8/30/10

Keistimewaan Malam Lailatul Qadar


Tanda kedatangan Lailatul Qadar

LAILATUL Qadar adalah satu malam pada Ramadan. yang keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Perkara ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: "Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu?


Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan." (Surah al-Qadr, ayat 1 - 2)

Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam itu dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami daripada ayat itu, ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi seribu bulan.


K
ebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan dua perkara.

Pertama, kerana pada malam itu diturunkan al-Quran.


Kedua, pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.


Disebut sebagai Lailatul Qadar kerana pada malam itu akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama Lailatul Syaraf bermaksud malam kemuliaan dan Lailatul Tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.


Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatul Qadar sering kali berlaku perselisihan pendapat di kalangan ulama. Pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.


Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud:

"Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam-malam ganjil daripada sepuluh malam akhir Ramadan."
Jelas daripada kedua-dua hadis itu bahawa Lailatul Qadar hanya berlaku pada satu malam pada Ramadan. Ia adalah sebagai perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipat gandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadan al-mubarak.

Jelas bahawa penyembunyian tarikh Lailatul Qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam itu.


Allah sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah-hikmah tertentu seperti:-


i. Allah menyembunyikan Lailatul Qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang Ramadan;


ii. Allah menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari itu;


iii. Allah menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu;


iv. Allah menyembunyikan isim adzam antara nama-nama-Nya agar kita menyebut semua nama-Nya (Asmaul Husna);


v. Allah menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita menghentikan melakukan apa juga bentuk maksiat;


vi. Allah menyembunyikan siapa yang menjadi wali antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin;


vii. Allah menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita selalu bersiap sedia; dan


viii. Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya;


Bagaimanapun berkaitan Lailatul Qadar, ulama sepakat mengatakan bahawa ada beberapa tanda apabila berlakunya malam itu, antaranya:


i. Orang yang berkesempatan melihat malam al-Qadar akan dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah;


ii. Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan melihat suasana alam yang terang benderang walaupun berada dalam kegelapan;


iii. Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan dapat mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka; dan


vi. Orang yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan diperkenankan segala doanya.


Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa antara tanda malam al-Qadar telah berlaku adalah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk putih bersih bagaikan bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas. Tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya.


Bagaimanapun, pahala ibadat pada malam al Qadar akan tetap mendapat ganjaran daripada Allah biarpun tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.


Sesiapa yang ikhlas melakukan ibadat puasa dan amal ibadat lain sepanjang Ramadan, Insya-Allah akan menemui malam yang lebih baik dari seribu bulan itu .

8/28/10

Pkom Are Rocks

MENGAPA KITA MALAS NAK SOLAT...SAKIT APA TU?

Apasal lah engkau malas sembahyang, Tuhan kasi engkau jasad siap dengan bayang-bayang, 
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang, berdiri tanpa roh siang malam....

Apasal lah engkau malas sembahyang, kerja dah best keluarga pun dh senang, 
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang, Takkan lima minit lima waktu engkau tak boleh luang.....

Apasal lah engkau malas sembahyang, Tuhan kasi otak supaya engkau tak bangang, 
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang, Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tidak kenang....

Apasal lah engkau malas sembahyang, main bola engkau sanggup sampai petang,
beli tiket konsert engkau sanggup beratur panjang, Apa engkau ingat masuk syurga boleh hutang?...

Apasal lah engkau malas sembahyang, engkau kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang, Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang...

Apasal lah engkau malas sembahyang, siksa neraka cuba la engkau bayang, perjalanan akhirat memang terlalu panjang, Janji Allah akan tertunai tak siapa boleh halang!!!...

~Bicara In-Soft~
Edisi 1/10     

8/25/10

Bangun sahur

Assalamualaikum..

Selamat bersahur..jom bangun sahur! minum air suam pun jadi lah sebab sahur nih ad fadhilatnya. dapat pahala jika kita melambatkan sahur, mencepatkan berbuka.Indah nya Islam kerana tidak membebankan umatnya.

8/20/10

Hasil Kerja Aku.


Sukan antara Program (SUPRO)

Assalamualaikum.

Dh lama x buka blog aku nih. Dlm minggu nih banyak kerja, assignment lah, meeting lah, mcm2 hal lah.
Dalam kesibukan membuat semua kerja tuh, ad 1 malam nih 5/8/2010 sambil discuss2 dengan group project dkt speaker corner. Ramai sangat budak2 tengah training buat persembahan untuk perbarisan SUPRO.Terpekik-terlolong aku tengok si Senior nih melatih adik Junior. 

Aku cuba menyebokkan diri nak cari kontijen DCS, aku nampak Adah, Akma,Jalil sedang melatih diorang. Terkejut aku tengok sbb budak part 1 DCS yg involve x sampai 20 orang. Disebabkan rasa kesian dkt DCS nih. Aku pn menginvolve kan diri, join dengan diorang. Malam tuh kita orang berlatih sampai pukul 1 pg, pdahal event nya berlangsung esok petang,x sangka plak aku sbb DCS dapat  pink color. Kitorang memang struggle lah masa tuh sebb Pak UK pon dh bising2 suruh balik kolej. 

Keesokannya kitorang berlatih lagi lepas solat jumaat sampai pkl 4.30. Masa berlatih mcm2 idea keluar bila  nak cantik kan persembahan kitorang, sampai berbalah-balah tp x lah sampai bertumbuk, bermaki-maki. 

Pkl 5.30 event dh start, kitorang group yg ke-6. Memang nervous masa tuh! Budak2 dh berkerumun dekat sekitar padang. Sampai giliran kitorang, mulalah berlenggok-lenggok kitorang, semua happy2 jek tengok.
 Kontinjen lain ok lah. Semua bersemangat, bersungguh-sungguh buat persembahan.

Bila sampai penyerahan hadiah, memang berdebar-debar nak tahu keputusan siapa yg menang. Hooray!! DCS dpt tmpt ke-3,DBS ke-2 dan DIA tmpt pertama. memang happy gila masa tuh, menjerit kitorang bila DCS memang. memang berbaloi-baloi lah kitorang training 1 malam. x sangka kitorang menang. korang tengok lah gambar kitorang nih eh! 







Hidup pink!!! yeah.


Ramadhan Al-Mubarak

kaf ba ra kaf ta alif nun

monday blues kononnya ni, hahaha tengah hujan lebat sekarang, jadi aku rasa macam bosan duduk rumah ni ada baiknya aku tulis sesuatu dal...