6/16/10

Saiyonara!


Assalamualaikum..

Apa khabar kalian? Harap korang sihat walafiat.Hari ni rasa sedih sangat2 sbb 2 orang kawan karib aku akan meninggalkan UiTM..Diorang terpaksa quit sbb pointer diorang terlalu sedikit dan berisiko tinggi untuk DISMISS sem depan.

Selepas nih, sepanjang 5 hari meneruskan intersesi di UiTM tinggallah aku keseorangan didalam bilik serta didalam kelas.
Gelak ketawa diorang x akan kedengaran lagi, x ad gadoh2 lg, ngumpat2, terpekik terlolong..semua dh x ad lg sampai bila2..

sedih sangat2..Aku dh kenal diorang lebih 1 tahun lamanya, dh faham sangat perangai diorang mcm mana!! 

Agak terkejut lah bila dengar decision diorang nak quit tuh..ramai kwn2 dlm Facebook, myspace jugak yg protes sambil memujuk supaya teruskan belajar dkt sini..tapi diorang dh tekad nk quit, aku pn x boleh nak halang..itu hak masing2.

Diorang kata dkt aku myb ini ad hikmah disebalik kejadian ini..Aku setuju 100% dengan diorang, myb lepas nih korang akan lebih bersungguh-sungguh dan x akan ulangi kesilapan ni lagi. aku memang respect diorang sbb kaki belum melangkah keluar UiTM diorang dh plan lepas nih cari kerja dulu selama 6 bulan,kumpul duit, duit dh cukup baru diorang mohon politeknik..mmg aku respect gila2!!
Korang jangan lupa kan aku eh, aku dh save kan no aku dlm hp korang tau..rajin2 lah contact aku dkt Facebook, myspace,nanti boleh ym sama2..=)

Aku doakan korang berjaya dan selamat didunia dan akhirat, sihat tubuh badan dan dipermudahkan segala urusan serta dimurahkan rezeki..Amin ya Rabbal Alamin!

Love u Friends!!
mmuahh mmuahh..


6/9/10

.::Result::.

 Dah lama aku menghitung hari untuk menunggu detik ini.Rasa takut, gelisah memikirkan mcm mana agaknya result pointer aku nih..10/06/2010 ini lah tarikh keramat yg menentukan hala tuju aku selepas nih..Sewaktu kelas intersesi yg pertama duluu, lecturer aku ad ckp yg ramai bdk DCS fail calculus..Aku dh diam jek waktu tuh, "rasa2 aku tergolong x dlm kalangan tuh ek??" (soalan nih bermain dlm kepala aku)

Semua kwn2 aku dh tension, memikirkan result masing2..ishh ishh mmg tak tenteram hidup nih pikirkan benda tuh..

Ad hari tuh, aku balik dari kelas math..ad mamat nih, dulu dia roomate aku. dia ckp ad 1 senior DCS part4 nih dah dismiss! Waktu tuh mmg biru muka aku agaknya bila dngar dia ckp mcm tuh..Senior tuh dh habis masa 2 tahun dkt uitm nih..Tup Tup dia dismiss plak! Adoii,Aku lg risau pikirkan situasi nih.

Roomate intersesi aku dh ckp yg dia TAWAKAL jek lah..Terima jek apa result tuh!! Dia ckp kalau dia dismiss, terus masuk Kolej Columbia dkt Seremban..myb ad kenalan rapat dia dkt situ..baguslah mcm tuh ad niat lagi nak tuntut ilmu..

Apa-apa pn, Aku bertawakal kepada ALLAH. Aku harap aku dpt keputusan yg bagus dan teruskan perjuangan aku untuk mempelajari ilmu2 Allah yg belum habis aku terokai lg dkt uitm nih..Amin!


6/8/10

HomeTown II

Hye..bersua kita kembali! urmm apsal plak aku ckp mcm dlm tv nih..Setiap negeri mesti ad loghat sendiri kan. Negeri Johor pn ad loghatnya sendiri..Loghat atau bahasa orang johor ni campur2 sikit.
Kebanyakan bahasa johor ni berasal dari bahasa johor-riau.
tapi kadang2 ade yg campor bahasa jawa, banjar n so on.
tambah2 lagi dengan orang muor nih..

contoh: 

1) Kawan = saya (bahasakan diri sendiri)
'penat sungguh kawan sbb dok main game semalaman...
(bukan kawan karib @ kawan sekolah...) ~aku x pernah ckp tp aku selalu dengar bapak aku ckp dgn kwn dia..  


2) Orang = saya (bahasakan diri)
'Orang dah nak pegi nih..
(bukan orang2 tuk halau burung tuh..)

3) Gerek = Canggih
"Lawonye kete dia gerek seyhhh"

4)Berbual = Cakap besar
"Berbual je lebih.. buatnye tak pun..
(berbual tu slalunye kan gune tuk nyembang2)

5)Merendek = berdating
'Ramai budak merendek je kat taman nih.. wat sakit mata je..

6) Puaka = Celaka
"Budak tu memng bawak puake betul
(puaka niang rapik yang merepik)

7) ekk = kalimah tambahan utk kepastian
"Jangan buat cmtu lagi ekk?

8) Korang = Kamu
"Korang belanje tau!

9) Kitorang = Kami
"ktorang mane ade duit nak belanje

10) Gebo = selimut
'Nak tido gune gebo x?

11) Gerobok = almari
'Baju ada dalam gerobok tau..'
(biase kalau sebut lelaju jadi gobok..)

12) Tembosa = karipap

13) Kendi = tempat air basuh tangan

14) dedo = rase2 nak demam

15) ngembo = selongkar barang

Kebiasaannya, semua perkataan yg diakhiri dgn huruf 'ar' akan digantikan dgn 'o'..Apabila kita sebut, huruf 'r' tuh mcm x guna jek.

contoh:  

1) Pasar = Paso
2) Bandar = Bando
3) Ular = Ulo
4) Sabar = Sabo
5) Muar = Muo

dan banyak lagi..pandai2 lah korang fikirkan ekk..Aku selalu gak guna semua perkataan nih tp dkt rumah lah,dgn sedara mara,kwn2 aku tp kalu time dkt u aku dh tukar loghat biasa jek..Takut bdk2 x faham plak apa yg aku ckp nanti..Kadang2 bdk nih ad gak usik2 aku dgn loghat Muar nih..Aku layan jek!! =]

k lah..aku nak tido jap, ptg nih ad kelas ganti.
~Bahasa jiwa Bangsa~
bye2..Assalamualaikum (^_^)

6/7/10

HomeTown

Hye semua!! Hari aku nak ceritakan serba sedikit tentang tanah kelahiran aku yang amat aku banggakan selama ini..Korang tahu tak aku lahir dkt mana?? Cuba teka..
Pernah dengar Muar?? Mesti pernah dengarkan..Aku dilahirkan di Muar,Johor. Muar ni merupakan bandar kedua terbesar selepas Johor Bahru..So,boleh sesat kalau tak tahu jalan dekat Muar nih..Ok disini aku ad sedikit sisipan untuk korang mengetahui lebih lanjut tentang Muar..
 ~WELCOME TO MUAR~
Inilah Jambatan Sultan Ismail yang menghubungkan Bandar Muar.
Muar ni berada di hujung muara Sungai Muar

Selepas u all turun dari jambatan..Benda pertama u all akan nampak ialah benda alah ni.Ini mercu tanda Bandar Muar..Kalau hari minggu, bangla2 mesti lepak sini, berduyun-duyun datang..

Ini Masjid Sultan Ibrahim II yg terletak dibelakang kilang ST dan ia tersorok sikit..U all akan jumpa Masjid ni sebelum naik jambatan..

 Ini Bangunan Sultan Abu Bakar..Bangunan nih berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Muar
~aku buat IC dkt sini lah

Ini Masjid Sultan Ibrahim I..Masjid nih terletak dekat Tanjung Emas..

Ini Bangunan Sekolah Tinggi Muar. Dekat sekolah nih semua budak lelaki, hanya ad girl2 bdk Form6.

Ini Istana Hinggap Sultan Johor..Istana nih dikawal rapi siap ad pengawal dkt dpn tuh..
Ad parkir helikopter lagi tuh..

Ini pula adalah Dataran Tanjung Emas..Banyak juga event yg dh buat dkt sini seperti Sua Rasa Tv9, Sinar FM  dan banyak lagi..

Benda nih menghadap Dataran Tanjung Emas

Ini Jambatan Muar kedua..Baru dibina untuk kurangkan kesesakan di jambatan lama..Lalu jambatan ni boleh terus sampai rumah aku.

Dulu Muar ad Stesen Keretapi..Namanya Muar State Railway.
Sekarang dah tak ad..Rail ni dulu bawa bijih besi dan penumpang di Jln Temenggong Ahmad

Beca Muar nih terletak di sempadan Muar dengan Sungai Rambai,Jasin

Ini shopping complex paling famous dkt Muar

Muar memang kaya dengan warisan..Bangunan lama ini disepanjang Jln Maharani

ABC dan Rojak Petis jugak famous dkt Muar


Makanan tempatan paling dikenali ialah Mee Bandung Muar dan Sate Muar..
Muar nih merupakan salah satu tempat yg menghidangkan sate sebagai sarapan pagi.

Ok sampai sini dulu..mungkin ad lagi tentang my hometown..tata~!! =)
 

6/4/10

MillatFacebook

Anda pernah dengar millatfacebook? haaa..dengan ini saya memperkenalkan MillatFacebook.! Apa nih.!!?! Hehehehee MillatFacebook ni pulak adalah laman sosial yang dilancarkan pada May 2010. Baru je lagi.~! Sebulan pn x sampai. Huhuhu ;) 
MFB ni pulak dibuat brtujuan sbg mengecam satu group yg ada kt FB iaitu 'Everybody Draw Mohammed Day'. Hmm~ Memang kurang ajar la kan kalau dah menghina Nabi Muhammad S.A.W tuh. So, yg wat bnda MFB ni adalah Azhar Siddique org Pakistan rasanya. Ya lah, org pakistan kan da xleh nk on9 ngan FB, so MFB ni dicipta sbg salah satu alternatif utk depa ber'communicate'. Dia punya ciri2 lebih kurg sama aja.

Sebagai umat islam, ini adalah salah satu cara untuk kita saling berhubung each other with other muslim in world..so, mari lah kita sebagai remaja Islam participate untuk menunjukkan bantahan ke atas group jahanam itu!! 

Aku dah buat..korang bila lagi?? kalau sudah buat, jangan lupa add aku k..nak tengok profile aku just taip :
http://www.millatfacebook.com/mohamadsolehin/

ok lah..sampai sini dulu.
Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi!!

6/2/10

Intersesi

hye!! pe khabar semua?? harap sihat selalu hendakNya..Sudah 3 minggu aku duduk di Segamat ni..tersangat lah bosan nya tidak terhingga...Asyik benda yg sama sahaja aku buat..jadual aku sewaktu intersesi ni memang x pack..banyak free time tp itu lah kalau sudah free time, dah x tahu nak buat apa lagi..

6:30 pg - Bangun untuk solat subuh..sambung balik tidur
8:00 pg - Bangun balik, mandi buat persiapan nak pergi class, online jap tgk FB, breakfast..
10:00 ~ 12:00 tgh hari - Class MAT222 dgn Miss Syeda..
1:00 ptg - Lunch time,solat
2:00 ~ 6:00 ptg - Lepak2 dengan member, tgk movie,online FB lg, solat
7:00 ~ 9:00 mlm - mandi, Dinner, solat..
9:00 ~ 12:00 mlm - Study (kadang2 x sampai pkl 12, pkl 11 pn belum tentu jejak..)
12:00 - Tidur

inilah jadual aku selama dekat UiTM Segamat..orang lain cuti, aku x cuti pon..huhuhu
Padan dengan muka aku,suruh belajar tp main2..=P

kaf ba ra kaf ta alif nun

monday blues kononnya ni, hahaha tengah hujan lebat sekarang, jadi aku rasa macam bosan duduk rumah ni ada baiknya aku tulis sesuatu dal...