg galas Asyraf dan menyamunnya lalu berlalu tanpa sesiapa pun yang menegahnya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Kelab-Kelab UMNO United Kingdom, Dzuhair Hanafiah berkata, Asyraf kini menjalani pembedahan membetulkan tulang rahang.

Menurut Dzuhair, Barking adalah salah satu kawasan tegang dan panas dalam beberapa siri rusuhan serta kekacauan sejak tiga hari lalu di London.

Katanya, Jabatan Pelajar Malaysia (MSD) dan Kelab UMNO London kini berusaha memindahkan penuntut ke kawasan selamat.

Penuntut serta rakyat Malaysia yang terjejas dinasihatkan menghubungi MSD di UK atau Kelab UMNO UK di info@umnolondon.com atau talian +447435644040.

Credit to: Utusan



Thank you for reading this entry!


Ramadhan bulan bagi umat Nabi Muhammad

Nabi Muhammad ada menjelaskan

"Permulaan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya pengampunan

manakala akhir Ramadhan merupakan pelepasan
dari seksa neraka."


Betapa besar rahmat Allah diberikan kepada umat Nabi Muhammad saw. Meskipun berusia pendek namun ganjaran pahala yang diberikan seolah-olah menjadikan usia kita lebih panjang.


Thank you for reading this entry!


8/10/11

Amalan Baik Di Bulan Ramadhan

Bulan puasa adalah bulan penuh berkah dan maghfirah dari Allah SWT. Itu sesuai dengan janji-janji Allah dan RasulNya. Bahawa Allah akan melipat gandakan pahala yang dikerjakan oleh muslim yang melaksanakan ibadah puasa. Bagi ummat Islam sebaiknya mengisi bulan ramadhan dengan kegiatan-kegiatan yang bermanfaat agar puasanya penuh dengan hikmah dan manfaat. Jadi puasa kita tidak hanya menahan lapar dan dahaga. Tapi mengisinya dengan amalan-amalan yang baik. Di antara amalan yang baik untuk dilakukan pada bulan puasa dan hal-hal penting berkaitan dengan puasa adalah :

Membaca Al qur’an
Menurut suatu riwayat malaikat Jibril datang kepada Nabi Muhammad SAW untuk menyampaikan wahyu dari Allah dan membacanya di hadapan Nabi. Dalam Islam itu disebut tadarusulqur’an. Alqur’an itu membacanya berpahala. Apalagi dengan memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya. Apalagi di 10 hari terakhir maka Nabi Muhammad SAW akan semakin memperbanyak kegiatan penting seperti membaca Alqur’an.

Segera berbuka dan mengakhirkan waktu sahur
Islam tidak akan menyiksa ummatnya dengan perintah puasa menahan lapar dan dahaga Salah satu contohnya adalah sunnah bagi yang puasa untuk segera berbuka jika sudah sampai waktunya ( azan maghrib). Juga sunnah hukumnya untuk mengakhirkan waktu makan sahur. Dari segi kesehatan tentu hal ini sangat bermanfaat sekali. Di waktu sahur akhirkan waktunya sehingga siangnya tidak begitu perih kita menahan lapar.

Bangun di tengah Malam Untuk Solat Sunat
Dalam urusan ibadah kita wajib mencontohi Nabi Muhammad SAW. Salah satunya adalah jika bulan ramadhan Nabi selalu dan sering bangun malam terutama di 10 hari terakhir bulan ramadhan iaitu malam ke 21 hingga 30. Kenapa? Kerana waktu itu ada suatu malam yang sangat istimewa untuk umatnya yang berpuasa malam turunnya Lailatul Qodar hingga terbit fajar. Lailatul Qodar hanya diturunkan kepada Nabi Muhammad dan umatnya dan tidak diturunkan pada nabi dan ummat sebelum Nabi Muhammad.

I’tikaf Di Masjid
I’tikaf ertinya adalah diam/duduk di masjid untuk berzikir kepada Allah. Kegiatan Nabi pada malam 10 terakhir adalah I’tikaf di masjid dan membangunkan seluruh keluarganya untuk I’tikaf di masjid.
Mungkin masih banyak amalan yang lain seperti bersedekah kepada fakir miskin, membantu yang lemah yang lagi memerlukan bantuan kita, memakmurkan masjid dan lain-lain. Semua kegiatan dan amalan baik kita akan dipahalakan oleh Allah dengan pahala yang berlipat ganda. Marilah kita sama-sama beramal. Semoga ibadah puasa kita akan tahan dan kuat serta diterima oleh Allah SWT. Amin, Insyallah



Thank you for reading this entry!

8/9/11

Addict

Assalamualaikum.
Apa khabar semua! Rindu la dengan korang. Haha
Sorry la, aku dah lama tak update blog aku nih. Busy lah semenjak semester akhir nih.
Haha. Akhir la sangat kan!
Ok lah, belum terlambat rasanya aku nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini bermakna buat kita semua.
Dah 9 Ramadhan dah,  aku masih berpuasa di perantauan. Ceh! perantauan lah sangat.
Esok lusa nanti rajin-rajin la selak metro atau bharian nanti keluar muka aku nak buat salam perantauan. Hoho

Semenjak bulan Ramadhan ni bermula, aku rajin sangat bersahur. Haha
mesti korang pelik statement aku nih.
Korang biasanya sahur mesti ada makan-makan kan??
Aku tak pun, aku celik mata pukul 4. Terus buka laptop.
Haha.

Sekarang nih aku dah addict meng-download. Tak habis-habis meng-download jek kerjanya. Biasalah kan pukul 4 jarang ada budak online, so masa tuh la line laju-laju la sangat.

Dah banyak jugak la drama korea yang aku download. Belum tentu habis nak tengok semuanya tuh.

-City Hunter
-Baby Face Beauty
-Lied To Me
-I Need Romance
-HeartString
-Manny
-49 Days

Itu senarai drama yang aku dah download. Lepas nih tak tahu la nak download apa lagi. Buka 10 website, semua cerita aku dah download. Kalu korang ada apa-apa drama best. Boleh la bagitahu eh. Insyallah, nanti aku download. :)

8/8/11

Kesalahan Ketika Berpuasa

Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman seseorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadis yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah.
(al-Jami' as-Soghir; Faidhul Qadir, Al-Munawi,6/291)

Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat ingin meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadis riwayat al-Bukhari. Maka "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat", (Riwayat al-Bukhari)

Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu masalah yang ada dalam msyarakat tatkala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, terutamanya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh NAbi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka  beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.


Credit to MPP UiTMJ


kaf ba ra kaf ta alif nun

monday blues kononnya ni, hahaha tengah hujan lebat sekarang, jadi aku rasa macam bosan duduk rumah ni ada baiknya aku tulis sesuatu dal...