7/31/10

Sabtu

Sumpah!! Sabtu memang bosan gila-gila.. tido sudah! makan sudah. nak buat revision sikit dh rasa malas..Apa punya bangang lah aku nih..Lepak dalam bilik jek!! X tahu nak pergi mana seyh.

Ahlan ya Syaaban


Alhamdulillah, sekarang dh masuk bulan Syaaban. Ini ada sedikit info tentang kelebihan bulan Syaaban adalah bulan Rasulullah s.a.w. Bersabda baginda yang maksudnya, " Dinamakan dengan Syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak"

Antara kelebihan di bulan Syaaban :


  1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
  2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya
  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid
  4. Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak
  5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.
carilah keredhaan Allah selagi kita masih diberi peluang olehNya untuk bernafas di dunia yang sementara ini...

wallahua'lam....


sumber: princessislam

7/29/10

BUSY BUZY


haa banyak assignment..berlambak!! itu yg dpt aku luahkan.. masuk part 3 assignment dtg melimpah ruah. 1 dh submit, lagi 1 plak dapat lagi. Ishh ishh sabar jek lah ye!

Kalau mengeluh pun, kena buat jugak wahai encik solehin!!. so, buat jek lah selagi mampu otak aku nih memgeluarkan idea yg bagus. Sebenarnya assignment tuh semua penting, benda tuh yg akan menentukan carrymark aku tinggi atau rendah. 

Assignment Multimedia CSC253 paling aku suka gila-gila tahap gaban buat assignment tuh sbb banyak kena guna kreativiti, kena fikir lebih jauh daripada pemikiran asal kita. Bila dh siap buat, dh siap print. Memang rasa satissfied lah dengan hasil kerja kita. 

Sekali dh siap, confirm aku tersenyum sorang-sorang, roommate aku ckp aku nih dh gila sbb banyak ngadap laptop sampai pukul 2 pagi. Lantak lah apa orang lain nak comment kn. Janji kita dh buat dengan bersungguh-sungguh. Mulut orang lain memang kita x boleh nak tutup. so, tutup lah mulut sendiri k.

Nanti aku postkan beberapa hasil kerja aku. Korang tengoklah nanti. Comment lah sendiri senyap2 k.(sambil tersenyum)

Lepas nih ada lagi assignment yg menanti aku untuk disiapkan. Antaranya :
  • CTU211 -berkenaan dengan tajuk bab 4 "Etika Islam". Aku group dgn Jalil,Munir,Yan n Hatta.
  • BEL311 - Aku dengan Munir dh plan nak buat tentang "Internet Addiction".
  • CSC253 - Aku,Hatta, Ain n Diyana kena buat FSKM CD Kit. Nih project yg kena buat.  
          K lah, sampai sini dulu, nanti aku ceritakan lagi perkembangan assignment aku nih k.


Salam.                 


7/28/10

Opkim Rakan Muda

Kg Permatang Sepam,Pontian
23-25 July 2010

Dlm bus bersama Hatta

Homestay

Rumah Keluarga Angkat

Tugu Peringatan

Sukaneka Bersama Adik-adik

Kumpulan The Lima

Dalam acara makan Epal

Aku & Hatta

Jangan Pandang Congkak

Ambil gambar lepas makan rojak

Keluarga Angkat

Bersua Kembali


Assalamualaikum..
Hye,apa khabar kawan-kawan??  Aku Dh lama x buka blog,baru hari nih ada kesempatan nak buka blog nih. sejak masuk sem baru nih,,Assignment dh berlambak! Lecturer dh bagi kerja awal-awal lagi. Tak menang tangan dibuatnya. 
Kadang-kadang tension jugak dibuatnya sebab waktu kita tengah bersungguh-sungguh nak buat assignment, waktu tuh plak IDEA x datang lagi. Sakit hati dibuatnya!! Boleh pecah kepala otak nih nak memerah memikirkan idea yang bagus serta bernas..=P
Kolej Sempana Riau


 Aku nak cerita sikit pasal awal sem nih, aku dh PART 3..Alhamdulillah, sem nih aku dapat lagi kolej. Dapat wing 2C, x sangka plak aku dapat bilik MAHLIGAI JALANG. Mesti korang tertanya-tanya kenapa nama tuh pelik semacam jek?? Aku pun x tahulah sebab nama tuh dh famous dari sem lepas lagi..Sem sebelum nih, akak-akak SR  yg duduk bilik tuh..Aku pun tumpang glamour gak! (sambil tersenyum)
  
Bab bilik dh cerita,  sekarang nih pasal budak bilik plak, haaa aku dapat 1 bilik dengan SEBUN. Dia nih ambil DBST. Dia part 3 jugak. aku dh kenal Si Sebun nih sebb dh 2 sem 1 wing dengan aku. So, aku x rasa kekok lah.  Lagi 2 orang, aku dapat budak PART 1..
Nickname diorang BANANA dengan RUNNER, Si pisang nih asal dari Seremban manakala  Si pelari nih asal dari Muar jugak. (orang kampung aku nih).Bangga jugak dapat 1 bilik dengan budak Muar. B ambil DIIM dan R ambil DBS.
Ok lah duduk dengan diorang nih..Sporting jugak masing-masing. B pandai main gitar, banyak jugak lagu yg dia pandai mainkan. Tapi 1 jek yg problem dgn dia nih, SMOKER rupanya. R nih suka cakap kuat-kuat, tension jugak dibuatnya (maaf ye bukan nak kutuk2 eh) tapi diorang nih memang semua ok, sempoi..Dengar cakap, hormat orang. Itu yg buatkan aku selesa duduk dengan diorang.

Baik lah sampai sini dulu coretan aku untuk hari nih. Budak bilik aku nih sibuk jek nak baca blog aku nih..=P 

GOod Night.
Sweet Dream.

Wassalam..

kaf ba ra kaf ta alif nun

monday blues kononnya ni, hahaha tengah hujan lebat sekarang, jadi aku rasa macam bosan duduk rumah ni ada baiknya aku tulis sesuatu dal...