5/18/10

MALAS!!

Assalamualaikum,
  Hari ni aku bangun lambat seperti biasa..huhuhuhu
  semalam budak ni dah tido tapi aku x tido lagi, tgk movie sorang2 sampai pukul 2:30 pagi..
  Lepas bangun, aku terus capai berus gigi melulu pergi toilet..mandi belum lagi tu.hahaha
  cusi muka lepas tu buat telur rebus 3 biji untuk breakfast..=P

Lepas breakfast, aku online jap tgk FB..pagi2 x ramai yg online so bosan sangat2 waktu pagi di kolej ni..
badan rasa berat jek, rasa malas teramat sangat!! mungkin disebabkan aku x mandi lagi..so aku bingkas mandi.

Aiseyman, dah mandi pun rasa berat, malas nak buat kerja..Makan tengah hari pun aku kirim dgn kawan aku tadi, rasa malas nak turun bawah..x tahu lah kenapa!! Hari ni x ad kelas, postponed hari sabtu..itu yg relaks jek dlm bilik ni..masing2 beronline!! kerja aku menghafal laws..aku malas nak bwk laptop, sbb aku tahu kalau aku online jek..mesti berjam-jam menghadap laptop jek..ini pun pinjam jap sbb kawan aku keluar..

Apa apa hal hari ni memang malas nak study..rasa ngantok!! mungkin tidur lambat mlm tadi..ni kena ganti balik waktu tidur ni..hahaha

5/16/10

Cara-Cara Nak Menghilangkan Rasa Bosan N Mengantuk

Hanya amik masa 7 minit untuk buat
senaman ringan ini..ikut la arahan ni betul2...


ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..


tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..


wa..wa.. aaa


gerak kekanan kemudian ke kiri..


gerak ke kiri kemudian ke kanan


ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..


tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..


dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..


kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...


buat secara aggresivepula...
jangan peduli apa orang lain kata..


hilangkan semua stress..


pusingkan kepala... 




akhir sekali
tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...


SELAMAT MENCUBA... . =)

5/15/10

Tak nak balik!!!!!


Esok aku dah balik semula UiTM..rasa malas sangat nak balik kesana. Orang lain sedap bercuti, tapi aku kena sambung study lagi..ishh ishh rasa menyesal plak x buat betul2 waktu final dulu..kan dah kena akibatnya. Aku harap aku dapat fokus kan pelajaran aku ni..x payah nak fikir hal2 di luar kawasan UiTM ini..Aku harap ujian ini dah menjadikan diri aku serik untuk leka bermain meninggalkan tujuan utama aku ke UiTM ni.

SeLaMaT HaRi GuRu


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

5/9/10

=)

Alhamdulillah, akhirnya masa yang dinanti sudah tiba. Final exam dah berakhir, tak sabar nak balik rumah, Roomate aku semua dah balik awal, tinggal aku keseorangan si budak CS..WiFi laju gila waktu sekarang,time budak2 dah tak ramai sedap jek ber-online..Siap boleh main game online lagi..hahahaha

Bilik mOonir je lah menjadi sasaran aku untuk berlepak..Aku tgk wing aku dah macam berhantu pulak bila budak2 dah x ada..seram dibuatnya!! (huhuhuhu)

 Dah 2 malam aku menumpang dekat bilik mOonir,terima kasih potter =) Jalil pun sama gak lepak dgn aku sampai pukul 3 4 pagi, tgk movie sampai lebam biji mata dibuatnya..padahal mata dah ngantok, tapi nak tgk lagi sampai movie yang ad dalam external hardisk habis semua dah tengok..ishh ishh ishh

Bilik aku dah clearance..Lega rasanya!! Beg-beg sudah kemas, banyak jugak barang-barang aku bila dah susun dengan rapi di atas katil..hahahahah (dah macam bundle pun ad gak)

Cuti 2 bulan ni nak buat apa ek?? (sambil ketuk kepala) kerja? malas pulak rasanya nak cari kerja..tapi harap cuti ni dapat lah rehatkan kepala otak aku ni, dah cair rasanya otak aku ni..hahahaha

hahahaha..next sem sudah Part 3!! Dah naik pangkat senior..huhuhuh 
Siap korang wahai adik-adik part 1..hahahah
Subjek Part 3 mesti lagi mencabar, lagi sakit otak dibuatnya..Harap-harap sem depan dapat buat lebih baik daripada sem ni..Amin!!

kaf ba ra kaf ta alif nun

monday blues kononnya ni, hahaha tengah hujan lebat sekarang, jadi aku rasa macam bosan duduk rumah ni ada baiknya aku tulis sesuatu dal...