4/29/11

Yay Merdeka!

Assalamualaikum

Hoho. Hye semua! 
Hari ini aku dah merdeka. Yay, merdeka sebab apa?
Aku dah habis exam dah. Happy gila!
Bukan main seronok lagi bila dah keluar dewan peperiksaan.
Alhamdulillah, semua sudah selesai.
Haha. Lepas nih, boleh lepak puas-puas. 
Makan puas-puas. 
Tidur puas-puas.
Haha.
Semua nak puas. :)

Cuti 2 minggu nih akan kumanfaat kan dengan kerja berfaedah.
Haha. Poyo gila mamat nih! :P

Apa-apa pun, selamat bercuti kepada semua kawan-kawan, 
jumpa lagi semester hadapan
dan 
kepada yang dah habis semester tuh.
Selamat berkonvo! :)




4/28/11

Tutorial : Paparkan link Blog

Assalamualaikum

Hye semua, asyik gedik girls jek kan! Haha

Tadi aku ada blogger yang baru follow blog aku nih. Terima kasih diucapkan.

Ingat nak follow balik lah kan.
Tapi tak dapat plak detect mana blog dia sebab tak ada link.

Sesetengah blogger yang mungkin tak perasan atau tak tahu langsung mana mana supaya link blog boleh dipaparkan.

SoL ada cara macam mana blogger lain boleh jenguk blog korang balik.

Cuba tengok gambar dekat bawah nih ha.

Tak ada link

Ada link

Mohon Maaf kepada blogger yang terpilih. :)

So, dekat sini aku ada cara nak paparkan link blog korang.

Senang jek. Ada 3 step jek.


Edit Profile >>  Select Blogs to display >> Save Setting.

Selamat mencuba. :)

Dapat award Cik Atika Aula

Assalamulaikum

Hye gedik girls! Haha
Dah lama aku tak update entry. Almaklum la, sekarang minggu exam. So, jarang lah online.

Aku ada dapat award dari Cik Atika Aula. Memang cantik awardnya, Award untuk semua follower dia.
Terima kasih bagi SoL award dan SoL appreciate sangat-sangat. 

Ini dia award yang diberi oleh Cik Atika Aula. 



 Siapa yang tak follow dia tuh. Cepat-cepat jadi follower dia.
Nanti dapat award pinly dinky nih.

Terima kasih Cik Atika Aula :)

4/25/11

Contest : Gambar Desktop Lappy !

Assalamualaikum
Hye semua. Hari ini aku ada masuk contest yang lain daripada lain.
Ini dia  cik Arcma Baharin yang first time buat contest.

Korang boleh klik banner atas nih untuk terus ke blog cik Arcma Baharin.
Cik Arcma pun ada jugak tunjuk kan sekali dia punya gambar desktop dia.
Memang cantik dengan gambar Lee Min Ho.


LMH tuh sebenarnya abang aku tau. Keep secret ok! Haha



Ini lah gambar desktop aku yang pakai sekarang.

Aku suka dengan gambar nih sebab colourful.
Ada flora sikit dengan bentuk curly.
Kalau korang perasan dekat bawah tuh ada fairy warna biru.

Jom kita ramai-ramai join contest nih. Tak rugi pun kalu join.
Kalu nak tahu syarat-syarat dia, boleh klik sini

Dekat sini aku ada tag 2 blogger.
Join tau.

Gadis Kampung Separa Bandar

Aku dan Photography

4/24/11

Perhatian. Wajib tengok.

Assalamualaikum

Haha. Mesti tak sabar-sabar nak baca bila tajuk entry macam tuh.
Ok lah sebenarnya aku dah lama nak buat benda nih. Dah lama sangat idam-idamkan. Haha
Akhirnya dapat jugak buat dengan seikhlas hati. *Kalu ikhlas mana boleh bagitahu. Ishh Ishh
Aku nak bagi korang special award daripada aku untuk semua follower yang berada diatas, bawah, kiri, kanan. Semua la kiranya.
Ini dia award yang dinanti selama ini.

tadaa


Terima la award yang tak seberapa nih daripada SoL.
Terima kasih kepada semua follower blog busuk SoL. Korang memang best blogger ever, ever and ever. Haha

Malu kucing, malu tenuk tuh semua buang...
Ambil jek. Aku ikhlas nak bagi korang.

Terima kasih semua :)


Apa itu plagiarism?

Assalamualaikum

hye gedik girls dan abg macho.
Semester ini kampus aku ada menjalankan program jauhi plagiarism. So, aku nak share lah jugak dengan korang.

credit to Google


Korang tahu tak apa tuh plagiarism?
Meh sini aku nak cerita, plagiarism atau dalam bahasa ibunda kita ada lah plagiat.

Plagiat nih adalah merujuk kepada perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan atau ciptaan orang lain dan mendakwa dengan bangganya yang itu adalah hasil ciptaan sendiri.

Contoh senang la, Korang mungkin tak perasan atau tak tahu mungkin ada idea penulisan korang yang telah diplagiat. Mesti sakit hati kalu hasil kerja kita, penat-penat perah otak nak memikirkan. Tiba-tiba ada plak orang lain ambil jadikan kan hasil penulisan diorang plak. Sedap-sedap dia jek COPY and PASTE jek.

Mungkin sesetengah orang tak kisah yang hasil penulisan dia ditiru, tapi macam mana kalau ada yang ambil kisah?

Ada cara sebenarnya kalau nak ambil idea orang nih Setiap idea tuh kena tulis sekali references, bagitahu siapa yang buat, sebagai contoh didalam dunia blog. Sesiapa yang ada terambil idea orang lain. Korang kena lah BACKLINK tuan punya idea. Macam gambar atas tuh, tunjuk kan dari mana korang dapat gambar tuh. Baru ada adab sopan disitu ya. Ini tidak sedap-sedap dia ambil. Terus famous blog dia. Haha

Student IPT jugak memang tak boleh berpisah dengan plagiat nih. Tak semua yang buat, tapi ada jugak la yang buat kan. Semua assignment memerlukan research. So, dari situ la berlaku nya plagiat nih sebab ada certain student dia malas nak olah, tukar ayat sendiri. Main copy and paste jek.

Apa-apa pun, cuba elakkan dari melakukan plagiat. JANGAN ambil idea, penulisan orang lain.
BUKTIKAN yang kita juga ada idea sendiri yang lebih baik dari orang lain.



4/23/11

Ada yang volunteer tak?.

Assalamualaikum
Hye kawan-kawan.
Alhamdulillah, sekarang aku masih dalam mood exam.
Perasaan pun bercampur aduk, 
stress
nak sepak orang
nak tendang orang
semua ada, cuma tak dapat nak buat sebab tak yang volunteer nak diperlakukan sebegitu. 
Ada yang volunteer ke dekat sini? Haha
Pagi tadi aku baru habis kan 1 paper
Memang mencabar jiwa bila nak menjawabnya.
Otak pun dah habis perah dah pun, keluar output sikit jek.
Alahai, mana tak stress sebab bersungguh baca slaid dan note
tapi
soalan yang keluar merepek meraban. 
Terpaksa jawab jugak, tak kan la nak tinggalkan 0 plak..
Nak suruh penanda jawabkan ke? :)

Masa diberi 3 jam untuk menjawab tapi ada juga beberapa makhluk Allah yang dah keluar lepas 1 jam 1/2 menjawab.
Memang psycho dekat situ, aku tengok muka masing-masing dah gelabah sebab ada budak dah keluar awal.
Korang tak yah la nak gabra sangat. Relax sudah!
Keluar awal tuh ada banyak maksud, 
tak semestinya dia dapat jawab
ntah-ntah
tak dapat jawab, sebab tuh keluar awal.
Apa-apa pun, tak yah nak risau kalu mamat tuh keluar awal.
Diorang yang rugi, yang kita nih buat la sehabis baik.

Lepas nih ada 4 paper lagi menanti aku,
harap dapat jawab dengan tenang
dimurahkan dengan idea yang bernas untuk menjawab
Amin..

Jom Join Give Away Aimi !

Assalamualaikum


Siapa nak hadiah, angkat tangan macam saya! (lagak macam usop wilcha plak). Haha
Ok lah, Cik Aimi ad Give Away special untuk semua blogger. 
Join la cepat. Klik jek banner dekat atas nih.
Kalu nak menang, mesti ada syarat dia.

  • Letak entry tajuk : Jom Join Give Away Aimi ! 
  • Letak banner di atas dalam entry.
  • Letak dekat side bar jugak.. kalo takde , kira terbatal dgn sendiri!
  • Follow blog Cik Aimi sebab senang korg nak tgk update , tp taknk follow , tak kisah
  • Tag 2 rakan blogger.
    Last one : letak link url entry korg dekat komen.
  • Tarikh tutup 30 APRIL 2011

Aku ada tag 2 pasangan blogger yang hot


4/22/11

Follower Top 50

Assalamualaikum

Yay! Hari ini follower aku sudah bertambah. 
Terima kasih banyak-banyak sebab sudi follow blog SoL.
Tahniah kepada follower top 50. 

Insyallah, aku akan selalu jenguk blog korang.

Keep in touch ok! :)


Contest Blog Saya Smart

Assalamualaikum


Jom masuk contest yang dianjurkan oleh Cik Qistina yang comel nih. Haha. bodek nampak!
Simple jek syarat nya. Nak tahu tak apa syarat dia?
Korang tengok la sendiri nih.

Syarat

1. Wajib follow blog Cik Qistina..
2. Terbuka kpd semua blogger...

3. Buat satu entry mengenai contest nie dan tag kpd 4 blogger lain..

4. Lastly, tinggalkan link korang dkt comment box bwh entry cik Qistina.


Info :

Tempat pertama: RM 150

Tempat kedua: RM 100


Tarikh tutup

20 Mei 2011.


Join la ramai-ramai. Tak rugi pun contest nih. Dapat duit plak tuh. Haha
Ok dekat sini aku ada tag kawan-kawan aku yang ad potensi untuk menang bersama dengan aku. :)




4/21/11

Lepak.

Assalamualaikum
Hye gedik girls!
Aku nak cerita kedai kopi sikit dekat korang. Sebelum aku date dengan final exam sekarang nih. Hari tuh aku balik kampung dengan member aku. Member aku nih selalu ikut aku balik kampung sebab dia dah macam sebahagian family aku jugak. Sampai jek dekat Muar, rehat-rehat kejap dekat rumah. Malam tuh terus lepak dekat bandar. Jalan-jalan pusing satu bandar lepas tuh pergi Tanjung Emas, ingat malam tak ramai orang. rupa-rupanya ramai jugak yang datang especially family yang bawa anak jalan-jalan.

Tak stylo pun. Haha :)

ramai yang lepak, main layang-layang pun ada jugak
 Lepas lepak dekat Tanjung. Kitorang lepak dekat Laman Maharani plak. Dekat situ sunyi sikit. So, ramai jugak la pasangan kekasih lepak dekat situ. Laman Maharani nih dekat dengan Jambatan Sultan Ismail.
Dah terlanjur dekat dengan simpang tuh. Kitoang cuba-cuba la nak buat light trail. Nasib baik Amar nih terror dalam photography nih. Untung la kan! Haha. Tengok la hasil kerja kami berdua. Hoho

Dekat Jambatan Sultan Ismail.

1

2

3

4

5

6

7. Cantik tak background nya. :)

8

9
 Lepas dah penat, berpeluh amik gambar light trail tuh. Perut plak dah rasa sakit dan lapar bila kena angin malam. So, Kitorang lepak lagi dan lepak lagi dekat KFC plak. Banyak jugak la makan sebab ada orang sponsor. Haha. Chicken Chop sangat sedap dengan mushroom soup dia. Sungguh lazat! :)
Ini jek gambar yang sesuai untuk semua peringkat umur sebab gambar lain ada kelucahan yang sangat ketara. Haha.

Gedik jek. Sepak kang baru tahu :)



Mr Amar. Terima kasih sebab sudi lepak sama-sama. :)
*Sorry sebab gambar kurang memuaskan.

4/20/11

RM50 juta untuk emel 1 Malaysia.

Assalamualaikum
Ok lah straight to the point. Hari nih aku ada baca kosmo tentang emel 1 Malaysia. 
Kerajaan Malaysia akan membangunkan emel 1 Malaysia..Agenda apa la plak PM nak buat kali nih.

PUTRAJAYA - Kerajaan akan menyediakan e-mel percuma di bawah konsep 1Malaysia (1MY) kepada setiap rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas bagi melancarkan komunikasi secara langsung antara warga Malaysia dan kerajaan.
Perkhidmatan itu bermakna hampir 18 juta daripada 27.5 juta penduduk Malaysia akan menjadi pemilik akaun peribadi e-mel 1MY.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif itu juga diharap meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pelanggan dan komuniti perniagaan.
"Ia sebahagian daripada penyediaan pusat sehenti untuk perkhidmatan kerajaan, perkhidmatan tambah nilai seperti rangkaian sosial, memeriksa bil secara online dan juga bayaran, serta pembangunan web bagi rakyat dan syarikat,'' kata beliau semasa mengumumkan projek pelaburan terkini di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam.
*Kosmo! Online.

Untuk apa dia buat emel nih. Rasa macam tak munasabah sebab sekarang nih semua benda free. Emel free dah berlambak-lambak dekat internet nih ha. Emel free pun tak terpakai ini kan emel 1MY. Alahai! Membazir duit plak Kerajaan nih. Rm 50 juta bukan kecil jumlah nya. Lebih buat WiFi dekat semua kawasan. Kan lagi berfaedah. Nenek aku pun boleh berfacebook. Haha

Kalau la dapat emel 1MY tapi nak guna internet kena bayar jugak. Lebih tak payah buat. Apa lah. Cuba buat benda mula daripada bawah. Nak melancarkan komunikasi warga Malaysia dengan Kerajaan? Nanti dah terlampau banyak report/ aduan. Dah susah la plak nanti Kerajaan nak settle kan semua problem tuh.

Tolong la jangan membazirkan duit Rakyat. Kalau PM dengan isteri nak buat amal jariah, buat la emel tuh pakai duit sendiri. Kami tak marah kalu PM pakai duit sendiri. RM50 juta lebih baik salurkan kepada semua kementerian. Lebih baik tambahkan bilangan komputer dekat semua sekolah.. 1 komputer untuk 2 orang. Rasanya dah tak relevan lagi. Kalu dekat rumah macam tuh. Dah lama bertumbuk nak berebutkan komputer.

Tak payah la nak membazirkan duit rakyat. Mungkin RM50 juta tuh tak banyak bagi yang berpangkat tinggi dan orang-orang politik atasan. Tapi bagi kami, rakyat bawah, rakyat miskin sangat besar nilai RM50 juta tuh.

Hidup la dengan propaganda

"Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"


4/19/11

Mari fikir sejenak.

Assalamualaikum. 
Hari nih masih dalam mood study, bosan jugak kalu mengadap buku jek. So, rehat kejap bersama belog busuk saya nih. Dah macam bantal busuk plak. :) Dapat blog jadi lah walaupun tak dapat kitkat. Haha
Sambil baca management tiba-tiba ingat pasal mati plak. tak salah pun kalu kita ingat mati nih. Memang tak dinafikan, kalu kita ingat mati, semua benda kita akan buat dengan betul.

Contoh yang memang dekat dengan kita, macam pengalaman aku semasa on the way balik ke segar-amat. Terpaksa la duduk seat belakang sekali. Masa tuh aku dengan member aku. Kitorang tido la dalam perjalanan tuh.
Sampai dekat tangkak, ada la pasangan kekasih yang naik duduk dekat sebaris aku. Dua-dua budak sekolah, dah boleh kenal rupa budak sekolah walaupun tak pakai baju sekolah.Perempuan tuh ayu jek dengan pakai baju kurung, lelaki tuh simple jek. Sepanjang perjalanan ke segamat tuh, aduyai. bukan main gedik mengada si polan nih. Berpegangan tangan lagi.

Kawan aku dah menjeling dekat aku. Aku tengok jek dari jauh. Dalam hati, memang sakit mata memandang. Nak tegur, tapi takut cari pasal plak nanti. So, aku terpaksa la tegur dalam hati jek.
Makin lama, makin menjadi-jadi aksi panas diorang tuh. Memang panas jek hati. Rasa nak menjerit jek Asstaghfirullah al aziiiim...tapi terkunci plak mulut nih. Sedap-sedap tengah main tangan si polan tuh. Si minah nih ternampak lah aku tengok aksi diorang. Si minah tuh terus sorok kan tangan dia. Tak tahu la apa benda dia bisik dengan jantan dia. Lepas tuh, polan dan minah tuh terus tido dalam perjalanan ke segar-amat. Tak la dia buat-buat tido ke. 

Lantak la diorang, janji dah tak buat maksiat depan mata aku. Aku bukan nak mengaib kan ke apa ke. Tapi kadang-kadang kita selalu nampak maksiat dekat mana-mana pun ada. Tapi kita ada rasa nak mencegah tak?

Rasulullah s.a.w telah bersabda di dalam sebuah hadis;
"Barangsiapa di antara kamu melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, jikalau tidak berkuasa hendaklah mencegah dengan lisannya, jikalau tidak berkuasa jugak, hendaklah mencegah dengan hatinya (membenci kemungkaran), dan ini adalah selemah-lemah iman."

 Berdasarkan hadis diatas dapatlah disimpulkan bahawa sesuatu kemungkaran dan kemaksiatan itu boleh ditegah melalui tiga cara iaitu:
Pertama: Mencegah dengan tangan, iaitu dengan kekuatan atau kekuasaan
Kedua: Mencegah dengan lidah, iaitu dengan teguran atau nasihat
Ketiga: Mencegah dengan hati, iaitu hati kita merasa benci dan tidak redha dengan maksiat tersebut.

Cuba bayang kan, kalu la dalam perjalanan tuh. tengah sedap-sedap buat maksiat, tiba-tiba memang dah ditetapkan Allah yang ajal kau mati dalam perjalanan ke segar-amat tuh. Alhamdulillah, kalu starting niat ko sebelum naik bus adalah niat baik.

Kalu niat baik, tapi dalam bas buat maksiat. Agak-agak dosa maksiat tuh tertinggal dalam bus ke atau dibawa sekali. Mesti la dibawa sekali, dah tercatit pun dalam buku amalan kita. Tak takut ke? Tengok jek lah dekat youtube, banyak jugak yang mati ketika berzina. Eleh, itu zina. aku tak buat pun zina tuh.

Memang tak buat. Tapi sebelum masuk ke lembah penzinaan tuh, agak-agak buat apa dulu? Pegang sana, pegang sini. Macam-macam la kan. Aku bukan nak kutuk atau nak memburukan siapa-siapa tapi kita kena ingat semua tuh.

Semua benda yang kita buat akan dicatit oleh Malaikat Rokib dan Malaikat Atid. Allah memerhatikan gerak geri kita semua.
Islam ini indah, kita niat baik dah dapat pahala dah. belum buat lagi tuh! Sebaliknya untuk niat jahat plak belum dapat dosa lagi. Bila dah buat baru dapat dosa.

Aku tulis ini pun untuk peringatan diri sendiri. Mesti ada yang cakap. Eleh, macam dia tak pernah buat plak! Memang aku tak pernah buat dengan awek aku. Sebab aku memang tak ada awek.Haha
 Syukur la tak terbuka lagi hati nih nak bercouple ke apa benda lagi. Kalu aku dah bercouple, aku tak cakap benda nih..

Maaf la kalu tersinggung dengan cerita aku nih. Harap kita fikir la sejenak. Kita nak mati dalam keadaan macam mana? Nak mati dalam sujud ke. Mati tengah buat maksiat ke. Mati tengah baca Quran ke. Mati tengah berjihad atau mati tengah merempit.

Kita hanya merancang tapi Allah yang menentu kan semuanya. Insyallah.
Renung-renungkan. Selamat beramal. :)

4/18/11

Peperiksaan Akhir.

Assalamualaikum.

Hye kawankawan. Apa khabar semua? Harap sihat walafiat ya. Sekarang aku dlm mood study week! Haha. Mengadap buku jek la sekarang nih.

Peperiksaan akhir dah datang da, bukan dekat lagi. Lagi 2 hari jek exam bermula..Nama jek study week tapi bukan seminggu pun. 4 hari jek dapat untuk preparation for final exam. Memang merungut la kan, sabar jek lah jalan penyelesaian nya. 

Kadang-kadang rasa FINAL nih macam TEST jek. Sebab apa? Memang tak sempat la nak menelaah kan. Ceh! guna perkataan menelaah. mcm pelik kan. Haha

Esok final, malam nih baru nak study. Apa kejadahnya. Kalu 2 4 chapter boleh la. Ini tidak, 10 chapter menanti, naik lebam mata nih bacanya. Sabar jek la kan. Memang lumrah kehidupan student kan. Biar susah-susah dulu, baru senang kemudian.

Tengok jadual final pun, memang mencabar jugak la sebab kebanyakannya tak ada gap. Korang tengok sendiri la eh. :|


Semoga berjaya kepada semua kawan-kawan tak kira la dekat u, poli ke. Memang sekarang nih final exam serentak. All the best. :)

4/14/11

Aku kena ambil kemahiran insaniah ke?

Assalamualaikum.
Hye, Kawankawan. Dah lama jugak aku tak update blog nih ha. Haha
Ok lah, nak kongsi cerita la kan. Dalam minggu lepas, aku dapat mesej bgtahu
malam ini ada perjumpaa dengan penasihat akademik (PA)
Aku pun pergi la dengan Hatta, Sampai dekat sana, masing-masing segan sebab tak kenal pun.
Ramai part 2, part 4 yang datang pun. Alahai, dalam 3 .4 orang jek. Ok lah, no hal la benda tuh.
Ingat kan PA nak marah-marah la kitorang sebab tak selalu datang ke bilik dia, bual-bual dengan dia. 
Tapi tak marah pun. Just bagitahu yang terima kasih datang pada malam nih. Malam nih kita akan buat aktiviti 
untuk markah kemahiran insaniah kamu semua. 
What The Fish!! Bila masa plak aku kena ambil markah Ki nih? Aku dengan budak Part 4 lain dah tercengang. Masing-masing tersengih, angkat bahu. Apsal Ki nih plak? Nak tak nak terpaksa la join kan.
Kemahiran yang dimaksudkan itu meliputi komunikasi, pemikiran kritis, kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, keusahawanan, etika dan moral profesional serta kemahiran kepemimpinan. 
Kitorang dibahagi kan kepada 4 group. Setiap group ad topik yang kena dibincangkan dan mesti ad logo, trademark serta moto.
Group 1 : Sekiranya aku kaya...
Group 2 : Sekiranya aku miskin...
Group 3 : Sekiranya aku alim ulama...
Group 4 : Sekiranya aku pemimpin.....

Memang enjoy la activity tuh walaupun starting semua malu-malu kucing.
Dekat sini aku ad la ambil sikit gambar budak-budak present tentang topik masing-masing.
Akhirnya, ad jugak markah kemahiran insaniah aku. 'Yay'. Haha :)
Group 4

Baju biru tuh la PA aku.

Group 3

Semua enjoy. Haha

Group 2

Ini Group aku     

4/9/11

Nak pergi Perancis.

Assalamualaikum.
Bonjour les amis? Hahaha. Tiba-tiba nak speaking bahasa perancis plak. Bukan apa, nak practice la sebab semalam aku dapat berita dari bestfriend aku dekat facebook, nickname dia mimie. Dia bagitu la yang 18april nih dia dah fly ke Perancis. Terkejut jugak la kan. 

Tak sangka jugak sebab ad jugak kawan aku yang study oversea. Memang seronok lah kan sebab dapat study dekat negara orang. Rasa sedih pun ad jugak sebab lepas nih dah tak boleh nak jumpa selalu. Agak agak 3 4 tahun baru boelh jumpa dengan dia. Haha. Mesti best belajar dekat sana. Dapat speaking perancis, balik Malaysia pun nanti dah tak biasa cakap Melayu. Haha. SEronokSeronok. Nanti dapat la pergi shopping-shopping, dapat naik menara Eiffel. Jangan lupa upload dekat facebook nanti. Boleh kongsi-kongsi pengalaman dengan kitorang. =)



Makanan semua sedap-sedap. Wow, memang seronok la. Pakai baju pun semua mesti uptodate, tak ada nipis-nipis nih. semua tebal-tebal..Mesti cantik. Haha

Mimie nanti jangan lupa kan kitorang plak dekat Malaysia nih. Kalu ad line internet dekat sana, rajin-rajin lah skype kitorang eh. Haha. Macam sana tak ada line plak. Semoga berjaya disana, cepat-sepat la biasakan diri disana eh. Belajar rajin-rajin dekat sana nanti. Jangan terpikat dengan mamat hidung mansung dekat sana tau. Ingat la mamat Malaysia yang hidung penyet nih masih ramai lagi menanti awak disini. Haha.

  Happy always and i'm gonna miss you much. Haha.

4/8/11

Bahan Uji Kaji

Assalamualakum.
Hye apa khabaq cik kiah oi! Haha. Hari nih rasa ceria sikit yek sebab wifi laju sikit. itu yang seronok nak update blog tuh. Haha. Ok cukup! bukan pasal wifi sebab aku nak post tapi aku ad masalah BESAR yang boleh dikatakan risiko jugak untuk dan kawankawan aku jugak la sebenarnya. Korang nak tahu apa benda yang problem  besaq sangat tuh? Haha.
Macam nih, aku ad 1 satu subject yang baru di upgrade kan dari 203 kepada 204. Subject nih memang banyak teory la. Memang kena baca jek lah. tapi ad lah jugak secoet lab activity. Nama pun dah subject baru kan. So, lecturer pun kekok nak mengajar sebab subject nih tak ada MAIN REFERENCE. Aku pun tak nak  salahkan lecturer 100% tapi masalahnya memang susah la sebab lecturer pun masih freshie lagi. Student lagi susah lah nak pick up..Kadangkadang, timbul rasa geram sebab dah tahu nak wujudkan subject baru. So, kumpulkan la main reference dulu. Ini tidak, habis la student yang kena ambil subject nih dijadikan sebagai bahan uji kaji. Bukan subject nih jek, sebelum nih pun sama jugak, aku rasa memang batch aku nih jadi bahan uji kaji. Memang Fuuksss!  Nak tengok sama ada subject nih sesuai tak dengan student. Ishh, final pun dah dekat, Nak search dekat internet pun, tak tahu nak ambil yang mana. Terlampau banyak sangat sumbernya dan kalu baca sekali lalu jek memang tak paham. Nak baca 2 3 4 kali baru la paham. Sebab bahasa dia terlampau tinggi, kalah A.Samad Said.
Aku pun cuba la tanya member aku dekat uitm jengka. Dia pun sama jugak. Tiap kali masuk kelas, memang blur jek. Haha. Kesian jugak dekat dia. Apa apa pun, terima kasih la jugak kepada semua lecturer yang bertingkus lumus memerah otak untuk mencari note note dan mengajar kepada kami semua. All the best kepada kawankawan aku, buat betulbetul untuk subject nih. Good Luck you allz!! Haha.

4/7/11

Grand Dinner

Assalamualaikum.
Hye semua, apa khabar semua? Ok lah, hari nih aku bangun awal walaupun kelas pukul 10.00 pagi nanti, tak tahu la kenapa tibatiba boleh tercelik mata pukul 7.00 dah bangun.. Padahal badan memang letih, perut pulak dah terlampau kenyang sebab semalam ad event. Memang tido jek la bila sampai bilik. Malam semalam aku ad dinner kolej. Dinner tuh combine antara Sektor A dengan Sektor B. Venue nya dekat DSB. Nak tahu x apa tema dinner untuk sem nih? Haha..tema dia adalah red, black, white and masquerade Islamik.

Memang menarik la tema kali nih. Mulamula memang kompius la kan nak pakai baju plak malam nih? Mula la buka locker besarbesar, belekbelek la semua baju yang ad dalam locker tuh. Aiseyman, baju aku semua tak matching dengan tema tuh. Dah kusut kepala nih berfikir mana la aku nak dapat kemeja nih. Ingat nak la ikut tema masquerade tuh tapi bila outing dekat segamat. Semua kedai dah habis jual mask tuh. Laku sangat, mesti budak uitm yang beli mask tuh. Siapa la lagi yang nak beli topeng tuh.

Sebenarnya, malas la nak vogue sangat kan malam tuh. Alaaaa, dekat DSB jek. Lain la dekat hotel ke. Tak yah lah nak over sangat kan bagi aku la. Aku malas la nak glamourglamour sangat sebab bagi aku ikut keadaan la kan. Kalu la pakai yang bling bling, memang cantik tapi kalu tempat yang tuh ad 10 spotlight x pe la jugak, memang berkelip la mata semua budak tengok ko. Ini tidak, 2 spotlight jek yang ad. So, tak yah la nak grand sangat kan. Ikut jek pendirian masingmasing, aku bukan nak kutuk orang yang bervogue malam tadi. Sorry la eh. tapi bagi aku ikut kesesuaian la. Just simple, memang dah awesome dah tuh.

Tahniah kepada yang dah berhabis duit beli baju dinner especially gedik girls tuh. Korang memang gorgeous and glamorous malam tadi. Tapi makan mesti tak cukup kan. Haha. kesian aku tengok budakbudak nih  Berebut-rebut nak ambil makanan. Memang bertolak tolak sebab masingmasing dah lapar tahap gaban. Memang sakit hati masa tuh, tapi apa nak buat. Just sabar jek la. Sabar punya sabar, akhir dapat la jugak makanan yang dinanti selama 2 3 jam tuh. Haha. Alhamdulillah, memang sedap menunya. Puas hati jugak la sebab berbaloi kan bila bayar rm5, dapat la makan sedapsedap. =)

Majlis berjalan dengan lancar, memang santai dengan mc dia yang memang pandai ambil hati semua yang ad dekat situ. Tahniah kepada Aru dan Nisa kerana dapat conduct majlis dengan macammacam hiburan yang ad. Macam biasa la, setiap majlis mesti ad lucky draw tapi nombor aku semalam x lucky la..Tahniah kepada siapa yang bertuah malam tadi. Keseluruhan, majlis memang berjalan dengan lancar. Tahniah diucapkan kepada JPK Sektor A dan B kerana telah bertungkus lumus untuk menjadi kan dinner kali nih lebih meriah dengan sebelum nih. Thumbs up to you all!! =)

4/3/11

RELEASE TENSION

ASSALAMUALAIKUM
MALAM NIH AKU TENSION TAHAP GILA B***.  BUKAN APA, AKU DENGAN PARTNER AKU TENGAH BINCANGKAN GROUP PROJECT AKU..MACAM MACAM IDEA LA KELUAR DEKAT KEPALA OTAK NIH KAN...RASANYA MEMANG BERNAS. SAMA SAMA DAH SETUJU PUN. TIBA NAK TAMBAH LAGI IDEA YANG MELECEHKAN KERJA TUH. NAK BUAT SIMPLE JEK TAPI KONON NAK DAPAT MARKAH LEBIHKAN. SO, NAK BUAT LA PANJANG SIKIT PADAHAL ISI DALAM SAMA JEK. LEBIH BAIK BUAT YANG PENDEK TAPI PADAT DAN SENDAT. INI TIDAK..ALAHAI, MALAS NAK BERTEKAK KAN. SETUJU JEK LAH WALAUPUN NAK BAGITAHU DAH, TOK SAH LAH NAK BUAT PANJANG ISI NYA. EH, NAK MENANG JUGAK. OK FINE, AKU IKUT JEK KATA KATA KAU. KALU NAK BUAT LEPAS NIH, JANGAN NAK GEDIK MENGADA DENGAN AKU YANG BENDA NIH PENING LA, BANYAK SANGAT LA NAK BUAT. DEKAT SITU JUGAK AKU HEMPUK KAU!. OK, DAH LAH TENSION SEBAB BENDA ALAH TUH. INGAT KAN NAK LA KONGSI MASALAH DENGAN MEMBER. BARU NAK CERITA. DAH KENA MARAH LA PLAK DENGAN MEMBER NIH. SABAR JEK LAH. MALAS NAK BERTEKAK LAGI. DENGAN BLOG JUGAK AKU DAPAT LUAH KAN PERASAAN AKU. MEMANG BAGUS BLOG NIH. SAYANG KO SANGATSANGAT. SORRY LA KALU KAWANKAWAN YANG BACA ANGGAP BENDA REMEH TEMEH TAPI TENSION AKU DAH BERKURANGAN. =)

Oh Hana Tajima! You're So Gorgeous.

Assalamualaikum.
Hye semua. Ok la hari ni aku banyak assignment tapi sempat lagi nak post dkt blog nih haaa.. Bukan apa, sambil buat lab assignment web dengan java. Aku suka search yang bukanbukan. Hahahaha. Tapi, hari nih aku google gambar yuna. Memang banyak gambar sicantik manis tuh. Lepas tuh ad keluar jugak gambar buddy dia. Memang cun gila! Tergoda aku sekejap. Hahaha. Sekejap jek. lepas tuh tidak. Tapi memang gorgeous gila style dia dengan fesyen tudung serabai tuh, memang cantik dari mata aku. Tahu tak siapa buddy yuna? Ini la dia sicantik manis lagi ayu. Jeng Jeng..
Ini la dia HANA TAJIMA. Dia nih mixed japanese with English. Convert to Islam kirakira 5 tahun lepas. Menarik tentang Hana, antara adik beradik yang lain dia je yang pilih untuk convert kepada Islam...Dia bersyukur sangat menjadi seorang muslimah dan dia impikan untuk buat banyak fesyen-fesyen yang sesuai untuk wanita muslimah yang bertudung untuk nampak lebih gorgeous, fabulous dan marvelous. Si lelaki macho di luar sana tuh, jangan nak berangan la nak bercinta dengan siDia nih sebab dia dah kahwin da. Hahahaha. Baru nak tackle Hana nih. Dia nih adalah fesyen designer tau. Kalu tengok dia fesyen dia, memang cantik la.
Yuna Dgn Hana Tajima
Memang cantik


Hana dengan model dia.
 Sekarang nih dekat tempat aku belajar memang dah trend ikut siHana Tajima nih. Memang nampak serabai tapi bagi aku cantik, memang tak salah nak berfesyen nih sebab nama pun dah fesyen kan. Memang akan ad punya orang yang akan ikut style tuh. Janji mengikut syariat Islam. Thumbs up kepada Hana.

 Cantik menarik tertarik, kau memang da Boom!!
I love u, HT.
Hahahahaha

Happy Born-Day Amarul

Assalamualaikum.
Wah. Hari kawan aku dah genap 20 tahun. Selamat Hari Jadi kepada Muhd Amarul Bin Samsudin. Semoga berjaya didunia dan akhirat. Lalalala. Hahahaha aku yang suka plak! =)

4/1/11

Group Project & Presentation.

Assalamualaikum.
Hai. Apa khabar semua? Alhamdulillah, minggu aku dh habis kan 2  test yang boleh dikatakan kan subject killer la bagi aku. Dh lega bila dah selesai jawab test tapi final jumpa lagi. Memang kena bertahan la kan utk mengadap subject tuh. Aku memang tak nak jumpa lagi En Aljebra dgn Pn Database nih utk sem depan, biar sem nih jek la aku jumpa diorang..Dalam masa ni jugak, aku baru dapat group project dengan presentation utk subject JAVA dengan MGT. Fuhhh! ingatkan dh berkurang la assignment aku nih. tapi indah khabar dari rupa. Ada lagi yang datang nak kena jugak buat semua benda tuh. Terpaksa la buat, tak kan la nak buat dek jek. Gila ko!! Itu semua masuk dalam carrymark tau. Penting benda alah tuh. Bawa 40%, besar tuh percent dia. Kalu nak harapkan time final jek baru nak perform. Alamatnya memang ko jumpa lagi la subject tuh. Aku dah tak nak jumpa lagi subject yang aku dah belajar nih. Rasa macam nak kerja la plak..Cari duit, then kahwin. Hahahaha. AnganAngan mat jenin plak aku nih. Duit pun x ad lagi nak harapkan PT jek. Memang tak lepas la nak bagi bini makan.
 Ok, dh lari topic plak nih. Project tuh masih dalam perbincangan utk fikir kan apa nak buat dengan coding yang panjang berjela tuh. MacamMacam la nak kepala otak memikirkan nya. Ad yang nak buat cupcake la, rumah sewa la. Apa benda ntah lagi. Aku fikir nak buat restorant jek. Itu pun kalu boleh nak ringkasringkas tapi padat dengan apa yang lecturer nak. Macam tu la baru gempak!! Cehh, cakap jek boleh lah. Buat belum tentu lagi. Hahaha. Insyallah, mesti senang punya nak buat benda tuh. Presentation aku kena buat tajuk LEADERSHIP. Straight jugak presentation untuk kali nih. Kena prepare betulbetul sebab sebagai contoh, kalu tiba masa untuk kita present. Adalah mamat dengan minah nih tak datang. So, group yang persent tuh akan kena tolak markah. Ishhh, memang tension jugak. Memang kena plan ramairamai supaya jangan ponteng masa presentation. First time aku dapat lecturer straight macam nih. Sebelum nih biasa jek, selamba jek buat presentation pakai selipar jepun. Alahai. masa tuh baru masuk u. Tak pandai lagi bab bab nak ikut sahsiah rupa diri nih. Tapi sekarang nak lain la perangai nya. Bagus la macam tu kan, ada perubahan la nampak disitu. Janganlah dari first time masuk sampai lah graduate, macam tuh la tak berubah, masih ditakuk lama. Apaapa pun, semoga aku dapat menyelesaikan semua assignment dan project ini dengan jaya dan dapat la full mark utk semua kerja aku. Amin. Ok lah, jumpa lagi kawankawan. ByeBye

kaf ba ra kaf ta alif nun

monday blues kononnya ni, hahaha tengah hujan lebat sekarang, jadi aku rasa macam bosan duduk rumah ni ada baiknya aku tulis sesuatu dal...