Group Project & Presentation.

Assalamualaikum.
Hai. Apa khabar semua? Alhamdulillah, minggu aku dh habis kan 2  test yang boleh dikatakan kan subject killer la bagi aku. Dh lega bila dah selesai jawab test tapi final jumpa lagi. Memang kena bertahan la kan utk mengadap subject tuh. Aku memang tak nak jumpa lagi En Aljebra dgn Pn Database nih utk sem depan, biar sem nih jek la aku jumpa diorang..Dalam masa ni jugak, aku baru dapat group project dengan presentation utk subject JAVA dengan MGT. Fuhhh! ingatkan dh berkurang la assignment aku nih. tapi indah khabar dari rupa. Ada lagi yang datang nak kena jugak buat semua benda tuh. Terpaksa la buat, tak kan la nak buat dek jek. Gila ko!! Itu semua masuk dalam carrymark tau. Penting benda alah tuh. Bawa 40%, besar tuh percent dia. Kalu nak harapkan time final jek baru nak perform. Alamatnya memang ko jumpa lagi la subject tuh. Aku dah tak nak jumpa lagi subject yang aku dah belajar nih. Rasa macam nak kerja la plak..Cari duit, then kahwin. Hahahaha. AnganAngan mat jenin plak aku nih. Duit pun x ad lagi nak harapkan PT jek. Memang tak lepas la nak bagi bini makan.
 Ok, dh lari topic plak nih. Project tuh masih dalam perbincangan utk fikir kan apa nak buat dengan coding yang panjang berjela tuh. MacamMacam la nak kepala otak memikirkan nya. Ad yang nak buat cupcake la, rumah sewa la. Apa benda ntah lagi. Aku fikir nak buat restorant jek. Itu pun kalu boleh nak ringkasringkas tapi padat dengan apa yang lecturer nak. Macam tu la baru gempak!! Cehh, cakap jek boleh lah. Buat belum tentu lagi. Hahaha. Insyallah, mesti senang punya nak buat benda tuh. Presentation aku kena buat tajuk LEADERSHIP. Straight jugak presentation untuk kali nih. Kena prepare betulbetul sebab sebagai contoh, kalu tiba masa untuk kita present. Adalah mamat dengan minah nih tak datang. So, group yang persent tuh akan kena tolak markah. Ishhh, memang tension jugak. Memang kena plan ramairamai supaya jangan ponteng masa presentation. First time aku dapat lecturer straight macam nih. Sebelum nih biasa jek, selamba jek buat presentation pakai selipar jepun. Alahai. masa tuh baru masuk u. Tak pandai lagi bab bab nak ikut sahsiah rupa diri nih. Tapi sekarang nak lain la perangai nya. Bagus la macam tu kan, ada perubahan la nampak disitu. Janganlah dari first time masuk sampai lah graduate, macam tuh la tak berubah, masih ditakuk lama. Apaapa pun, semoga aku dapat menyelesaikan semua assignment dan project ini dengan jaya dan dapat la full mark utk semua kerja aku. Amin. Ok lah, jumpa lagi kawankawan. ByeBye

Comments

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer