1/27/11

Hujan oh Hujan

Assalamualaikum
 hye u allz..apa khabar hari nih??
dh makan?? dh mandi?? hahaha
Semenjak 2 3 hari ni, hujan turun renyairenyai dekat segamat nih ha..
dh lama juga hujan x turun..asyik rasa panas terik jek melanda dkt uitm nih..
hujan turun dari pagi sampai la ke malam..
sejuk jek rasanya bila kena angin bertiup..
steam jek rasanya...Ooppsss..hhahahaha
kalu kelas pagi, memang la malas nak bangun pagi..berat jek nak angkat badan nih..
tp kena bangun jugak, azam sem nih aku nak kurangkan ponteng kelas..huhuhu
doakan la ya..Amin!
Nasib baik la aku ad bawak sweater dari rumah..baby milo plak tuh! hohoho
aku ad ambil gambar la sikit dekat SL ni nak nunjuk la kan suasana bila hujan..

Hujan turun renyairenyai jek
 
 langit nampak mendung jek
 ramai awek2 bwk payung nak pergi ke kelas.. untung diorang ad bwk payung..aku mmg x bwk, nampak pelik sikit kalu lelaki bwk payung..diorang nanti fikir bukan2..x tahu la apa yang diorang fikirkan..
Kalu masa time hujan nih ad orang jual payung, sure laku gila jualannya..
bila malam, hujan turun makin lebat.. masa nih baru pukul 8, perut memang dh berkeroncong nak makan..terpaksa la redah jugak dlm hujan2 nih..


1/25/11

I love u Sunshine

Good morning boboy and gugurlz!! hahaha nak tergelak bila teringat lecturer MGT cakap mcm tuh dkt kitorang..Pagi ni aku free class sebab pukul 12 baru ad kelas..So,lambat la sikit nak mengeliatkan..
nak cerita nih haa, semalam hari isnin aku ad kelas pagi 8-10 dekat C305..tinggi gila nak menapak tuh!! berpeluh nak naik atas tuh..Pagi tuh kelas AlGebra dengan Pn Siti..I Like it!!! huhuhuhu
Mcm biasa la, aku pergi mesti la dengan Hatta..8.10 dh start belajar mcm biasa la kan..sedap2 tgh memerah otak nak buat Determinant tuh, matahari pun keluar la..mula2 sedap jek mata memandang tengok matahari terbit..tersenyum sorang2 aku masa tuh..x percaya tanya la Hatta..(kata senyum sorang2??) pukul 9, matahari dh naik da dengan cahaya dia yang terang menderang tuh..sakit mata bila tengok lama2..dh la panas, terpaksa la tahan jek..kadang2 tuh x boleh nak fokus sbb memang terang sangat..
memang perit juga muka bila dh lama sangat terdedah dengan matahari ni ha.

Aku ad snap la gambar ni senyap2 dlm kelas semalam, takut Pn nampak plak aku buat kerja lain..
 nih siapa ek?? gebu jek muka dia tuh..hahahaha siak jek ayat nih.
Itu Hatta, nampak mcm fokus jek padahal x fokus pun. main conteng2 plak dia..hahahaha

Nak tahu x?? Ramai yang tak tahu bahawa panas matahari yang selalu dihindari oleh kebanyakan kita lagi2 si gugurlz tuh sebenarnya ada kebaikan yang tersendiri. Mcm2 alasan la yang gugurlz bagi sebab  alasan takut hitam, kulit kering atau takut terkena kanser kulit, sinar matahari sebenarnya boleh beri kelebihan pada kita tau. Sinaran matahari di waktu pagi memberi kita vitamin D yang sangat diperlukan untuk badan. Contohnya ia mencegah otot kita menjadi lemah dan mengatur denyutan jantung kita. Selain itu, sinaran ni bagus untuk tumbesaran especially untuk kanak2 yang dalam proses tumbesaran tulang dan gigi.
Waktu yang diperlukan oleh kulit menyerap sinar matahari cukup hanya 15 hingga 30 minit. Kadar ini cukup untuk sinar matahari membantu penyerapan kalsium dan fosfur untuk dibawa ke tulang selain membantu pembentukan Vitamin D pada kulit.
 Ini penting diketahui bagi membolehkan korang mendapat manfaat sinar matahari yang terbaik. Berjemurlah sebelum jam 9.00 pagi. Pada masa ini sinar matahari mengandungi banyak ultra violet yang diperlukan oleh manusia. Sinar matahari selepas jam 9.00 pagi tidak banyak berguna selain kesannya yang panas.
Harap info yang sikit tuh dapat beri manfaat kepada kita k..Lepas nih rajin la jemur kan diri tuh ya! hahaha..bye2 u allz..

1/23/11

Its Over

Hye u allz,. hari ni aku ad problem la..x tahu la nk start dari mana tp sebenarnya benda ni dh lama dh berlaku. tp disebabkan ad hati lagi nak relationship nih bertahan. so, kami stay lagi mcm biasa.
aku x fikir pn nak balas dendam atau apa2 la kan. bagi aku, kalu dh baik tuh. aku akan cuba kekalkan sampai bila2. Aku pn dh mention dkt sayang aku nih yg aku orang jenis x suka di paksa..
mungkin disebabkan ad benda yg dia suruh aku buat tapi aku x nak buat..aku ingat lagi memang dia seboleh-boleh pujuk aku suruh buat tapi aku x nak jugak..urmm, bukan x nak buat tapi bersebab, aku takut nak buat benda tuh. lepas pujukan dia x berjaya, dia diam jek sampai la malam. ajak pergi dinner pun nak x nak jek.. makan pun x lalu jek.. aku pun malas nak layan sayang aku tuh kalu dia tgh bad mood.
setiap kali kalu kami bergaduh, mesti dia send mesej yg bukan2..kalu aku send mesej yang paling teruk pn mencarut-carut..kalu difikirkan memang dia lebih emotional daripada aku. dia ad bagitahu aku yang sayang aku tuh jenis sensitive.. myb aku yg x alert sangat dengan feeling dia sebab tuh kami selalu bergaduh.
Semalam dia send mesej dkt aku yang dia minta **tutttt**..Aku pun terdiam la. x tahu nak cakap apa. Dia yg nak sangat kan. Aku pn x kisah..Dh muak da. asyik nak minta maaf jek..X pe la, aku pun x harap sangat agar relationship bertahan sampai bila2..Sorry la kalu perangai aku yg annoying nih menjelik kan perasaan ko dekat aku..Aku open minded jek, kalu ko nak berkawan jek lepas pun aku on jek..aku sentiasa terima ko k! lepas nih kalu jumpa tuh, jangan la sombong2. senyum la yek! walaupun kita dh x ad apa2 lagi relationship tapi kita still kawan kan MnA..

Hukum bercakap ketika Khatib berkhutbah

Assalamualaikum..
 hye apa khabar girlz and boyz? harap korang sihat walafiat..
hari ni ad story la nak kongsi dengan korang..hari Jumaat hari tuh bersamaan 21hb, aku and the gang pergi la nak tunaikan solat jumaat. kebiasaannya kami pergi ketika azan pertama berkumandang tapi hari tuh terlambat la sedikit.
Bila sampai sana, tengok orang dah ramai. kami pun terpaksa la duduk dekat luar masjid.
Nasib baik la ad tempat nak duduk. lepas tuh dengar la khatib sedang berkhutbah. Sedap2 khutbah sedang dibacakan, terdengar la telinga orang tgh sok sek sok sek bercakap dkt sebaris dgn aku..aku diam jek. lantak la korang kan. tapi makin menjadi la plak siap boleh ketawa2 la plak tuh.
aku makin berkerut la dahi ni ha tgk perangai diorang tuh.
x belajar adap ke??
walhal sebelum khatib berkhutbah memang dh diingatkan pun supaya senyap dan taat mendengar khatib sedang berkhutbah.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Jika kamu berkata-kata kepada kawan kamu ketika imam berkhutbah pada hari Jumaat walaupun dengan perkataan 'Diam', maka laghalah (sia-sia) dia."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ulama berbeza pendapat dalam hal hukum mendengar khutbah. Jumhur berpendapat diam ketika khutbah adalah wajib, iaitu pendapat yang paling kuat. Berkata-kata ketika khutbah membatalkan pahala Jumaat namun solat Jumaatnya tetap sah. Hikmahnya adalah untuk mengelakkan gangguan tumpuan terhadap khutbah yang disampaikan. Namun untuk bercakap sesuatu yang penting, seperti memberitahu orang buta depannya ada lubang dan sebagainya, tidaklah termasuk perkara yang dilarang.

1/16/11

ݢمبيرا

السلام عليکم..
اڤ خبر کاون-کاون سموا؟ هارڤ هاري اين لبيه باءيق دري سمالم يا..بادن اکو سڠل سڠل جيک..موڠکين سبب اکو دودوق لاما ساڠت دالم بس هاري اين..ميڠݢو ني اکو باليق رومه. ريندو راسڽ بيلا دودوق برجاوهن دڠن کلوارݢ. ڤدحال بارو 2 ميڠݢو اکو تيڠݢلکن رومه اکو توه.. تاڤي ميمڠ تق داڤت دينافيکن، ريندو توه ميمڠ داتڠ سنديري. اکو ايک س مينتا ڤون تاڤي ميمڠ تيبا-تيبا اي داتڠ مڠيڠتکن اکو کامڤوڠ هلامن. بياساڽ اکو باليق رومه ڤون سبب نق جومڤا اديق اکو. دي ڤون دودوق اسراما ، سو اکو ڤون سام-سام باليق رومه نق دڠر لا اڤ ڤرکمبڠن دکت سکوله توه..کورڠ نق تاهو تق؟ سلاين اکو يڠ دولو ڤرنه سکوله دقت سمۏ قلواڠ. 2 اديق ڤرمڤوان اکو ڤون سکوله دکت سيتو جوݢق تاو..ميمڠ اکو چمڤق ديوراڠ دکت سان سبب اکو راس سکوله ايت جيک يڠ ڤاليڠ باݢوس يڠ ممڤوڽاءي اسراما ترباءيق يڠ ڤرنه اکو تيڠݢل دکت سان سلاما 2 تاهون. ميمڠ ترباءيق لا وردن دي. بيست ݢيلير دودوق سان تاو. تاڤي اونتوڠ لا اديق-اديق اکو توه. مريک ڤرمڤوان، اوليه ايت مريک کورڠ کنا دندا-دندا نيه..اکو دولو ڤاليڠ تروق کنا. ماچم-ماچم دندا ڤرنه اکو عالمي. تاڤي اکو تاهن جيک لا. بياساله لومرح هيدوڤ دکت اسراما. وردن بوات سموا توه برسبب. تق کن لا مريک نق بوات سوک-سوک هاتي جيک.. کيت کنا ڤندڠ دري سودوت ڤوسيتيف. اکو ڤرچاي دکت وردن سموا توه سبب مريک ميمڠ منجالنکن تڠݢوڠجواب دڠن أمانه. ميمڠ اکو تابيق دڠن مريک.لوڤا ڤولا نق تاڽ کورڠ ڤنداي تق باچ توليسن جاوي اين؟ ڤنت اکو چاري ويبسايت يڠ بوليه منوکرکن توليسن رومي ک جاوي..اخيرڽ جومڤا جوݢق ننتي اکو کنل کن اڤ ويبسايت دي..اوق لا سمڤأي سيني دولو. ننتي سمبوڠ لاݢي يا..

1/9/11

Semester 4

Assalamualaikum.
hey apa khabar u allz??
dh berkurun aku x update blog aku nih.
asyik busy jek memanjang. banyak benda yg perlu diselesaikan sejak baru masuk semester baru nih.
Sekarang aku still lagi dkt UiTM Segamat ok.. Dah masuk sem 4.
Rasa gemuruh jugak lah di hati nih..sbb dh sem 4 da..lagi separuh jalan aku nak habis kan diploma nih.
Harap2 dpt la rasa konvo nanti..Amin!!
Alhamdulillah, aku dapat kolej lagi sem nih. mmg syukur sangat2 kepada Ilahi sbb beri kemudahan kepada aku utk teruskan perjuangan ini.
Memang aku dh ditetapkan dpt bilik lama jugak walaupun Ardana Raffali berusaha sehabis baik utk duduk satu bilik dengan aku. Ingat kan dpt la bilik sama dgn Aru tapi bila daftar check nama still permanent dkt bilik 238C.
Ok la tuh, mungkin ad hikmah disebalik semua yg terjadi.
Roomate aku still sama kecuali Runner, dia dpt 237 tapi x nak masuk bilik sana.
aku pun x tahu kenapa dan apa alasan dia buat mcm tuh.
Myb dia sayang dkt bilik lama dia..hahahaha apa2 jek la Runner oi
Ad budak baru Satek masuk bilik aku, dia lah yg ganti Runner. Akmal Syahir nama si Satek tuh.
Dia budak Business, part 2 jugak.
Ok la dia tuh, diam jek. tapi friendly la lama2..x biasa la kan 1st time.

kaf ba ra kaf ta alif nun

monday blues kononnya ni, hahaha tengah hujan lebat sekarang, jadi aku rasa macam bosan duduk rumah ni ada baiknya aku tulis sesuatu dal...