2/28/11

UIAM lebarkan sayap ke Pagoh


GOMBAK 23 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan mengembangkan sayapnya ke Pagoh, Johor, dengan pembukaan satu kampus cawangan dalam masa terdekat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dua Lembaga Pengajian telah diwujudkan oleh UIAM untuk meneliti penawaran kursus bidang kejuruteraan di kampus berkenaan, selain turut mempertimbangkan penubuhan Fakulti Bahasa Moden dan Fakulti Pertanian.

Beliau melahirkan harapan supaya UIAM cawangan Pagoh dapat memulakan pengajian pada 2012 dan menyatakan komitmen kerajaan untuk memberi sokongan terhadap penubuhan kampus berkenaan.

"Saya bangga melihat UIAM telah berjaya muncul sebagai institusi pengajian tinggi yang terkenal di peringkat antarabangsa yang pada masa ini ia mempunyai 14 fakulti di kampus Gombak, Kuantan dan Kuala Lumpur.
Pada saya, tiada alasan mengapa UIAM tidak boleh melebarkan sayapnya ke negeri lain dan saya begitu gembira apabila mengetahui UIAM akan membuka satu lagi kampus di Pagoh dalam masa terdekat, usaha juga telah diambil untuk menubuhkan Hab Pendidikan Pagoh di mana UIAM akan menjadi rakan utamanya," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UIAM di Pusat Aktiviti Kebudayaan universiti berkenaan, di sini petang ini. Seramai 40 anak yatim daripada Asrama Anak Yatim Kuang turut diraikan dalam majlis berkenaan.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Negara merangkap Presiden UIAM, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan isteri Puan Sri Wan Noorlina Wan Hussin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Rektor UIAM, Prof. Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid dan isteri, Datin Sri Norma Abdul Samad.
UIAM pada masa ini mempunyai 22,000 mahasiswa termasuk 5,000 mahasiswa pasca siswazahdan 4,600 mahasiswa asing daripada 90 buah negara.

Sementara itu, sewaktu mengulas mengenai kepelbagaian latar belakang pelajar UIAM, Muhyiddin menekankan bahawa usaha untuk menjadikan perbezaan sebagai satu sumber kekuatan masyarakat semakin penting dan mencabar dewasa ini.

Katanya, kepantasan penyebaran maklumat melalui ruang siber dan media telah meningkatkan interaksi di kalangan manusia sehingga ia turut menyentuh isu agama dan kebudayaan orang lain.
"Komen-komen mengenai agama dan budaya orang lain tersebar dengan pantas melalui alam siber dan media tanpa sempadan.

"Silap faham biasanya akan timbul apabila komen sedemikian dianggap sebagai menunjukkan tiadanya rasa hormat terhadap orang yang berbeza agama dan budaya," katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata perkembangan negatif itu boleh dielak sekiranya semua pihak berpegang kepada budaya ta'aruf atau saling berkenalan dengan berpandukan prinsip menghormati kepelbagaian dan bertoleransi dengan perbezaan.
Lebih-lebih di lagi di negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia katanya, mengetahui dan menghargai agama dan budaya orang lain adalah syarat utama untuk mencapai keharmonian.

sumber: Utusan Malaysia



2/23/11

Sedapnya Muffin!!

Assalamualaikum.
Hye u allz! apa khabar semua? Aku dh lama x update post nih. Almaklum la kan, aku x ad broadband just pakai WiFi yang lembap mcm kurakura nih..Dh 3 hari aku x dapat online sbb line x ad langsung..Alhamdulillah, line dh ad sekarang nih. Hari nih aku nak cerita dkt korang yang tgh hari tadi aku makan muffin tau. Wow! mmg sedap gila. Aku dgn Hatta nak pergi lunch dkt blok I, then kami singgah la kiosk muffin dkt speaker corner. Rambang mata dibuatnya bila tgk pelbagai jenis muffin dijual. Memang meleleh air liur aku bila tgk makanan nih..Hahahaha
Hatta ajak la aku beli muffin, aku dh lah tgh pokai. terpaksa la beli 2 biji jek. Dapat aku nyamah muffin coklat dgn blueberry. 1 biji RM1.20. Boleh tahan la harga dia, kalu dkt luar aku rasa mmg lagi tinggi harganya. aku makan la sambil jalan lengang kangkung dgn mulut penuh dgn muffin. Ishh. mmg sedap gila!! Rasa nak beli lagi jek..Bila gigit coklatnya. Aduyai! manis gila..Blueberry plak lagi sedap bila jam tuh cair dlm mulut..Huhuhuhu..Mmg laku gila jualannya sbb mmg ramai gila budak yang beli tadi..
Korang tahu x siapa yang buat muffin tuh? Aku kenal orangnya. Lelaki plak tuh, jgn x percaya tau. Lelaki yang buat muffin tuh. Nama dia Don Hazim. Kalu dkt SR, kitorang panggil Conan. Dia mmg pandai buat muffin nih sbb mummy dia mmg ad buka kedai muffin. Memang untung bila kita pandai buat something then benda tuh boleh jadikan sumber pendapatan untk kita. Samalah macam Conan tuh, dia pandai buat muffin dan dia dapat keuntungan daripada muffin tuh. Setiap semester, dia akan buka kiosk muffin. Thumbs up! la untuk dia.

Inilah BlueBerry Muffin. Mmg sama mcm aku beli tadi

Chocolate Muffin memang sedap gila!
Rasulullah pernah bersabda "90% sumber rezeki adalah datangnya dari perniagaan. Kalu mcm tuh, Aku rasa aku pun nak belajar juga mcm mana nak buat muffin. Mana la tahu kan, mmg rezeki aku buka kedai muffin ke..Hahahahaha Amin.

2/19/11

Happy Birthday Emak!!

Assalamualaikum
Hye kawankawan, 17/02/2011 merupakan hari istimewa bagi aku sekeluarga sebab hari tersebut merupakan hari jadi mak aku. Saya nk ucapkan Happy Birthday Mak!! Kami sayang mak sangatsangat. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Cantikkan mak aku..Untung bapak aku dpt bini cantik! huhuhuh

Sambutan MaulidurRasul peringkat UiTM Johor

 Assalamualaikum
Hye kawankawan. UiTM Johor telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat UiTM. Oleh itu, semua kolej mesti la menyertai perarakan tersebut. Kolej SR turut menyertai perarakan, sebelum join perarakan tuh mesti la ad sepanduk dgn kain rentang. So, aku and the gang pun turut terlibat untuk membuat 2 benda tuh. Jalil, Ammar dan Fizi tuh la gang aku. Aku just tolongtolong cat dan beri idea jek. Aku x la pandai sangat nak lukislukis nih.
Alhamdulillah, koleh kami dapat tempat ke-3. Sedih jugak la sbb x dapat no 1. Memang penat buat benda alaa nih, sampai pukul 2,3 baru naik atas nak tarik selimut. ok jugak la, at least ad jugak la no 3 tuh. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.


SUKOL 2011

Assalamualaikum..
Hye boboy and gugurlz, mcm mana dgn hari ini? harapharap semua dlm keadaan baik ya..
smlm SUKOL telah berlangsung dgn meriah sekali dgn perasmian yg berlangsung dipadang utama UiTM Johor. Perarakan masuk dan tabik hormat oleh kontinjen kolej masingmasing yang disertai dengan persembahan yang mengikut tema yang diberikan. Tema pada sem ini adalah FLORA FAUNA. mesti mcm pelik kan tapi ok jugak la tema nih. mmg pening jugak bila x ad idea nak buat persembahan.
Kolej Sempana Riau dapat tema BUNGA MATAHARI dgn KELAWAR. Memang best persembahan SR, lagilagi bila ad nya queen SR buat miming dlm persembahan tuh. Tahu x siapa queen SR? mesti la Kiambang. Hahahaha. Memang meletop gila bila dia muncul..Sambilsambil aku dok sedap tgk persembahan diorang, aku ad la ambil sikit gambargambar tapi sorry la ya sbb gambar nya x cantik la..Almaklum la kan, hp saya nih murah jek. nak zoom pun dh x cantik gambarnya..

Persembahan dari Kolej SMK membawa tema MONYET dan PISANG
Dkt tengahtengah tuh ad Kiambang - Kolej SR

Kolej Intan membawa tema ANGGUR dan TIKUS

Kolej SAB bawa tema DAUN dan RAMARAMA




Koleh Mutiara bawa tema KACANG dan CHIPMUNKS

Kolej TS pula bawa tema KAKTUS dan LEBAH






Kolej Sempana Riau




 Tahniah diucapkan kepada semua pasukan diatas menjayakan perasmian SUKOL..GOod Luck ya semua pasukan! Chaiyok-Chaiyok!!

2/16/11

Selamat Menyambut MaulidurRasul 2011



Assalamulaikum
Salam Maulidur Rasul kepada semua. Sebelum kita bercerita lebih lanjut, mari kita selawat keatas junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W
 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد 
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad


Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah S.A.W pada 12 Rabiulawal setiap tahun. Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan. 

Korang kenal x siapa itu Muhammad? Alhamdulillah kalu korang kenal, takut ada jugak yg x kenal baginda Rasulullah. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah S.A.W. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang.


Rasulullah SAW telah bersabda bahawa,: Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barangsiapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah SAW.

Justeru, permudahkanlah diri untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Moga-moga kelak kita akan tergolong di dalam umat yang dapat bernaung di bawah syafaat baginda.


Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah S.A.W. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.




2/15/11

Boleh ke kita sambut Valentine's Day?

Assalamualaikum.
Hye u gugurlz and boboy! Apa khabar u allz? Hope sihat ya semua..Hari nih 14 FEB 2011, korang tahu x hari nih hari apa? Haaa,mesti la hari Isnin kan..hahahaa tapi ad peristiwa disebalik tarikh nih. Mesti korang tahu kan..LagiLagi si pasangan yang sedang hangat bercinta tuh kan? Hari nih merupakan Hari Valentine! Urmm, kita sebagai orang Islam agakagaknya boleh celebrate x hari valentine?  

Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk dunia tidak ketinggalan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita akan temui simbol-simbol atau  iklan-iklan yang wujud untuk mempromosi Hari Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari kelab malam, hotel-hotel, organisasiorganisasi mahupun di shopping complex pun ramai yang berlumba-lumba menjalankan aktiviti untuk merayakan Valentine. Dengan pengaruh media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebahagian besar orang Islam juga turut dihidangkan dengan iklan-iklan Valentine Day.

"Amalan merayakan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih yang tiba setiap 14 Feb tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

"Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam," inilah kata putus Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-71, hampir enam tahun yang lalu berkaitan Valentine Day.
"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..

PANDANGAN ISLAM 
Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?
 
Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”.
(Surah Al-Isra : 36)

Dalam Islam kata “tahu” bererti mengetahui dengan seluruh pancaindera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekadar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, bila, bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.
 
Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang mendorong/mengikut kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.

Hadis Rasulullah s.a.w:
Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al Imran ayat 85 :
Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.


Skodeng AnakAnak Brangelina..

Assalamualaikum..
Hye kawankawan..Hawau u? hahahaha..Dh breakfast ke blum? mesti sedapsedap kan menu korang. 
Semalam semasa aku tgh melepak dgn kawankawan aku, adalah plak kawan aku nih terbaca dkt paper pasal Angelina Jolie dgn Brat Pitt..Dia tanya aku, Brangelina ada berapa org anak ek?? Aku pun x sure la..Tibatiba dtg plak mood nak google anakanak diorang nih. Sebelum nak tunjuk kan mukamuka anakanak Brangelina nih. Meh, aku ceritakan kan serba sedikit tentang mereka. Jolie dgn Pitt nih ada ambil 3 anak angkat iaitu Maddox, Pax dan Zahara manakala 3 anak kandung Angelina iaitu Shiloh, Knox, and Vivienne. Angelina dan Brat Pitt nih sebenarnya belum berkhawin lagi tau..MEsti pelik kan! belum khawin tapi dh ad anak daaa..Agaknya Si Brat Pitt nih nak test yg Angelina nih subur kot...Kalu dh dpt kembar, confirm la angelina tuh subur gila! hahahaha


 Ini la Angelina Jolie dan Brat Pitt
Kenal x?? 

 Angelina dgn Maddox

 Dari kiri- Pax, Maddox, Zahara dan ShiLoh

Ingat kan mat salleh x suka anak ramai..
Bahagianya..

Pax, ShiLoh and Zahara

 Zahara and ShiLoh

Maddox and Pax


 The twins, Knox and Vivienne
Orang tua tuh adalah mak Brat Pitt.
Si kembar nih, anak kandung Brat dgn Angelina.

  1. Maddox berasal daripada Kemboja
  2. Zahara pula dari Ethiopia
  3. Pax berasal Vietnam
Dh puas tengok anakanak Brangelina? Diorang comelcomel kan..Ok la, sampai sini jek la cerita tentang Brangelina.Harap terhibur ya semua. Jgn lupa Komenkomen la blog aku nih. Tata

2/14/11

Selamat Pengantin Baru!

Selamat Pengantin Baru di ucapkan kepada
Mazlina bt Ibrahim
(Kak Ina)
dan pasangannya
Abg Mazlan
semoga bahagia hingga ke anak cucu.


2/13/11

Modul 4(Diploma) II

Assalamualaikum
Hye kawankawan, apa khabar? Hari nih aku mmg hari yang memenatkan aku dari pagi hingga ke petang. Hari nih aku ad modul. Biasalah Modul 4 kan, sekarang kan dh masuk semester 4. Memang lumrah la student UiTM memang akan mengadap modul sampai la graduate. Modul 4 kali nih memang best la sbb kitorang akan ad explorace. Memang lain daripada lain la modul kali nih. Kalu modul sebelum nih, asyik duduk dlm kelas jek. Setiap kali modul mesti atau wajib ad ceramah. Pagi td dari pukul 9-11, memang aku jadi beku lah dkt dalam DST td bila tgh dengar ceramah yg disampaikan En.Ismail. Walaupun dlm keadaan beku, aku gagahkan jugak tangan nih nak tulis apa yg di ceramahkan. Baca lah note yg aku ad tulis dkt post nih. Habis jek ceramah, aku terus blah dari DST nak pergi mencekik dgn kawankawan aku. Pukul 1 plak aku dgn kawankawan bergerak pergi ke masjid utk mulakan explorace kami. Tapi, sebelum tuh kami bersamasama tunaikan solat zohor. Selepas tuh, kami berkumpul di perkarangan masjid as-syakirin.

Aku dapat group 22 seramai 21 org, nasib baik la aku dpt group dgn kawan yg aku kenal antaranya Munir,Syazmira dan Wani. Yg lain tuh, aku kenalkenal gitu jek. Memang meriah la group aku, walaupun 1 hari jek kami kenal tp  mcm dh lama kenal plak. Tempat explorace dijalankan hanya berdekatan UiTM sahaja, bermula di kawasan rempuh halangan. Lepas masuk tuh mmg kiri kanan dikelilingi hutan rimba jek..rimba la sangat kan! hahaha Boleh tahan lah hutan nya,.mmg seram jugak kalu jalan sorangsorang. Explorace sini ad 9 checkpoint.

Checkpoint 1
- Checkpoint nih tentang UiTM dihati ku. Ada 14 soalan kami kena jawab. Main tekateka jek jawapannya, tak tahu lah betol tidak.

Checkpoint 2
- Kami ditugaskan untuk selesaikan teka silang kata selama 5 minit. Tapi, x jawab semua sbb x cukup masa.

Checkpoint 3
- Kami diberi dlm 20 kot soalannya berkaitan dengan pengetahuan Islam. Ada salah satu soalan tuh aku nak tergelak bila ingat kan balik. Berikan 2 nama anak Nabi Muhammad? ad budak nih tulis Fatimah dgn Kassim. Alahai, mana la dtg Kassim. Mmg tergelak fasi baca jawapannya. Yg aku tahu, Hassan, Hussin, Fatimah, Zainab, Rogayah dan apa ntah lagi. Lupa la plak.

Checkpoint 4
- Kami kena selesaikan 2 sudoku yg menggunakan bentukbentuk yang diberikan. Memang senang la checkpoint nih.

Checkpoint 5
- Dengan menggunakan kreativiti yg ad dlm kepala otak nih, kami kena reka 4 aksesori dgn menggunakan flora yg ad dkt kawasan situ. Flora yg ad masa tuh hanya ad kelapa sawit, rumput, dgn paku pakis. Munir dan 5 org lagi kena jadi model group kami. Lepas tuh kami kena selet muka kami dgn lumpur. Hahahaha, mmg kelakar la masa tuh.

Checkpoint 6
- Sebelum nak sampai checkpoint nih, memang mencabar gila sbb kami kena naik turun bukit. Dah la jauh, memang tercungapcungap berjalan dkt situ. Lepas sampai kami diberikan tugasan utk meleraikan tali yang diikat di pergelangan tangan member group kami. Memang buntu dibuatnya bila nak selesaikannya. Dh la penat, then dia suruh fikir plak nak buat benda ala tuh. Tapi, x dpt selesaikan jugak.

Checkpoint 7
- Dkt checkpoint nih, kami diberi dalam 20 soalan teka teki. Budak perempuan yug conquer bab teka teki nih. Hanya 6 soalan yg salah. Disebabkan kesalahan tuh, kami kena cari 6 biji getah sbb pengganti. Ada jugak budak yg x kenal biji getah. Terkejut aku dibuatnya. Pelik jugak la, dh 20 tahun hidup tapi x pernah jumpa biji getah. Hahaha. tapi aku x salahkan diorang kan sbb mmg x semua tmpt ad pokok getah kan lagilagi dkt bandar la. 

Checkpoint 8
- Checkpoint last kami kena selesaikan sudoku. Sudoku nih guna nombor plak. Aku mmg dh dudul belakang sbb aku mmg x pandai nak selesaikan sudoku nih. Bukan apa, x explore lagi mcm mana nak jawab. Tapi bila tgk bdk perempuan buat mmg senang jek. Budakbudak nih semua dh malas nk buat, dh penat masa tuh. Redha jek la kena hukuman yg diberikan. Fasi suruh kami nyanyikan lagu Kalau Berpacaran. Memang tergelak masa tuh. Hilang la penat kami bila menyanyi lagu tuh..hahahaha


Habis la perjalanan explorace modul 4. Lepas keluar hutan, kami terus berkumpul dkt masjid as-syakirin. Lepak2 sekejap, tunggu group yg x sampai lagi. Then, majlis penyampaian hadiah diteruskan. Ada 3 hadiah jek yg disediakan. Group aku mmg confirm la x dpt hadia sbb ad dlm 2 atau 3 la task yg x dpt buat. Tahniah! la kepada group yg menang yek....badan dh lenguhlenguh nih, mmg fikir nak berehat jek lah. Esok kelas pagi plak tuh. Mmg cari nahas la kalu x bangun pagi esk. Ok la. sampai sini post utk modul 4..ByeBye

Modul 4(Diploma)

Modul 4 - Pembinaan Warga Setia
Objektif   
  • Memahami peranan dan tanggungjawab sebagai warganegara.
  • Membina jatidiri dan maruah negara.
  • Menjana kecemerlangan bangsa dan kemajuan negara.

Tujuan -- Mendidik dan membangunkan semangat jatidiri.

Matlamat -- Membina kesetiaan dan jatidiri dikalangan peserta                      supaya menjadi warganegara  yang
                    bertanggungjawab dan bersemangat patriotik.

Pembinaan                              Warga                          Setia
       |                                                 |                                   |
membentuk                       Ahli, komuniti,             Patuh, taat
     dan                                    bangsa
mewujudkan

Punca ketidaksetiaan / tiada penghayatan jiwa warga setia
  • kekurangan semangat patriotik
  • sistem peruntukan diri sendiri dan kumpulan
  • penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
Kepentingan menjadi warga setia
  • kestabilan politik dan sosio ekonomi
  • kedamaian dan keharmonian ekonomi
  • kemakmuran negara
Ciri-ciri warga setia
  1. Sebagai pemimpin
  • kepimpinan melalui tauladan
  • pemimpin bersih, cekap dan beramanah
  • penerapan nilai-nilai murni
     2. Sebagai rakyat
  • bersedia berkhidmat untuk negara
  • memahami dan menghayati falsafah Rukun Negara.
Senario yang merosakkan jatidiri
  • Penyelewengan
  • Amalan rasuah 
  • Pecah amanah
  • Gejala sosial
  • Dadah dan dedah
  • Murtad
  • Hilang semangat patriotisme
  • Perpecahan sesama manusia
  • Penentangan terbuka terhadap kerajaan
Kesan / Impak
  • Ketidakstabilan ekonomi, politik dan sosial
  • Bangsa yang lemah
  • Negara boleh dijajah
  • Ancaman keselamatan, huru-hara
Cara penyelesaian / Bentuk perubahan
  • Memupuk kesedaran terhadap nasib dan masa depan bangsa
  • Memupuk perpaduan bangsa
  • Perubahan sikap bangsa yang positif, proaktif dan dinamik, anjakan paradigma
  • Jangan jadi Melayu mudah lupa
  • Bersyukur diatas nikmat kemerdekaan
Cabaran
  1. Dalaman
  • Ilmu
  • Pemikiran
  • Sikap
  • Kecintaan terhadap bangsa dan negara
     2. Luaran
  • Penjajahan minda dan budaya
  • Pengaruh globalisasi
  • Pencemaran imej dan tuduhan keganasan terhadap umat Islam
Kesimpulan
  • Pastikan Melayu tak kan hilang didunia
  • Agenda Melayu
  • Ketuanan Melayu

2/10/11

Top 10 TV series

Assalamualaikum,
hye u boboy and gugurlz! Haa, hari ni aku nak  tunjukkan korang Top 10 TV Series yg aku paling minat nak tengok bila balik rumah. Tv series nih bercampur dari zaman tok kaduk lagi sbb mmg aku obses dgn tv series list sampai bergaduh berebutkan remote control tv rumah aku. List ini aku buat berdasarkan taste aku. So, sorry kalu list nih meloyakan korang ya!


 10. Merlin


9. Supernatural


8. Boys Over Flower


7. Nur Kasih


6. Personal Taste


5. CSI : Miami


4. AdaMaya


3. Ugly Betty



2. MasterChef Australia

dan sekalung
Tahniah kepada  Juara Top 10 TV series

1. Junior MasterChef

2/8/11

Sakit kepala sudaa mari!!

Assalamualaikum. hye kawankawan semua! apa khabar korang? hope sihat ya semua.. Alhamdulillah, hari nih hari yg melegakan aku sedikit sbb smlm mmg ad problem yg boleh meng-tensionkan aku..kalu korang tgk title pn pasal sakit kepala kan. Haaa, smlm aku jumpa dgn penyakit tuh la. itu yg problem besar tuh. Smlm tgh belajar OS, tiba2 jek kepala nih berdenyutdenyut dkt sebelah kanan kepala nih ha..mmg xboleh nak fokus la masa tuh. Aku diam jek! muka mmg tension gila masa tuh. X boleh nak buat apa2 masa tuh. Nasib baik la aku duduk belakang, kawankawan pn x perasan apa yg berlaku pada aku. Sakit tuh sampai la kelas habis. Aku kalu dlm kondisi sakit, mmg aku bad mood. Sorry la, kalu yg tegur aku tuh. Confirm aku x layan korang. Especially, kawankawan aku yg bnyak membantu dan memberi support pada aku..Waktu sek dulu, aku pernah kena Migrain.
Waktu tuh dah dkt nk SPM pun. Mmg tahan jek, sbb aku duduk asrama. so, kalu nk ke Klinik pn kena pergi masa sesi persekolahan iaitu waktu sekolah. Kalu dkt asrama, susah sikit nak keluar pergi Klinik sbb warden nih mcm2 ragam. Mcm2 alasan diorang bagi kalu malas nk hantar yang sakit ke Klinik. Sbb tuh, kalu aku dkt asrama, aku tahan je la. Mmg nak menangis waktu kena tuh. Sakit gila! mmg bnyak kali aku menangis. Masa tuh aku kena sbb bnyak fikir, SPM pn dh dkt masa tuh. mmg x senang duduk la katakan.  Bagi aku, kalu aku kena sakit kepala nih. Aku tido je la. Minta panadol dkt kawankawan pn semua x ad. so, tido jek la penyelesaian dia. Lepas bangun, mmg lega la sikit. sbb sakit tuh berkurangan. Mcm hari nih la, mlm smlm awal2 aku dh tarik selimut.Hari nih bangun pn dlm senyum jek..Lupa plak, wahai BFF ku. sorry eh pasal smlm. mmg salah aku tinggalkan ko sorang dkt bawah tuh. Aku mmg x ad mood smlm. Nk study pn, x ad yg guide aku dlm subject tuh..Sorry sangatsangat. Ok la, lega bila dh cerita kan dkt sini. "Hari ini lebih baik dari Semalam" mmg sesuai dgn situasi aku sekarang nih. ByeBye.

2/6/11

Segamat I'm back!

assalamualaikum..
hye korang, apa khabar semua? harap sihat disamping teman2 dan kwn2..hari ni aku dh balik balik segamat. alhamdulillah dh selamat sampai UiTM. mmg banyak dugaan bila nak balik segamat nih. Mcm biasa la kan, sejak akhir2 nih kan segamat dilanda banjir. So, dengar cerita jalan segamat mmg x boleh lalu.. Aku risau jugak la nanti mcm mana nak blik u. tawakal kpd Allah je lah jalan yg terbaik. pagi td adik aku, soleha yg hantar ke terminal. terima kasih la diucapkan ya! nasib baik ad bus ke segamat. Org pn ramai jugak la. berebut jugak la nak naik tuh. syukur la dpt tempat, kalu tidak mmg lenguh kaki aku nk berdiri jek. Bus yg aku naik nih mmg hampeh. harap jek ad aircond tp x kuat..alahai x rasa langsung aircond nya. Mmg menguji kesabaran aku duduk dlm bus hina nih. bus dh la kecik, si driver lagi nak menyumbatkan manusia yg bermcm ragam. bau mcm2 ad. ckp jek nak bau apa! mmg ad punya la..
nasib baik la aku pegang beg aku nih haa..ad jugak terselit kertas2. dpt la aku kipas2. mmg dh berpeluh duduk dlm bus nih. rasa mcm dlm spa la plak. haaa!, mcm dlm bilik wap. makin lama duduk dh mcm daging salai plak..mmg tahan jek. Bengkak jek muka aku dlm bus td. Jalan dh la jam. mmg sesak td. sabar jek la. nak tido pn x boleh. Mmg x selesa dlm nih. almaklum la, semua org dh berpusupusu nak balik ke tmpt asal. esk dh start kerja. Sebelah aku, ad la mamat vietnam,sekali pandang ad la mcm si Fuad, dia nih kwn buah hati aku. dh berpelupeluh mamat tuh. kesian plak tgk dia tuh. kadang2 aku kuatkan kipas dkt tangan aku nih.. biar sejuk sikit dpt angin. Aku naik bus hina nih sampai Jementah jek. lepas tuh ad girl nih pakat dgn 4 bdk uitm nak naik kereta sewa. So, aku pn on jek. Tunggu mmg berjam menunggu. Akhirnya sampai jugak. Aku dengar girl tuh ckp charge RM20. sorang kena bayar rm4. ok lg la. Tiba2, dia ckp sorang RM10. terbeliak mata bdk2 nih haa bila dngar charge dia..aku pn terdiam la. nak ckp apa lagi kan. bayar je la. mmg sakit hati jugak la. mahal gila! tp syukur jugak la. untung pakcik tuh ad. kalu tak, mmg susah nak masuk uitm. Redha jek la apa yg berlaku. ok la, beta nak beradu sekarang..bye2

kaf ba ra kaf ta alif nun

monday blues kononnya ni, hahaha tengah hujan lebat sekarang, jadi aku rasa macam bosan duduk rumah ni ada baiknya aku tulis sesuatu dal...